Advertorial
Home » Tag Archives: ubat tahan sakit

Tag Archives: ubat tahan sakit

ALLAH menguji dengan sakit sendi, maka jangan berputus asa.

    “Salam. Saya berusia 35 tahun dari Melaka, wanita yang belum berkahwin. Saya disahkan  menghidap penyakit artritis lebih sepuluh tahun semenjak saya berada di universiti. Semua sendi jari saya mengeras dan membengkak dan rasa sakit. Buat masa ini, pihak hospital membekalkan saya ubat tahan sakit dan vitamin. Mohon pendapat doctor.”   Wa alaikumsalam.   Saya mengucapkan tahniah kerana saudari telah bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Saya percaya banyak ganjaran yang menanti saudari.   Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah:153 “Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat.  Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.”   Saya percaya dan yakin, hanya ALLAH SWT yang dapat menyembuhkan penyakit saudari dan ubat-ubat yang diberi hanya sebagai perantara untuk menyembuhkan saudari.   Berdasarkan cerita dan umur saudari, saya percaya puan mengalami penyakit radang ... Read More »

Endometriosis boleh berlaku pada wanita yang belum berkahwin

    Endometriosis adalah satu penyakit biasa berlaku di kalangan wanita, termasuk wanita yang belum berkahwin. Malangnya mereka  tidak mengetahui.   Ramai wanita muda yang menderita dalam diam sebab mereka tidak mengetahui bahawa masalah yang mereka alami untuk sekian lama sebenarnya adalah tanda awal endometriosis.   Antara tanda mengalami endometriosis adalah sakit teruk di bahagian dalam perut, kesakitan semasa atau selepas hubungan kelamin, sakit semasa kedatangan haid, selalunya mengalami pendarahan haid yang banyak, pendarahan haid yang sedikit di antara tempoh haid dan mengalami masalah sukar hamil.   Kesakitan ketika kedatangan haid dan kitaran haid yang tidak menentu, biasanya tidak merisaukan wanita-wanita muda ini.   Namun apabila mereka berkahwin dan belum lagi hamil setelah memasuki 2 tahun perkahwinan, maka mereka berjumpa doctor dan mendapati mereka mengalami endometriosis.   Endometriosis menyebabkan ketidak ... Read More »

Pengalaman pesakit endometriosis yang hampir kehilangan nyawa

      JANGAN ambil mudah sekiranya anda sakit pinggang, sakit kepala dan perut ketika datang haid.  Selama ini saya tidak pernah menghadapi apa- apa masalah seperti senggugut ketika kedatangan haid.   Pada tahun 2008 saya dimasukkan ke hospital kerana berasa sakit di bahagian kanan perut tetapi selepas beberapa ujian dilakukan dikatakan tiada apa-apa berlaku. Segala-galanya normal.   Pada Oktober tahun yang sama sekali lagi saya berasa sakit dan melakukan beberapa ujian termasuk ultrabunyi pelvis tetapi jawapan yang sama saya terima. ‘Normal’.   Setahun selepas itu, saya melakukan sekali ultrabunyi pelvis. Selepas mendengar ceramah masalah yang sering dihadapi oleh kaum wanita, saya mula sedar- ada sesuatu yang saya alami.   Tahun berikutnya saya sering sakit kepala setiap kali datang haid. Kitaran haid saya ketika itu tidak mempunyai masalah. Seorang pegawai ... Read More »

Penyakit endometriosis boleh dirawat tanpa pembedahan

      Endometriosis adalah penyakit kronik yang dialami oleh wanita. Ramai wanita yang menangguhkan rawatan kerana mengharapkan agar penyakit ini akan sembuh sendiri.   Pada sesetengah wanita, terdapat cebisan tisu endometrium yang tumbuh di luar rahim, terutama di ovari, usus atau pundi kencing. Penyakit yang melibatkan tisu endometrium yang berada di luar rahim ini dipanggil endometriosis.   Perubahan hormon pada setiap bulan menyebabkan tisu endometriosis membesar. Apabila kedatangan darah haid, maka berlakulah juga pendarahan pada ovary, dinding luar usus dan pundi kencing menyebabkan keradangan dan kesakitan.   Malangnya pesakit akan hanya mendapatkan rawatan apabila tidak tahan dengan kesakitan yang dialami, kedatangan haid awal, turun darah haid terlalu banyak, kesakitan semasa dan selepas melakukan hubungan seks dan mengalami masalah sukar hamil.   Bagi wanita yang belum berkahwin, pesakit endometriosis akan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!