Advertorial
Home » Tag Archives: ubat penahan sakit

Tag Archives: ubat penahan sakit

Minyak Zaitun Sebagai Penahan Sakit

MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAHAN SAKIT Saya mengunjungi imam masjid di salah satu taman perumahan di Johor Bahru. Isteri beliau melefon saya mahu memesan satu botol minyak zaitun OLIVIE POWER UP. Jadi saya terus hantarkan ke rumah sebab saya teringin berbual dengan orang tua itu. Imam Wak Ali.   Beliau berusia 70an, badannya memang kurus dan tinggi. Beliau tersenyum saja bila melihat saya memberi salam.   “Walaikumusalam. Sila masuk doctor”   Saya duduk dan bertanya khabar.   “Wak sihat ke?” Saya memang memanggilnya Wak. Panggilan hormat pada orang yang berumur dan rapat dengan kita.   “Wak sihat. Cuma pagi tadi Wak ... Read More »

Sakit tulang dada di kalangan wanita muda

      “Assalamu alaikum. Maaf jika saya mengganggu doctor. Saya berusia 19 tahun, masih gadis. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada disebelah tengah dada, lebih tepat lagi di tulang dada. Bila saya Tarik nafas, saya berasa sakit sehingga sukar bernafas. Ia dating sesakli sehingga mengganggu pelajaran saya. Saya sangat bimbang. Apabila saya ke klinik, doctor hanya memberitahu bahawa saya hanya mengalami sakit tulang dada. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan oleh beliau ? Terima kasih”     Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan kerisauan saudari. Namun tidak perlu dirisaukan. Jika betul apa yang didiagnosakan oleh doctor itu, saya ... Read More »

Suntikan Pethidine untuk sakit kronik

    “Salam Dr, saya sekarang mengidap cellulitis, dalam masa yg sama saya memang mengambil pethedine IV 150mg, sekali atau dua kali sehari. Sekarang saya mengalami sakit badan, sakit sendi dan sakit kepala.  Walaupun telah diberi suntikan itu, saya masih merasa sakit. Mohon pandangan”   Wa alaikum mus salam.   Pethidine adalah suatu ubat penahan sakit yang kuat, selalunya diberikan kepada pesakit-pesakit yang tertentu saja, terutamanya pesakit kanser dan pesakit yang baru saja menjalani pembedahan.   Ia bukanlah ubat yang terbaik untuk pesakit yang mengalami sakit kepada atau sendi kerana tidak mengurangkan rasa sakit.   Selain itu kesan ubat ini ... Read More »

Bahayakah pembedahan tukar lutut besi?

    “Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini ibu saya yang berumur 63 tahun yang telah mengalami sakit lutut yang lama (lebih 10 tahun) telah dinasihatkan oleh doctor untuk melakukan pembedahan lutut bagi menggantikan sendi lutut beliau rosak dan tidaak boleh dibengkokkan lagi. Saya sangat risau dan memohon pandangan doctor. Adakah pembedahan ini sesuai  untuk ibu saya?”   Wa alaikum mus salam.   Saya mengucapkan simpati atas ujian yang menimpa ibu saudara. Ini adalah satu ujian berat bagi beliau dan ganjaran bagi mereka yang telah berjaya diuji.   Sendi-sendi manusia di selaputi oleh tulang rawan pada permukaannya. Sendi juga diselaputi oleh ... Read More »

Ibu Penagih Membunuh Anaknya Tanpa Sengaja

    Saya membaca satu berita yang sedih berlaku di New York, Amerika Syarikat baru-baru ini.   Seorang bayi lelaki Ryder Salmen, berusia lapan bulan mati pada September 2012 selepas menghisap susu ibunya yang disahkan mengandungi campuran ubat metadon (ubat yang mengurangkan ketagihan dadah), Opana (ubat penahan sakit) dan Xanax (ubat merawat kemurungan dan masalah sukar tidur) yang tinggi.   Sarah Stephen, 32 tahun sebelum ini mengalami masalah ketagihan dadah dan diberikan beberapa ubat untuk sebagai rawatan masalah ini.   Lima bulan sebelum bayi itu meninggal dunia, Sarah pernah diarahkan oleh mahkamah untuk menghentikan penyusuan  isu apabila doktor mengesan kandungan ... Read More »

CoQ10 Sebagai Usaha Mencegah Sakit Kepala dan Migraine

Migraine adalah masalah sakit kepala yang berpanjangan dan berulang-ulang disertai dengan muntah. Punca migraine sangat banyak dan ia menyebabkan ketidakstabilan pada sistem neurovascular. Sakit kepala yang disebabkan oleh migraine selalunya sebelah saja, rasa bergenyut-denyut dan berlangsung antara 2 hingga 72 jam. Selain itu ia menyebabkan rasa loya, muntah, sangat sensitif pada cahaya (tidak boleh memandang pada cahaya yang terang), dan sensitif  pada bunyi (tidak boleh mendengar suara yang kuat). Migraines amat berkaitan dengan masalah keturunan dan kebanyakan mereka mengatakan ibu atau bapa mereka pernah mengalami migraine. Pesakit migraine ini kebanyakan wanita kerana sakit kepala disebabkan migraine berkaitan dengan ketidakseimbangan hormone ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!