Advertorial
Home » Tag Archives: ubat batuk (page 4)

Tag Archives: ubat batuk

Bolehkah menyusukan anak ketika ibu demam?

BOLEHKAH MENYUSUKAN ANAK KETIKA IBU DEMAM?       “Assalammualaikum, doctor saya ingin pandangan doctor, apakah kesan pada anak kalau seorang ibu yang demam meyusukan anak itu (breast feeding)?”      WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebagai manusia, kita sering mengalami demam. Cuma ada kalanya kita tidak perasan yang kita mengalami demam, kerana demam yang rendah selalunya akan sembuh tanpa diberikan ubat.   Demam dapat diukur dengan menggunakan alat thermometer. Fever selalu didefinasikan sebagai peningkatan suhu badan melebihi suhu badan yang normal, iaitu 36.5–37.5 °C (98–100 °F).   Secara am apabila seseorang itu mengalami kenaikan suhu, beliau akan mengalami rasa sejuk walaupun suhu badan meningkat.   Apabila peningkatan suhu semakin tinggi, beliau akan merasakan rasa merasa panas dan ‘tidak sihat’.   Ramai yang agak keliru dan risau dengan kemudharatan yang ... Read More »

Penyakit Tibi berjangkit?

PENYAKIT TB BOLEH BERJANGKIT DENGAN SENTUHAN? “Assalamualaikum Dr. Saya ingin bertanya mengenai penyakit tibi. Minggu lepas kakak saya disahkan menghidap penyakit tibi dan dikuanrintin kan selama seminggu di hospital. Sekrang sudah kluar dan telah dibawa ke kg untuk mak saya jaga…jadi slma dia berada dgn kami perlukah ahli keluarga yg lain menjalani ujian darah untuk semakan samada kami skluarga turut berjangkit atau tidak. Dan satu lagi adakah dengan bersalam/bersentuhan dan dekati dia dgn rapat akan ada keberangkalian penyakit tibi tu merebak ke kita walaupun dia pakai mask. Mohon pencerahan daripada doktor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Penyakit Tibi atau Tuberculosis merupakan penyakit berjangkit tertua di dunia yang disebabkan oleh bakteria Mycobactarium Tuberculosis yang disebarkan melalui udara.   Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah menganggarkan sejumlah 9 juta kes ... Read More »

KITARAN UMUR

KITARAN UMUR Gambar hiasan Hassan Harun bersama ahli keluarga di kediamannya (Utusan Online)   Ketika umur kita bawah 10 tahun, kita percaya bahawa bermain merupakan perkara sangat penting. Sebab itu kita suka bermain. Pagi petang siang malam mahu bermain.   Ketika umur kita belasan tahun pula, kita merasakan kebebasan itu lebih penting. Sebab itu kita ingin menyuarakan pendapat sendiri. Ingin suara didengari. Kita banyak memberontak dan sedikit keras kepala. Kita menjadi degil dan tidak mahu mendengar kata.   Beranjak kepada umur 20-an, kita berasakan pendidikan dan kerjaya pula penting. Sebab itu kita belajar bersungguh-sungguh untuk memperoleh kerjaya yang setimpal. Kadang-kadang kita berasa menyesal tidak belajar bersungguh-sungguh dahulu. Melihat kawan-kawan mendapat pekerjaan yang baik kita berasa cemburu. Alangkah ruginya kita mempersiakan hidup sebelum ini.   Meningkat kepada umur 30-an, kita semakin ... Read More »

Perlukah makan ubat cirit-birit?

PERLUKAH MAKAN UBAT CIRIT-BIRIT?   “Salam doktor. Mereka yang mengalami keracunan makanan biasanya mengalami cirit birit. Saya ada terbaca ia adalah salah satu cara badan mengeluarkan toksin. Adakah ia benar ? Jika ia benar adakah masih perlu pengambilan ubat untuk menahan cirit birit atau apakah ubat yang biasa diberi dr untuk masalah keracunan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Muntah, cirit-birit dan rasa demam selalunya berlaku selepas 3 jam seseorang individu mengambil makanan yang tercemar. Seseorang itu tidak akan bangun pukul 2-3 pagi (ketika kita sedang lena tidur) untuk ke tandas membuang air besar. Ia mununjukkan tanda awal yang kita mengalami cirit birit, berkemungkinan keracunan makanan.     Ya betul, tubuh kita akan cuba mengeluarkan toksin atau kuman yang dicernakan dari dalam system penghadaman kita dengan cuba membuang najis yang ... Read More »

Keletihan yang melampau

KELETIHAN YANG MELAMPAU   “Salam doktor, saya berumur awal 40an, dan telah melakukan pemeriksaan kesihatan. Doktor memberitahu saya tidak mempunyai sebarang masalah kesihatan. Namun yang menjadi tanda tanya, ialah saya mengalami masalah kepenatan dan keletihan yang luar biasa, walaupun saya hanya bekerja sebagai pengurus sebuah bank. Berat saya hanya 78kg dan tinggi saya 175cm. Saya rasa sering mengantuk, mudah lupa dan kerap rasa letih seperti baru lepas berman futsal. Mohon bantuan doktor untuk mengatasi masalah saya ini.”     WA ALAIKUM MUS SALAM.   Mungkin tuan mengalami masalah yang dinamakan ‘sindrom keletihan kronik’ atau Chronic Fatigue Syndrome (CFS). Ia adalah gangguan metabolisme yang kronik dan rumit di peringkat sel. Ia berpunca apabila tenaga ATP yang sepatutnya di hasilkan di dalam mitokondria dalam sel, tidak dihasilkan dengan mencukupi.   Orang yang ... Read More »

Kesan sampingan ubat theophylline

THEOPHYLLINE UNTUK ASMA     “Assalamualaikum dr.. sy ingin bertanya sy makan ubat neo napacin dr negara seberang yg mengandungi theophylline.. adakah theophylline sejenis dadah? Dan adakah ia elok utk merawat penyakit asma? Terima kasih “   Wa alaikum mus salam.   Theophylline adalah ubat sintetik untuk merawat asthma. Ubat ini digunakan untuk merawat dan mencegah semput dan masalah pernafasan yang disebabkan oleh penyakit paru-paru berterusan (cth, asma, emphysema, bronkitis yang kronik).   Ia berfungsi untuk membuka saluran pernafasan dalam paru-paru dan membolehkan pesakit bernafas dengan lebih baik. Ubat ini tidak berfungsi dengan segera dan tidak boleh digunakan untuk merawat serangan asma secara tiba-tiba.   Untuk mendapat kelegaan yang segera, pesakit harus menggunakan inhaler atau nebulizer ketika serangan asma secara tiba-tiba.  Theophylline harus diambil setelah mendapat nasihat dari doktor kerana ia ... Read More »

Punca sumbatan pada saluran fallopian

SUMBATAN PADA SALURAN FALLOPIAN        Kira-kira 20 % wanita yang mengalami masalah sukar untuk hamil berpunca dari masalah saluran fallopian yg tersumbat. Antara puncanya ialah: 1. Jangkitan kuman yg bermula dari faraj , masuk kedalam rahim dan akhirnya menjangkiti saluran fallopian. Jangkitan kuman ini menyebbakan keradangan, lekatan dan parut yang akhirnya menyebabkan sumbatan. Jangkitan kuman sering berlaku tanpa disedari. Ia boleh berlaku lepas bersalin, keguguran, atau selepas prosedur pakai iucd. Jangkitan kuman ini mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda atau hanya setakat keputihan saja. Ia munkin berlaku sejak remaja dan berterusan sehingga selepas berkahwin. 2. Penyakit-penyakit seperti endometrioisis, fibroids, ovarian cyst atau appendicitis boleh menyebabkan kerosakkan dan kesumbatan saluran faalopian. 3. Selepas pembedahan cesarean, pembedahan buang fibroid, atau pembedahan merawat endometriosis. Terdapat dua pilihan. 1. IVF 2. Merawat saluran ... Read More »

Masalah ketegangan zakar di kalangan pesakit diabetis

APAKAH PUNCA MASALAH MATI PUCUK DI KALANGAN PESAKIT DIABETIS?     Kerosakan saraf pada pesakit kencing manis berlaku apabila tahap gula dalam darah sangat tinggi dan pesakit diabetes tidak mengawal penyakit dengan baik. Selain dari kerosakan saraf, saluran darah halus juga akan rosak sehingga menyebabkan tisu alat kelamin tidak mendapat bekalan oksigen dan nutrien yang secukupnya. Ini mengakibatkan rasa rangsangan seksual dari alat kemaluan dari alat kelamin tidak sampai ke otak, dan ia juga menyebabkan alat kelamin lelaki tidak menegang. Saluran darah yang menyempit akibat kerosakan ini menyebabkan aliran darah yang lemah dan tidak mampu menegangkan alat kelamin lelaki atau mengekalkan ketegangan dengan lebih lama. Kajian mendapati, pesakit kencing manis adalah lebih mudah mendapat masalah penyempitan saluran darah ini. Jangan membeli ubat kuat sebarangan kerana ia merosakkan diri dan mempercepatkan ... Read More »

Saya perlu minuman manis untuk tenaga

RAMAI PESAKIT DIABETIS MENYANGKA “JIKA SAYA TIDAK MINUM AIR MANIS SETIAP HARI, SAYA TIDAK ADA GULA DALAM BADAN”       Ramai pesakit diabetes menyangka yang mereka memerlukan air manis setiap hari untuk mendapatkan tenaga. Pada hal, karbohidrat kompleks seperti buah-buahan, makanan bijirin dan protein juga membekalkan tenaga atau kalori.   Pengambilan gula yang tinggi boleh menyebabkan peningkatan glukosa dalam darah yang tidak terkawal dan menyebabkan pertambahan berat badan.   Dalam tubuh pesakit diabetes, hormon insulin tidak berfungsi dengan berkesan. Ini menyebabkan gula tidak boleh dibakar sebagai tenaga, dan otak tersilap menafsir keadaan ini dan menyangka kita kekurangan gula.   Ini menyebabkan badan akan tisu protein untuk dipecahkan kepada glukosa dan tubuh pesakit diabetes akan mengalami kekurangan protein (otot) dan mempunyai banyak lemak. Di dalam mulut : Makanan berkarbohidrat akan ... Read More »

Sukar buang air kencil setelah melahirkan anak

SUKAR MEMBUANG AIR KECIL SETELAH MELAHIRKAN ANAK Pada keluaran kali ini, saya menjawab soalan rakan di facebook saya. Semoga ia membantu wanita yang mengalami masalah yang sama. “Assalamualaikum doktor. Saya telah melahirkan anak pada hujung tahun 2015 dan mengalami masalah sukar kencing. Doctor yang merawat saya memberitahu bahawa saya mengalami “urine tertention”, dan disarankan menggunakan catheter. Saya menggunakan catheter selama 9 hari. Selain itu saya juga mengalami hemorroid selepas melahirkan. Soalan saya, adakah hemorroid tersebut yg menyebabkan “retention urine” dan adakah masalah tersebut akan berlaku lagi sekiranya saya melahirkan anak pada masa akan datang? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Secara amnya puan mengalami masalah sukar membuang air kecil setelah melahirkan anak secara normal (vaginal delivery). Di samping itu puan juga mengalami masalah buasir (hemorrhoid) mungkin kerana meneran ... Read More »

Mahu hamil selepas 4 tahun berkahwin

MAHU HAMIL SELEPAS 4 TAHUN BERKAHWIN     “Assalamualaikum doktor. Saya JXXXX. Tahun ini masuk tahun ke empat perkahwinan saya. Saya ada buat rawatan di sebuah klinik pakar sakit puan di Klang sejak bulan April 2015. Hasil ujian sperma suami saya mendapati jumlah sperma agak sedikit. Doktor berikan ubat untuk suami saya. Manakala saya diberikan clomid pada hari kedua selepas haid saya. Saya telah jalani ujian HSG di KPJ pada November 2015 dan tiub fallopio saya tidak tersumbat. Walau bagaimanapun, dalam laporan menyatakan rahim saya terbalik. Bulan Januari 2016, saya buat IUI di klinik doctor pakar yang sama, tetapi gagal.  Saya tidak pasti sama ada saya mengalami endometriosis atau tidak sebab perkara tidak pernah diberitahu oleh dr. yang memeriksa saya. Saya memang mengalami senggugut hampir setiap bulan dan keadaan jadi ... Read More »

Q10 meningkatkan tenaga

SUPLEMEN CoQ10  MENINGKATKAN TENAGA  Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk.   Salah satu kebaikan pengamalan suplemen CoQ10 adalah menghasilkan tenaga. Jantung adalah salah satu organ yang berkerja berterusan 24 jam tanpa berhenti. Jadi otot-otot jantung (myocardium) memerlukan banyak tenaga untuk berfungsi dengan baik. Bekalan tenaga ini diberikan oleh “mitokondria” yang berada dalam sel-sel otot jantung. Tanpa bekalan tenaga yang mencukupi, jantung akan bekerja dengan tidak sempurna dan menyebabkan kita rasa mudah penat, cepat letih dan mudah mengantuk. Untuk menjamin jantung bekerja dengan baik, bekalan tenaga yang berterusan diperlukan dan nutrient CoQ10 adalah kunci bagi penghasilan tenaga yang ... Read More »

Suplemen CoQ10 membqntu meningkatkan kecergasan

SUPLEMEN CoQ10 MEMBANTU MENINGKATKAN KECERGASAN      Jika mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat mengantuk, mungkin kita kekurangan CoQ10 dalam tubuh kita. Bagaimana nutrient ini membantu pesakit jantung?   “Salam doctor. Saya mudah mengalami keletihan dan mudah mengantuk. Rasa macam tiada bertenaga. Saya sudah buat pemeriksaan doctor, dan doctor mengesahkan tekanan darah saya normal, saya tidak mengalami diabetis dan tahap kolestrol juga normal. Pemeriksaan ECG juga normal. Cuma degupan jantung saya agak perlahan walaupun doctor kata ia normal.  Nadi saya antara 60-70 beat/minit. Doktor mencadangkan agar saya mengambil suplemen CoQ10. Cuma dia tidak menerangkan bagaimana saya dapat manfaat dari pengambilan CoQ10. Mohon pencerahan. Terima kasih”   Coenzyme Q10 (juga disebut sebagai CoQ10 atau Q10 saja) adalah suplemen yang baik untuk mereka yang mengalami rasa lemah, mudah penat dan cepat ... Read More »

Salah faham mengenai sembelit

SALAH FAHAM MENGENAI SEMBELIT     “Doktor, saya mempunyai tabiat untuk membuang air besar seminggu sekali. Adakah ini normal?”   “Kebiasaannya, berapa kali sehari kamu ke bilik air untuk membuang air besar?”  tanya saya.   “Saya memang dari kecil membuang air, seminggu sekali”   “Najis kamu keras? Ada sukar hendak membuang atau terpaksa meneran?” Saya bertanya lagi.   “Tiada. Najis saya lembut dan saya tidak menran. Cuma saya buang seminggu sekali?”   “Oh kalau begitu, tabiat buang air besar kamu normal. Kamu tidak mengalami sembelit” Saya menerangkan.   Ramai yang salah faham dan menyangka bahawa jika tidak buang air besar setiap hari, mereka mengalami sembelit. Sembelit bukanlah penyakit, ia hanya tanda  seseorang itu mungkin mengalami penyakit. Malah “sembelit” pada sesetengah orang adalah normal.   APAKAH ITU SEMBELIT? Sembelit berlaku apabila ... Read More »

Mencegah demam dan selsema tanpa ubat

MENCEGAH DEMAM DAN SELSEMA TANPA UBAT   Keadaan cuaca yang tidak menentu memudahkan seseorang mendapat demam selsema. Antara simptom yang ditunjukkan ialah hidung berair, badan panas dan sakit tekak.  Cara terbaik ialah dengan melakukan langkah pencegahan.   Antaranya herba yang baik untuk menyembuhkan demam selsema ialah:   KUNYIT–Perah jus kunyit dan campurkan dengan segelas air suam dan madu. Kacau dan minum di awal pagi selepas bangun tidur. MADU –Selain boleh dicampur dengan kunyit, ia boleh diambil dengan dicampurkan 2 sudu tualang ke dalam segelas air sejuk (atau suhu bilik). HALIA –Satu inci halia boleh dimasukkan ke minuman atau masakan. BAWANG PUTIH–bawang putih dikatakan mempunyai sifat antibiotic. Ia boleh dimasukkan ke dalam masakan. Atau dengan memakan bawang putih yang dibakar. SAYURAN HIJAU DAN BERWARNA – Sayur-sayuran hijau dan berwarna sangat baik ... Read More »

Ubat selsema untuk kanak-kanak

  Assalamualaikum dokter. Saya ingin bertanya sikit mengenai bayi sy yang berumur 10 bulan. Kenapa bayi berumur limgkungan ini tidak diberikan ubat selsema? Saya sgt fobia sbb ank ke empat sy dulu batuk selsema, dokter sebuah klinik swasta kata tidak blh bg pd bayi. Hanya ubat sembur kat hidung…tp msih selsema..Akhirnya anak saya warded sbb byk kahak pd paru2. Kenapa yer dokter? Kalau bg pd dos seumur dgn bayi blh tak? Terima kasih.   WA ALAIKUM MUS SALAM .   Ia bergantung kpd pemeriksaan doktor. Secara amnya mmg ada garis panduan yg tidak membenarkan kanak-kanak di bawah umur 3 tahun diberikan ubat antihistamin (untuk batuk dan selsema). Ini kerana ada kes di mana kanak-kanak yg mendapat ubat-ubat ini mengalami kesan sampingan yang teruk seperti tidak sedarkan diri dan kehilangan nyawa.   ... Read More »

Hamil disyaki diabetes kena buat BSP

HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP     “Salam doktor. Saya sekarang hamil anak ketiga tapi baru-baru ini saya terpaksa buat ujian BSP kerana doktor kata saya ada kencing manis. Saya sangat risau. Macam mana hendak turunkan gula dalam darah? Bagaimana pula dgn kesihatan anak saya dalam rahem. Terima kasih doktor saya dahulukan atas kesudian menjawab soalan.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya percaya puan belum lagi disahkan mengalami penyakit diabetes mellitus (kencing manis). Jika puan telah disahkan mengalami diabetes mellitus, sudah tentu doctor telah memberikan rawatan, dan tidak perlu lagi pemeriksaan BSP. Pemeriksaan BSP adalah sebahagian cara (prosedur) pemeriksaan gula bagi mendiagnosa pesakit diabetes. Ia bukan pemeriksaan saringan.     Jadi saya puan hanya disyaki mengalami diabetes mellitus saja.     Pemeriksaan gula dalam darah dilakukan kepada ... Read More »

Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?

ADAKAH BROMOCRIPTINE MENGGANGGU KESUBURAN     ” salam dr. Saya berumur 26thun, dan telah melahirkan anak. Malangnya anak saya telah meninggal dunia dan dapat hidup selama 2jam akibat kecacatan semasa lahir yang telah didiagnosa lebih awal. Saya diberikan sejenis ubat berhenti susu. Adakah ubat berhenti susu itu boleh menyebabkan saya lambat utk hamil lagi? Mohon penecerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada puan. Banyakkan bersabar dan semoga ALLAH berikan ganti yang lebih baik. Hanya ALLAH yang tahu hikmah di sebalik apa yang berlaku.   Saya percaya doktor telah memberikan ubat bromocriptine yang selalunya diberikan kepada wanita yang mempunyai susu yang banyak agar dapat menghentikan susu. Ini kerana susu ibu yang dihasilkan tidak dapat diberikan kepada anak puan. Susu ibu ... Read More »

Punca rasa sakit ata tidak selesa di bawah abdomen di kalangan wanita

PUNCA RASA SAKIT ATAU TIDAK SELESA DI BAWAH ABDOMEN DI KALANGAN WANITA   “Assalamualaikum doktor, saya seorang surirumah, usia 40an, mempunyai 8 org anak. Saya mengalami rasa sakit dan tidak selesa bahagian ari-ari bila saya berdiri atau berjalan, seperti ada ada tekanan pada faraj. Saya sudah sebulan tidak datang haid, tapi saya belum ke klinik utk pemeriksaan. Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai wanita yang mengalami sakit dan tidak selesa di bahagian bawah perut (atau lebih tepat di bahagian abdomen) dari semasa ke semasa. Kebiasaannya ia berkaitan dengan masalah kitaran haid mereka dan organ yang terlibat ialah rahem.   Walau bagaimana pun banyak lagi punca rasa tidak selesa atau sakit di bahagian bawah abdomen.   Cara terbaik ialah puan menjalani pemeriksaan doktor. Namun jika puan menceritakan ... Read More »

Air Ketuban yang banyak

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi puan berkaitan sama ada air ketuban itu terlalu banyak atau terlalu sidikit. Jadi puan tidak perlu risau. Ini kerana jumlah air ketuban yang maksima adalah pada usia kehamilan tujuh hingga ... Read More »

Beli katiL urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari inframerah  dan teknik chiroparactic (tulang belakang).   Teknik  urutan yang digunakan berdasarkan kepada pronsip rawatan perubatan timur Chi. Dalam tubuh manusia ada aliran chi. Jika aliran chi ini tidak disekat, ... Read More »

Batuk ketika hamil

  “Salam 1Malaysia doctor, saya ingin bertanya, saya mengalami batuk yang lama, lebih kurang sebulan. Minggu lalu batuk saya telah reda dan kemudian ia berulang, terutama pada waktu malam.   Sekarang ini saya hamil 35 minggu, dan telah melakukan pemeriksaan kahak dan doctor mengesahkan kahak saya tiada kuman.   Tiga minggu yang lalu, doctor telah memberikan saya ubat batuk dan antibiotik.   Saya bercadang ini menggunakan gula-gula untuk merawat batuk saya tetapi mengandungi AMBROXOL HYDROCHLORIDE.   Mohon penjelasan dan nasihat. Terima kasih.”       Wa alaikum mus salam.   Bagi ibu yang hamil yang mengalami batuk, saya selalu mencadangkan agar minum air secukupnya, lebih baik dari mengambil mana-mana ubat, terutama jika batuk yang dialami bukanlah disebabkan jangkitan kuman bakteria.   Saya ada menulis dalam blog.   http://drzubaidi.com/blog/?p=4823   Puan ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.     ... Read More »

Makanan yang tidak baik diambil ketika menyusukan bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu.   Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi.   Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang.   Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan perkembangan bayi anda.   Saya menasihatkan agar para ibu membuat diari makanan untuk mengetahui tindak balas yang teruk terhadap susu ibu.   Antara makanan yang MUNGKIN tidak ... Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis Rasulullah SAW: Maknanya: “Berqailulahlah kamu semua, kerana sesungguhnya syaitan tidak berqailulah.” (Abu Nu’aim di dalam al-Tibb) Dalam hal ini, Al-Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani menghukumnya sebagai HASAN di dalam Sahih al-Jami’ ... Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu kelancaran pentadbiran awam. Saya tidak perlu menceritakan pengalaman pahit berurusan dengan kakitangan awam, kerana tahap kelancaran pergerakan pentadbiran awam telah diketahui umum. Bayangkan jika ada pekerja yang cuti di jabatan-jabatan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!