Tag Archives: tulang

DATUK ADA DIABETES LUKA DI KAKI SEMASA BANJIR

“Salam doctor, baru-baru ini datuk saya berusia 67 tahun pesakit, semasa banjir tempuhari dia telah mengharung air banjir dan terpijak benda tajam. Beberapa hari selepas itu, beliau pengsan dan dimasukkan ke dalam wad. Lukanya masih belum sembuh, malah belum kering. Doktor mengatakan datuk saya dijangkiti kuman yang menyebabkan penyakit melioidosis. Adakah ia berbahaya, doctor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Antara  risiko penyakit berjangkit akibat bencana banjir yang melanda Negara (Dec 2014-Jan 2015) ini adalah penyakit melioidosis disebabkan bakteria Burkholderia pseudomallei yang boleh dijumpai di sumber air dan tanah yang tercemar seperti sawah padi, air bertakung dan tasik. Penyakit ini disebarkan kepada …

Read More »

Amalan menyusukan anak ketika hamil

AMALAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL     “Salam doktor. Saya sedang hamil 12 minggu dan masih menyusukan anak. Ibu saya melarang saya memberikan susu pada bayi saya yang berumur 8 bulan ini kerana dikhuatiri keguguran. Adakah itu benar, doktor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak nasihat dari orang tua-tua yang hanya berdasarkan pengalaman dan logik akal  saja. Anataranya mereka menyuruh dihentikan penyusuan pada bayi yang sedang menyusu ketika ibu sedang hamil seorang bayi lagi. Namun sebenarnya wanita yang hamil boleh menyusukan anak mereka dan ia adalah selamat dan bagus untuk bayi yang sedang menyusu. Penyusuan tidak akan menyebabkan …

Read More »

3 produk kesihatan tradisional dikesan beracun

3 PRODUK KESIHATAN TRADISIONAL DIKESAN BERACUN  Tiga produk kesihatan tradisional dalam pasaran dikesan mengandungi bahan racun berjadual dan tidak berdaftar dengan Kementerian Kesihatan. Produk berkenaan termasuk Li Long Mei Guo Mo Bang dan Africa Black Ant yang mengandungi bahan racun berjadual sildenafil dan Ginseng Tu Chong Wan Lin Heong yang mengandungi dexamethasone. Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah A Rahman, berkata pengambilan sindenafil melalui produk berkenaan menyebabkan pesakit mengalami kesan sampingan seperti sakit bahagian dada, sesak nafas, serangan jantung dan angin ahmar. Katanya, pengambilan dexamethasone pula menyebabkan pesakit mengalami sindrom Cushing iaitu muka membulat, peningkatan berat badan mendadak, bengkak …

Read More »

Tanda seorang wanita mengalami endometriosis

TANDA SEORANG WANITA MENGALAMI ENDOMETRIOSIS     “Salam doctor, boleh beritahu saya tanda-tanda seseorang itu mungkin mengalami masalah endometriosis?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Endometriosis adalah sejenis penyakit wanita yang  belum dikenalpasti punca sebenar bagaimana ianya terjadi. Terdapat teori yang memberikan penjelasan bahawa darah haid yang sepatutnya keluar dari rahem melalui faraj, telah berundur ke belakang telah membawa bersama tisu endometrium, masuk ke dalam saluran fallopian dan akhirnya keluar dalam peritoneum (bahagian abdomen).   Ini  menyebabkan membesar saiznya dalam pelvis dan berdarah seperti mana kitaran haid ke dalam abdomen.   Tanda-tanda seorang wanita itu mungkin mengalami endometriosis ialah apabila …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …

Read More »

Patah tulang buku lali

PATAH TULANG BUKU LALI “Salam doctor, saya mempunyai seorang anak lelaki yang mengalami keretakan tulang kaki kiri (buku lali) akibat terjatuh ketika bermain bola. Beliau diberikan cuti selama 3 minggu oleh doctor. Adakah perlu dia banyak minum susu dan ambil pil kalsium yg berterusan untuk mengurangkan sakit?  Dan benar kah selepas simen dibuka, dia tidak boleh aktif sukan semula. Mohon pencerahan, terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua kecederaan patah tulang sama ada akibat kemalangan atau pembedahan akan melalui proses penyembuhan yang sama.   Proses penyembuhan tulang mempunyai tiga peringkat yang berlaku serentak. Bengkakan (inflamasi), pengeluaran sel-sel tulang …

Read More »

Retak tulang leher disedari selepas beberapa hari kemalangan jalanraya

PATAH TULANG TENGKUK DISEDARI SELEPAS BEBERAPA HARI KEMALANGAN JALANRAYA     “Salam doktor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya mengalami kemalangan jalanraya apabila motorsikal saya dilanggar dari belakang dan saya tercampak ke dalam parit. Saya tidak pengsan. Di hospital saya diberikan rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang. Setelah beberapa hari berehat di rumah, saya mengalami sakit tengkuk. Saya kembali ke hospital dan pemeriksaan xray menunjukkan saya mengalami keretakan pada tulang leher C6 dan C7. Alhamdulillah saya tidak mengalami sebarang lumpuh pada anggota. Boleh doctor komen masalah saya ni. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doctor di …

Read More »

Punca Pendarahan Ketika Hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya …

Read More »

Kecederaan tisu dapat dirawat dengan rawatan stem sel

KECEDERAAN TISU KETIKA BERSUKAN DAPAT DIRAWAT DENGAN RAWATAN STEM SEL.   Kecederaan hamstring yang dialami oleh pemain tengah Argentina, Angel Di Maria menghalangnya daripada bermain pada perlawanan akhir Piala Dunia 2014 menentang Jerman.   Pihak pengurus Argentina mereka akan menghantar pemain ini untuk rawatan stem sel dengan harapan dapat mempercepatkan penyembuhan yang beliau alami.   Walaupun sebelum ini terdapat kontroversi yang mengatakan bahawa rawatan stem sel tidak sesuai untuk atlet.   Pakar Orthopedist mengatakan bahawa terdapat hanya sedikit bukti yang menunjukkan rawatan stem sel ini mempunyai keberkesanan dalam kecederaan sukan.   Namun yang pastinya rawatan stem sel bukanlah rawatan yang …

Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …

Read More »

Mahu buang besi dalam tulang

    “Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …

Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”.   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk …

Read More »

Steroid dalam Ubat Herba

  “Salam doctor, saya pesakit gout dan sedang mengamalkan ubat herba. Sangat mujarab dan sakit saya telah hilang sepenuhnya. Cuma saya perasan berat saya bertambah. Adakah ubat herba seperti ini boleh diamalkan dan berkesan untuk penyakit gout saya?”   Wa alaikum mus salam.   Saya percaya “ubat herba”yang diamalkan oleh saudara mengandungi steroid. Pihak berkuasa telah banyak melakukan serbuan dan rampasan ubat yang mengandungi steroid berbahaya. Kebanyakan ubat ini dijual untuk merawat sakit sendi. Biar pun rampasan demi rampasan dilakukan, namun masih banyak ubat-ubat yang dijual semata-mata untuk mendapatkan keuntungan. Pembuat ubat ini selalunya berselindung atas nama ubatan herba semulajadi …

Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …

Read More »

Hukum Gelatin dalam Ubat

Penggunaan gelatin telah digunakan begitu lama dan secara meluas dalam industri makanan, kecantikan dan perubatan.  Di hospital dan klinik, gelatin digunakan dalam bentuk kapsul ubat dan kapsul lembut seperti yang kapsul minyak ikan dan extrak minyak zaitun. Sementara dalam industri makanan ia digunakan dalam penyediaan gula-gula, coklat, yogurt, keju, mentega, aiskrim, makanan pencuci mulut segera seperti agar-agar dan pudding, dan gula-gula getah. Isu utama di sini adalah bolehkan pesakit Muslim menggunakan ubat yang mengandungi kapsul yang diperbuat dari gelatin? Adakah ia halal? Kapsul ubat menggunakan gelatin yang dihasilkan dari proses pengasingan protein kolagen yang diambil dari tubuh haiwan. Protein kolagen …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Kecederaan saraf “Long Thoracic Nerve”

    Kecederaan pada saraf long thoracic nerve menyebabkan lumpuh atau lemah pada otot “serratus anterior”. Pesakit mungkin mengalami rasa sakit, atau tidak boleh mengangkat lengannya dan tulang belikat (scapula) akan kelihatan jelas menonjol bila melakukan pergerakan bahu. Kecederaan saraf ini boleh disebabkan oleh kecederaan trauma atau tanpa sebab yang jelas. Wallahu a’lam

Read More »

Makan sup ikan jerung tidak dapat mengelakkan kanser

  Para saintis telah maklum bahawa ikan jerung juga boleh mendapat ketumbuhan, malah kanser.   Pengkaji di Australia baru-baru ini dapat merakam dan mengkaji satu ketumbuhan besar pada mulut seekor ikan jerung. Kajian ini diterbitkan dalam  Journal of Fish Diseases pada Nov 2013.   Malangnya ramai yang mendakwa bahawa sup ikan jerung dapat mengelakkan seseorang yang memakannya dari penyakit kanser.   Salah faham ini dikelirukan oleh dakwaan penjual suplemen dan makanan kesihatan yang mendakwa tulang rawan ikan jerung dapat merawat penyakit kanser.   Sehinggakan di beberapa buah negara berjuta-juta ekor ikan jerung yang dibunuh setiap tahun untuk mendapatkan tulangnya.   …

Read More »

Manfaat Epal Hijau

  Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.   Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A , vitamin B dan serat yang mudah larut.   Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.   Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. …

Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya …

Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …

Read More »

Hati-hati dengan ubat dijual di jalanan yang ada steroid.

Kementerian Kesihatan Msia (KKM) mengharamkan ubat herba yang dijual secara meluas di toko-toko ubat yang mengandungi steroid.  Antara tanda-tanda ubat itu mengandungi steroid  ialah ubat itu dapat melegakan sakit-sakit sendi dan ketegangan otot serta merta. Setelah memakannya beberapa hari, berat badan bertambah dan muka menjadi tembam. Ia sangat bahaya pada ginjal dan menyebabkan tulang menjadi reput. Saya pernah melihat seorang wanita brumur 50an yang mengalami patah tulang punggung, hanya keraa jatuh dari kerusi yang dia duduki. Bila x ray dilakukan, dia diagnosa mengalami fracture of neck of femur akibat masalah osteophorosis dipercayai akibat mengambil ubat herba bagi mengurangkan sakit lutut. Ubat …

Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

  “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”   Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.   Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar.   Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.   Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa …

Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih …

Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama. “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam” Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar. Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu. Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema. …

Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …

Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …

Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …

Read More »

Nenas boleh Sebabkan Keguguran?

“Doktor, benarkah makan nenas ketika hamil boleh menyebabkan keguguran?” Saya diam. Hal ini tidak diajar semasa kuliah O&G semasa saya berada di universiti dulu. Jadi saya biarkan persoalan ini, sehingga saya mendapat jawapan yang sahih dari rakan-rakan yang telah menjadi pakar sakit puan dan perbidanan. “Menurut kata orang tua, nenas ini tajam dan boleh menyebabkan keguguran” sambung wanita itu lagi. Saya mengangguk-angguk kepala sebagai tanda menghargai pandangan beliau. Tidak ramai doktor yang sedar bahawa terdapat beberapa kes di mana wanita yang hamil memakan nenas dan mengalami keguguran. Adakah ini satu fakta atau satu kebetulan? Saya mendapati tidak banyak kajian saintifik …

Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah …

Read More »
error: Content is protected !!