Advertorial
Home » Tag Archives: transfat

Tag Archives: transfat

makan durian dengan selamat

MAKAN DURIAN DALAM KUANTITI KECIL Artikel di bawah adalah temubual wartawan Harian Kosmo bersama saya.     PESAKIT kronik seperti jantung dan ginjal disarankan makan durian dalam kuantiti satu atau dua sudu kecil sahaja.   MUSIM durian merupakan saat yang ditunggu-tunggu oleh Hartini @ Khaslin Dolah Mok Sim, 35, kerana ia merupakan buah kegemarannya sejak kecil.   Ahli Jawatankuasa Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (Perdim), Dr. Zubaidi Ahmad berkata, durian mempunyai kandungan karbohidrat (gula) yang tinggi.   Dua ulas biji durian mengandungi 60 hingga 80 kcal kalori yang bersamaan dengan setengah cawan nasi putih.   Kalori tersebut bergantung kepada jenis baka durian itu.   Baka berkualiti tinggi seperti D24 dan Musang King lebih sedap, rasa berlemak dan kandungan karbohidratnya juga tinggi.   “Durian mengandungi vitamin C dan B serta mineral potassium. ... Read More »

vitamin E membantu kerosakan pada tulang rawan sendi lutut

VITAMIN E MEMBANTU KEROSAKAN PADA TULANG RAWAN SENDI LUTUT     Setakat hari ini, banyak kajian dan pembuktian bahawa vitamin C memainkan peranan yang besar dalam metabolisme dan juga penyembuhan tulang rawan (cartilage ) dan tisu penghubung (connective tissue) yang telah cedera.   Namun begitu sekarang semakin banyak kajian dan pembuktian peranan vitamin E sebagai suplemen yang baik untuk merawat kecederaan lutut dan penyakit osteoarthritis. Ini bermakna kedua-dua vitamin ini membantu pesakit tersebut.   Dalam satu kajian yang diterbitkan dalam International Journal of Rheumatism Disease (2009) membuat kesimpulan bahawa vitamin E memainkan peranan dalam penyembuhan kecederaan lutut atau mengurangkan kesakitan pada pesakit osteoarthritis.   Rujuk: Sutipornpalangkul, Morales NP, Charoencholvanich K, Harnroongroj T. Lipid peroxidation, glutathione, vitamin E, and antioxidant enzymes in synovial fluid from patients with osteoarthritis. Int J Rheum ... Read More »

hamil selepas terlanjur dan guna postinor

HAMIL SELEPAS TERLANJUR DAN GUNA POSTINOR   Assalamualaikum dr, maaf jika mengganggu besar harapan saya sekiranya dr, dapat tolong saya. Saya berumur 29thn. Bakal berkahwin. Saya mengalami haid (pada jumlah yang sedikit memadai dengan mengenakan pantiliners) selama 1 bulan lebih sekitar Mac tahun ini.     Saya telah mendapatkan rawatan doktor. Dan doktor memberi medroxyprogestrone acetate 5mg. Di ambil 2biji sehari 1kali makan untuk 3 kali kitaran haid.     Kitaran pertama selama 21hari dengan ubat yang diberi penderahan berhenti dan saya haid pada 11/6 – 17/6.     Pada 23/6 saya telah terlanjur (Mohon jasa baik doktor untuk tidak menilai dan menghukum, saya sedar kesalahan dan saya betul2 menyesalinya). Pihak lelaki mengesa saya untuk menggambil postinor 2. Saya mengambil pil yang pertama 24jam selepas melakukan hubungan dan pil yg ... Read More »

bacaan sel darah putih tinggi

BACAAN SEL DARAH MERAH TINGGI   Assalamualaikum doc yang dihormati. Saya skrg ditahan di hospital kerana sel darah putih mencecah 100 yang asal normalnya 8-10. Skrg untuk langkah seterusnya saya dinasihati untuk menjalani mengambil sumsum tulang untuk pastikan adakah saya menghidap kanser darah. Perasaan Saya sekarang buntu sedih kosong. Saya baru bersalin lapan bulan yang dan anak saya full bf.Tolong nasihatkan saya.   WALAIKUMUSALAM.   1. Saya percaya puan akan dirawat dengan baik di hospital.     2. Bacaan sel darah merah mencecah 100 ribu adalah bacaan yang agak tinggi. Sementara bacaan 100 sahaja adalah bacaan yang rendah.   3. Untuk pengesahan seseorang itu menghidap penyakit berkaitan darah (contohnya leukemia), doktor memerlukan beberapa bukti dari laporan makmal.   4. Namun cara terbaik ialah dengan memeriksa darah dalam tulang sum-sum itu ... Read More »

ditinggal suami tetapi hamil

DITINGGALKAN SUAMI TAPI HAMIL   SALAM DOKTOR, saya mau tanya, kalau sorang perempuan ditinggal suami selama 5 bulan wajar ke kalau sekarang dia hamil 1 bulan. Terima kasih.     SALAM.   Kehamilan berlaku akibat persenyawaan antara benih lelaki (sperma) dengan benih perempuan (ovum) akibat persetubuhan.   Jadi walaupun tinggal berjauhan, jika berlakunya persetubuhan, kemungkinan seorang wanita akan hamil.   Namun begitu, jangan cepat menuduh seorang wanita itu hamil tanpa ada bukti yang kukuh.   Tidak datang haid, tidak bermakna seorang wanita itu sedang hamil.   Buatlah pemeriksaan doktor.   Semoga bermanfaat. Mohon mengunjungi : –> FACEBOOK NEEDS VENUE SDN BHD MOHON KE KEDAI ONLINE KAMI BAGI MENDAPATKAN PRODUK YANG HALAL, BERKUALITI DAN NATURAL. KLIK DI NEEDS VENUE SDN BHD Read More »

makan antibiotik ceferoxime ketika hamil

MAKAN ANTIBIOTIK CEFUROXIME KETIKA HAMIL       Assalamualaikum Dr. Saya mahu bertanya, bolehkah saya mengambil ubat antibiotik cefuroxime ketika hamil. Malam tadi saya ada bleeding, pagi nya saya ke hospital. Doktor bagi ubat ini untuk kuatkan fetus. Sewaktu pemeriksaa, doktor dapati ada kemerahan dekat dalam vagina. Selamatkah ubat ini dimakan? Terima kasih.   WALAIKUMUSALAM   1. Doktor tidak berikan antibiotik untuk kuatkan fetus.   2. Mungkin ada salah faham mengenai rawatan puan.   3. Cefuroxime adalah antibiotik yang berada dalam kategori B di bawah kawalan FDA. Ini bermakna ia selamat digunakan oleh wanita yang hamil.   4. Namun ia seharusnya dielakkan jika ia tidak perlu digunakan.   5. Jika ada kekeliruan, saya manasihatkan puan berbincang dengan doktor yang merawat puan.   Semoga bermanfaat. Mohon mengunjungi : –> FACEBOOK NEEDS VENUE ... Read More »

umur muda tapi kitaran haid tidak menentu

UMUR MUDA TAPI KITARAN HAID TIDAK MENENTU     Assalamualaikum Dr Zubaidi. Terima kasih diatas kesudian doktor membaca e-mail saya. Tujuan saya menghantarkan e-mail ini adalah untuk meminta nasihat mengenai masalah kitaran haid saya.   Saya mengalami masalah kitaran haid tidak menentu sejak berumur 18 tahun dan kini saya sudah pun berumur 36 tahun. Pada awalnya kitaran haid saya 2 bulan sekali. Kemudian naik 6 bulan sekali dan begitulah seterusnya. Jarak kita haid saya semakin lama semakin tidak menentu. Kini saya sudah tak ingat bila kali terakhir saya datang haid. 5 tahun lepas mungkin.   Saya sudah rujuk beberapa kali dengan beberapa orang doktor dan memaklumkan kepada mereka tentang keadaan saya. Mereka hanya scan dan memberi saya pil perancang. Selalunya bekalan diberi untuk 3 bulan dan selama 3 bulan itu ... Read More »

Psoriasis dan VCO

PSORIASIS DAN MINYAK KELAPA DARA     Asssalamualaikum Dr Zubaidi. Saya Ahmad berumur 30an tahun dan penghidap penyakit psoriasis.  Sehingga sekarang saya belum tahu apa punca utama sebab baru-baru ini dalam masa sebulan saja (april & may 2018) ia menyerang seluruh badan. Dari bangku sekolah saya ada masalah kelemumur di kepala yang tidak penah sembuh sampai sekarang, dan 6-7 tahun lepas ada psoriasis di betis (pada mulanya saya ingatkan penyakit kurap). Sebelum ini saya ada ambil ubat sapu di klinik pakar kulit (mungkin steroid) tapi ianya bersifat sementara malah naik balik lagi banyak di badan. Sehingga sekarang saya cuma amal minyak kelapa dara untuk sapu di kulit dan minum air reneh rumput beijing seperti yg di sarankan dalam bacaan di FB. Saya cuma tak tahu sejauh mana keberkesanannya pada diri ... Read More »

rasa sakit pada jahitan episiotomy

RASA SAKIT PADA JAHITAN EPISIOTOMY       “Assalamualaikum Dr Zubaidi, saya  ingin bertanya. Saya baru melahirkan anak saya pada 31hb yg lalu. Pada hari ke 4, terasa sakit yang amat ketika duduk dan berjalan. Rupa-rupanya, ada benang jahitan yang dimatikan terlalu panjang hingga menyucuk tisu faraj saya dan ianya amat menyakitkan. Boleh saya meminta doctor di klinik untuk memotong lebihan benang tersebut? Terima kasih”   WA’ALAIKUMMUSSALAM   Jika ketidakselesaan atau rasa sakit disebabkan oleh tusukan benang yang berlebihan, maka cara yang terbaik ialah meminta doktor yang merawat puan memotong pendek benang yang berlebihan.   Jangan risau jahitan akan terlerai. Apabila sudah memasuki dua minggu, proses penyembuhan sudah mula berlaku.   Lagi pun memotong pendek bukan bermakna membuka jahitan yang telah dibuat.   Saya menasihatkan puan agar menjaga kebersihan di ... Read More »

Apa Itu Lemak Trans (Trans Fat) dan Kenapa Berbahaya kepada Tubuh?

    APAKAH ITU TRANSFAT?   Asid lemak mempunyai dua jenis, iaitu lemak tepu (saturated fatty asid) dan satu lagi lemak tidak tepu (unsaturated fatty asid). Beza antara lemak tepu dengan lemak tidak tepu adalah dalam lemak tidak tepu mempunyai ikatan “double bound” antara atom-atom karbon.   Jika terdapat banyak ikatan “double bond” dalam molekul lemak, ia dinamakan lemak tidak tepu poli. (Polyunsaturated fatty acid). Jika hanya satu ikatan ”double bond” ia dinamakan lemak tidak tepu mono. (Monounsaturated fatty asid).   Secara amnya terdapat dua jenis trans fats yang boleh didapati dalam makanan. Satu yang berlaku secara natural (natural trans fats), dan satu lagi sintetik (artificial trans fats).     Transfat yang natural berlaku dalam  usus haiwan tertentu dan kita mendapatkannya dari sumber haiwan tersebut seperti susu dan daging. Proses ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!