Advertorial
Home » Tag Archives: tidak subur

Tag Archives: tidak subur

Alah pada air mani suami

  “Assalamu alaikum doktor, saya sering mengalami masalah setiap kali apabila selepas bersama suami, saya mengalami rasa pedih dan terbakar pada alat sulit saya.  Doktor yang memeriksa mengatakan bahawa saya mengalami alahan pada air mani suami. Rasa pedih dan terbakar berkurangan apabila saya memujuk suami menggunakan kondom. Benarkah saya mengalami alahan pada air mani suami?”   Wa alaikum mus salam. Saya rasa simpati dengan masalah yang puan hadapi. Ini merupakan ujian besar bagi puan bersama suami.   Kes seperti ini jarang berlaku. Ia disebabkan oleh seorang isteri sangat sensitif dan mengalami tindakbalas alahan  pada protein yang terdapat dalam air mani suami. Secara tidak langsung, ini akan menyebabkan berlakunya ketidaksuburan.   Tanda alahan pada air mani suami ialah mengalami rasa terbakar, kemerahan dan bengkak pada sekitar alat kelamin selepas mengadakan hubungan ... Read More »

Bagaimana Mengenali Istihadah

  Masih ramai wanita terutamanya remaja yang masih keliru dalam membezakan antara darah haid dengan istihadah. Jadi, bagaimana hendak membezakan antara kedua-dua jenis darah ini? Berikut adalah empat keadaan istihadah: 1. Darah yang keluar kurang daripada had masa minimum haid iaitu sehari semalam. 2. Darah yang keluar melebihi had masa maksimum haid iaitu 15 hari. 3. Keluar darah sebelum umur minimum haid iaitu sebelum berumur 9 tahun. 4. Darah yang keluar lebih daripada tempoh maksimum nifas iaitu 60 hari.   http://www.telagabiru.net.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=263:apa-itu-istihadah&catid=42:artikal&Itemid=367   Wa allahu a’lam. Read More »

Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?

    “Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.”   Wa alaikum mus salam.   Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan.   Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid.   Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergentung pada persepsi seseorang.   Sebagai contoh kuantiti haid seorang wanita dikatakan banyak, tetapi mungkin normal bagi wanita yang lain. Begitu juga ada wanita yang menganggap darah ... Read More »

Pendarahan yang banyak setiap bulan

  “Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”   Wa alaikum mus salam.   Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius.   Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini.   Antara puncanya ialah:   1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an dan awal 30an yang mengalami penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rahem tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga berlaku pendarahan ... Read More »

Gegaran otak akibat kemalangan dan kitaran haid tidak teratur

    As salam mu alaikum doctor, saya hendak bertanya doktor. Pada tahun lepas saya mengalami kemalangan jalanraya dan hanya cedera ringan tetapi menerima hentakan yang kuat di kepala sehingga hilang ingatan buat sementara.   Selepas kemalangan tersebut kitaran haid saya menjadi tidak teratur dan sedikit. Beberapa bulan kebelakangan ini, haid saya hanya keluar secara sempurna pada hari pertama dan pada hari-hari berikutnya, haid saya sedikit dan kadang-kala mengeluarkan ketulan darah beku. Ada kalanya ia hanya lendiran bersama darah sahaja.   Kitaran haid saya berlaku hanya selama 5hari dan kemudian kering. Sekarang ini menjadi tidak teratur.   Apakah saya mengalami darah beku ada dalam rahim atau adakah rahem saya tersumbat? Adakah akibat kemalangan itu, rahem saya menjadi jatuh atau terbalik?   Adakah ia boleh dirawat? Buntu saya memikirkan nya. Saya ... Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

    Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir ini ini vagina saya kering walaupun ketika “bersama” suami & ini menyebabkan vagina saya sakit & perit. Mungkinkah saya mengalami simptom menopause? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya ... Read More »

Pendarahan haid berpanjangan: Pil henti darah (norethisterone) vs Ekstrak Kacip Fatimah (EKF)

      “Salam Doc. Saya hendak bertanya mengenai kitaran haid saya yang tidak menentu. Sebelum ini saya tidak mengalami haid beberapa bulan. Selepas sebulan saya mengamalkan EKF tiada perubahan pada kitaran kitaran haid saya. Tetapi masuk bulan kedua, saya mula datang  haid pada 25 Jun dan bersih hari ke 8. Kemudian haid datang  semula pada hari yang 12 berlanjutan hingga ke 15. Saya dah berjumpa doktor dia telah berikan ubat  Sunolut yang mengandungi Norethisterone untuk berhentikan pendarahan untuk dimakan selama 20 hari. Saya makan hanya selama 14 hari. Selepas berhenti ubat tersebut darah datang balik. Soalan saya adakah saya patut makan EKF semula walaupun darah masih ada? Atau teruskan makan ubat hormon tersebut? Adakah darah itu darah haid?”   Dr Zubaidi Hj Ahmad :   Wa alaikum mus salam. Seperti ... Read More »

Perokok boleh menyebabkan anak lelakinya mandul

   “Doktor mengapa saya mengalami masalah kesuburan?” seorang rakan FB menulis mesej dalam ruangan chatting  di facebook.   “Masalah yang bagaimana ..?”   “Saya telah berkahwin selama lima tahun, belum lagi mendapat cahaya mata. Baru-baru ini saya buat pemeriksaan airmani bagi  mengetahui sama ada punca masalah ini, adakah berpunca  dari saya..”   “Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa air mani saya tidak berkualiti. Saya buat pemeriksaan semula dan mendapati hal yang sama..”   “Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan..”   (saya ada menulis tentang kualiti airmani di http://drzubaidi.com/blog/?p=3536)   “Saya bersimpati dengan masalah saudara. Jadi saudara sudah mendapatkan rawatan..?” Tanya saya.   “Saya diberitahu oleh doctor ... Read More »

Bolehkah lelaki yang mempunyai sperma yang cacat mempunyai anak?

  Semakin saya dedahkan permasalaah ketidaksuburan yang dihadapi oleh para lelaki dalam FB, semakin rami pula yang bertanya. Pada saya ini adalah perkembangan yang baik kerana lelaki mula memberikan perhatian terhadap masalah yang mereka hadapi.   Selama ini hanya sebilangan kecil lelaki yang ambil peduli tentang masalah ‘sukar mendapat anak’ dan sering menyalahkan pihak perempuan dalam hal ini. Padahal hal mendapat anak ini memerlukan usaha suami dan isteri.   Ada seorang lelaki yang bertanya kepada saya, “apakah rawatan yang terbaik untuk lelaki yang mempunyai sperma yang cacat..”   Saya agak  keliru apabila beliau menggunakan istilah ‘’cacat”. Rupanya doctor yang merawat beliau yang memberikan istilah itu bagi menggambarkan struktur morfologi spermanya tidak normal. Bentuknya berbeza, tidak serupa dengan sperma yang normal.   Sebenarnya istilah yang biasa dalam dunia perubatan digunakan ialah ... Read More »

Kitaran Haid tidak berjaya dirawat dengan Clomid dan Proglyluton

Salam Dr.. Saya mohon Dr dapat tolong saya bagaimanakah untuk saya mengetahui hari subur. Dari zaman remaja recycle period saya antara 35-45 hari.walaubagaimanapun, saya xpernah miss period. Saya telah berkahwin pada Feb 2012. Pada April 2012 doktor detect saya mengandung luar rahim.tiub sebelah kanan telah dibuang. selepas operation itu, period saya tidak datang 2-3 bulan.kadang2 saya terpaksa ambil ubat turun darah. Pada awal tahun 2013, saya mendapatkan rawatan di hospital pakar.doktor kata saya pcos melalui ujian darah. rahim saya pula jenis terbalik.lain2 semuanya ok. doktor beri rawatan dgn mkn ubat metaformin dan progyluton. dan baru2 ini saya diberikan clomid. Di sini saya berikan jadual period saya:   Bermula Jan, saya start makan progyluton. Start 25 Feb saya stop makan progyluton kerana doktor nak tgk cycle saya ok tak selepas mkn ... Read More »

Wanita Gemuk Sukar Hamil

“Saya mendirikan rumah tangga empat tahun lalu. Sehingga kini saya belum ada zuriat. Bentuk fizikal saya besar, tetapi suami normal. Saya membuat pemeriksaan dengan klinik kesihatan dan doktor mengesahkan saya normal. Cuma haid saya tidak teratur. Adakah teknik hubungan kelamin saya tidak betul? Apa patut saya lakukan doktor?” Saya amat memahami permasalahan yang sedang dialami oleh puan. Memang agak tepat apa yang puan sangkakan. Wanita yang mempunyai berat badan berlebihan akan mengalami ketidaksuburan. Berbadan gempal bagi wanita boleh menyebabkan masalah dalam pengeluaran ovum atau benih oleh folikel yang matang atau dalam kenyataan biasa adalah tidak bertelur. Dalam bidang perubatan, keadaan ini dikenali sebagai tiada berlakunya ovulasi.     Sebenarnya seseorang wanita hanya bertelur sekali sahaja sebulan. Indeks jisim badan (BMI) kurang daripada 20 kg/m2 atau melebihi 30kg/m2 akan memberi kesan kepada ... Read More »

Clomid dan ketidaksuburan lelaki

Assalam mu alaikum doktor, saya ingin bertanya adakah clomid hanya boleh digunakan untuk kaum wanita sahaja? Ini kerana sebelum ini, saya dan suami isteri ada membuat pemeriksaan kesuburan dan mendapati bahawa  resultnya suami saya mempunyai kekurangan sperma. Doktor menncadangkan suami saya mengambil ubat clomid selama 6 mnggu. Bila saya pergi ke farmasi, ahli farmasi itu memberitahu bahwa clomid hanya untuk wanita. Sekarang saya keliru.   Wa alaikum mus salam. Saya doakan puan bersabar dengan ujian yang diberikan dan tetap terus mencari kesembuhan.   Untuk pengetahuan puan, Clomid biasanya diberikan kepada wanita yang mengalami ketidaksuburan. Ini kerana clomid akan menggalakkan pengeluaran telur ovum dari ovary.   Saya ada menulis tentang clomid di http://drzubaidi.com/blog/?p=653   Namun dalam kajian terbaru, clomid juga digunakan untuk merawat masalah lelaki yang mempunyai bilangan sperma dan bentuk ... Read More »

Phthalates Menyebabkan Diabetes Mellitus

Seperti mana yang ramai ketahui bahawa peningkatan kes diabetes mellitus semakin menjadi-jadi di Malaysia. Saban hari saya berhadapan dengan kes-kes baru di pusat kesihatan tempat saya bekerja. Yang pelik, kebanyakan mereka berusia dalam lingkungan 30an. “Doktor bagaimana saya boleh kena diabetes. Badan saya tidak gemuk. Mak dan ayah saya tiada diabetes. Agaknya mesin yang doktor guna tersilap” Saya mengulangi pemeriksaan gula di awal pagi di mana pesakit belum lagi  bersarapan dan belum mengambil apa-apa makan semenjak pukul 10pm malam tadi. Bacaan pertama tadi 12.0mmol/L, bacaan ulangan kedua pula 12.5mmol/L. Lebih kurang saja. Saya mencadangkan pemeriksaan semula setelah dua jam pesakit mengambil sarapan berat. Saya juga mencadangkan pemeriksaan Hb1Ac agar saya dapat memberikan diagnosa sama ada pesakit itu sudah mengalami penyakit diabetes mellitus atau tidak. Saya termenung memikirkan fenomena yang menjadi-jadi, ... Read More »

Darah Istihadhah: Fisiologi dan Syariah

“Saya sedang mengalami pendarahan haids sudah 4 bulan. Ia tidak pernah kering. Kadang kala ia adalah pendarahan yang sedikit dan ada kalanya ia pendarahan yang banyak. Ada kalanya saya terpaksa menukarkan banyak pad, dan adakalanya pula ia keluar seumpama ketulan darah yang besar. Saya hairan kerana saya tidak mengalami senggugut yang kuat. Adakah ia penyakit yang berbahaya?” Saya menerima e-mail dari seorang rakan FB yang berumur 36 tahun. Saya tidak dapat membayangkan kesukaran yang beliau hadapi selama 4 bulan. Tentu besar pahalanya jika dapat bersabar dengan ujian ini. Secara amnya, darah yang puan alami bukanlah darah haids, kerana darah haids hanya berlangsung selama 2 minggu (14 -15 hari). Lebih dari 14-15 hari itu, adalah darah istihadhah yang menwajibkan puan bersolat dan berpuasa (jika berada di bulan Ramadhan). Maksudnya masuk hari ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!