Advertorial
Home » Tag Archives: tidak hamil

Tag Archives: tidak hamil

Soalan mengenai Kesuburan dan PCOS

Pemeriksaan ultrasound ovari seorang pesakit PCOS “Assalamu alaikum , doktor saya saya ingin tahu pengiraan waktu subur saya…buat pengetahuan doktor telah mengesahkan saya PCOS, period saya tidak teratur setiap bln, jika saya mkn ubat baru ada period.   Ini senarai tarikh2 period saya : Jun (23.06.2012 – 28.06.2012), Disember (19.12.2012 – 24.12.2012) pada bln Dis ini saya mkn ubat clomid (50mg – 2 bj sehari) pd hari ke 2 period, metformin (850mg – 1 bj sehari), pada bln Januari (mulai 17.01.2013) pada bln ini saya tidak mkn ubat dr klinik, saya cm mkn suplement produk XXX . Berat badan saya 83 kg, tinggi 165 cm, umur 31 thn.. Adakah pengambilan ubat Clomid pada bln Dis tidak memberi ape2 peluang pada saya utk hamil..? boleh kah saya mengambil ubat clomid nie secara brterusan? dan apa saranan doktor utk rawatan bg psakit PCOS ... Read More »

Wanita bermisai dan berbulu tebal

  “Assalamu’alaikum doktor saya mempunyai masalah bulu yang tebal dan sehingga kelihatan bermisai. Saya risau kerana beberapa rakan saya selalu mengusik saya dan mengalatakan saya mempunyai hormone lelaki. Mengapa wanita seperti saya boleh tumbuh misai? Mohon pencerahan”       Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah saudari. Ini sebenarnya ujian ALLAH untuk saudari, semoga saudari dapat bersabar dan tidak berputus asa mencari rawatan terbaik untuknya.   Dalam bahasa perubatan, wanita yang mempunyai bulu yang berlebihan di kawasan tubuh yang tertentu dinamakan “hirsutism”. Ia bukanlah penyakit tetapi adalah tanda sesuatu penyakit.   Bulu yang berlebihan selalunya tumbuh di bahagian muka, leher, kaki dan tangan, tubuh, dada, payudara, pinggang belakang, bahagian atas kawasan ari-ari dan bahagian dalam peha.   Hirsutism boleh disebabkan oleh:   1.         Pengeluaran hormon lelaki androgen ... Read More »

Benarkah saya hamil sebelum nikah?

  “Assalamualaikum doctor, saya berumur 32 thn. Saya baru sahaja bernikah pada bulan November 2013. Masalah saya, kitaran haid saya pada setiap bulan akan lewat 7 ke 8 hari setiap bulan. Pada bulan oktober hari pertama haid saya pada 23 haribulan dan saya jangkakan saya akan datang haid pada 30 november atau 1 disember tetapi saya tak datang haid.   Saya telah buat pemeriksaan doktor dan saya telah di sahkan mengandung. Masalahnya doktor tersebut tidak dapat mengagak berapa minggu kandungan saya dan mengatakan saya mengandung sebelum nikah walhal sebelum saya bernikah saya tidak pernah melakukan persetubuhan.   Boleh doktor jelaskan masalah saya, saya tidak tahu macam mana nak jelaskan pada keluarga saya. Terima kasih.”     Wa alaikum mus salam. Saya faham perasaan puan dan saya sangat simpati atas kekeliruan ... Read More »

Kitaran haid tidak menentu akibat majun

  “Assalamu alaikum doctor, saya mempunyai masalah tidak didatangi haid selepas berhenti makan ubat rancang kehamilan ( sejenis makjun ). Saya didatangi haid pada bulan 12.7.2013  dan pada bulan Ogos, saya tidak didatangai haid. Saya sudah membuat ujian UPT tetapi negatif. Selepas itu pada 15.09.2013 saya mengambil keputusan untuk berjumpa doktor dan meminta ‘ubat turun haid’ kerana saya tidak selesa dengan badan saya yang sakit-sakit, mungkin disebabkan oleh perubahan hormon.   Selepas makan ubat itu sebanyak 5 biji dan 5 hari saya didatangi haid selama 8 hari. Selepas pada itu saya masih lagi tidak didatangi haid sehingga 30.10.2013. Boleh saya tahu punca saya jadi macam itu. Sebelum ini, haid saya teratur. Untuk pengetahuan doctor, saya ingin untuk hamil lagi. Terima kasih”     Wa alaikum mus salam.   Punca masalah ... Read More »

Pendarahan selepas haid

    “Salam doktor. Saya mengalami pendarahan yang tidak banyak berwarna merah gelap, sebaik saja haid haid tamat selepas dua hari selama beberapa hari. Minggu lepas saya sudah pergi berjumpa doctor dan diberitahu bahawa saya mengalami perubahan hormon. Pemeriksaan UPT negatif, dan pemeriksaan ultrasound tidak menunjukkan saya hamil. Doktor itu memberikan “ubat henti darah”.  Apabila saya makan ubat itu, pendarahan berhenti. Selepas beberapa hari, pendarahan berlaku semula. Adakah saya keguguran?”   Wa alaikum mus salam.   Puan telah melakukan pemeriksaan UPT dan ultrasound dan menunjukkan bahawa puan tidak hamil. Jadi mustahil berlaku keguguran pada wanita yang tidak hamil.   Darah yang keluar sebenarnya adalah darah haid. Puan mengalami pendarahan selepas tamat tempuh haid kerana darah haid yang tidak habis keluar dari rahem. Warna menjadi gelap kerana ia berada lama dalam ... Read More »

Lama tidak datang haid

  As salam mu alaikum Dr Zubaidi. Saya selalu baca penulisan Dr tentng kehamilan dan saya ingin bertanya. Saya mengalami haid pada 13.12.12, masalahnya sehingga sekarang haid saya belum dating. Saya selalu sakit perut dan kadang rasa berdenyut, kadang di sebelah kiri, kadang belah kanan. Saya telah melakukan ujian UPT dan negatif. Saya pernah ke klinik, dan saya diberi pil hormone, tetapi masih juga belum dating haid. Saya risau kalau ada pnyakit lain yg saya tak tahu dan akan terlambat.  Doktor pernah membuat pemeriksaan ultrasound dan mengatakan bahawa rahim saya elok n cantik. Mohon nasihat.   Dr Zubaidi Hj Ahmad :  Wa alaikum mus salam. Saya boleh simpulkan bahawa: 1. Puan tidak datang haid hampir 14 minggu. 2.Ujian UPT telah dilakukan dan keputusannya negatif. 3.Doktor telah memberikan ubat hormon tetapi ... Read More »

Rahem terbalik dan kesuburan

Assalamualaikum doktor. Saya telah berkahwin pada Jun 2007, namun sehingga sekarang sy masih lagi belum dikurniakan zuriat. Pada tahun 2010 saya telah berjumpa dengan pakar O&G dan diberikan ubat clomid. Semasa saya menggunakan ubat clomid saya mengalami kesakitan perut yg kuat sepanjang tempuh keluar darah haids. Doktor pernah mengesyaki saya mengalami endometriosis. Oleh kerana sakitnya keterlaluan, maka saya menghentikan menggunakan ubat clomid. Selepas berhenti, kesakitan saya juga berhenti namun untuk beberapa bulan sahaja. Saya mengalami senggugut yang kuat semula. Saya pernah melakukan pemeriksaan HSG dan keputusannya normal. Suami juga telah melakukan pemeriksaan air mani dan keputusannya normal juga. Saya pernah menjalani rawatan IUI tetapi tidak berjaya. Untik pengetahuan doctor, rahim saya berkedudukan terbalik (retroverted). Saya mendapat tahu bahawa rahim retroverted susah untuk hamil tetapi pakar O&G saya memberitahu bahawa itu ... Read More »

Lendir Serviks Penanda Kesuburan Wanita

Masih ada beberapa e-mail yang bertanyakan tentang kesuburan. Ada seorang ibu muda bertanyakan masalah tentang lendiran yang keluar dari vaginanya. Dia bertanya sama ada dia dikira subur jika lendiran di vaginanya terlalu banyak atau dia dijangkiti kuman. Rujuklah pada yang pakar Untuk kebaikan pembaca, elok saya menerangkan bahawa saya bukannya pakar Gynaecologist yang begitu pakar tentang tubuh badan wanita dari segi anatomy atau pun physiology. Saya  membantu setakat mana ilmu yang saya pelajari ketika di Fakulti Perubatan. Jadi jika seseorang wanita itu menghadapi masalah sakit puan, cara yang terbaik ialah dengan berjumpa dengan pakar Gynaecologist. Saya hanya memberikan maklumat sampingan yang mungkin membantu seseorang wanita memahami penyakit atau masalah yang dihadapinya. Saya bukannya rujukan pertama untuk ditanyakan masalah. Saya bimbang jika pengetahuan saya yang sedikit ini akan mendatangkan kekeliruan pada ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!