Advertorial
Home » Tag Archives: tidak aktif

Tag Archives: tidak aktif

Bayi berdengkur ketika tidur

Bayi berdengkur ketika tidur

  “Dr…saya nak btanya.anak saya berusia 4bulan.nafas anak saya selalu berbunyi.mcm ade kahak.tp die xpernah pun selsema atau batuk sblm ni.dan anak saya bdengkur sewaktu tdo..sewaktu cek up di klinik ksihatan. Mereka beritahu mgkin sbb salur pernafasan die masih lg kecik.sbb tu nafas die bbunyi.adakah pkara ini normal Dr?perlukah saya pergi ke Dr pakar utk langkah seterusnya? Trima kasih krana sudi luangkan masa mbaca emel ini. “   WA ALAIKUM MUS SALAM   Jawaban yang diberikan  seperti itu adalah tidak benar kerana ramai bayi yang normal dilahirkan tidak mempunyai masalah yang sama seperti anak puan. Ini bermakna, anak puan bukan berada dalam keadaan yang normal dan perlu pemeriksaan doktor.   Selalunya ia disebabkan lendir dalam saluran pernafasan.   Ia juga boleh disebabkan oleh bengkakan adenoid dan tonsil yang mengecilkan ruang ... Read More »

Bayi hanya berak sebulan sekali

  “Salam doctor. Anak saya berumur dua tahun mengalami sembelit yang teruk sejak dilahirkan. Dia hanya sembuang air besar hanya sebulan sekali, sehinggakan perutnya kembung dan tiada selera makan. Adakah ia normal. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Bayi dan kanak-kanak sesekali yang mengalami sembelit adalah normal.   Sembelit disebabkan oleh pergerakan usus tidak normal dan berlaku secara perlahan. Ini menyebabkan hasil perkumuhan (najis) tidak dapat ditolak ke bahagian rectum dengan cepat dan najis menjadi lebih keras.   Bayi dan kanak-kanak yang mengalami sembelit akan meneran kerana najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.   Oleh itu bayi yang tidak meneran walaupun mereka hanya membuang air besar setiap dua atau tiga hari, tidak dikatakan sembelit.   Lebih-lebih lagi jika bayi hanya minum susu ibu, mungkin hanya akan membuang air ... Read More »

Adakah bayi saya mengalami cirit-birit?

    “As salamualaikum doktor, saya ingin bertanya, anak saya berusia 2 bulan. Adakah menjadi kebiasaan bayi berusia 2 tahun membuang air besar sebanyak 4-5 kali sehari. Najis dia berwarna kuning dan kadangkala kehiijauan. Saya risau. Mohon pencerahan.”   Walaikum mus salam. Ramai ibu bapa seperti puan berasa bimbang bahawa bayi mereka mengalami ceret beret kerana kerap membuang air besar. Secara kebiasaannya bayi yang baru lahir mempunyai banyak pergerakan usus. Ini akan menyebabkan anak puan akan buang air besar banyak kali dalam sehari.   Warna najis bayi puan akan bergantung kepada pemakanan yang diberikan, sama ada dia meminum susu ibu atau formula.   Najis bayi yang baru lahir susu ibu biasanya kekuningan , sama ada lembut atau cair. Ia boleh berlaku sehingga lima kali sehari.   Kadang-kadang bayi yang diberikan ... Read More »

Kenapa Bayi Saya Kerap Muntah?

  “Salam doctor, saya mempunyai masalah di mana bayi saya berumur 4 bulan mengalami muntah yang agak kerap. Beliau juga mudah mengalami kekembungan perut.  Bayi saya seolah-olah tidak berminat dengan susu yang diberikan dan hanya menyusu ketika hendak tidur. Ini menyebabkan berat badan anak saya tidak bertambah, Perlukah saya memberikan susu yang khas untuk beliau? Apa nasihat doctor?”   Wa alaikum mus salam.   Saya memahami keresahan puan. Saya juga sering menerima pesakit (bayi) yang dibawa oleh ibubapa kerana mengalami muntah.   Masalah ini sangat membimbangkan ibubapa. Apa yang perlu diketahui sama ada masalah muntah ini adalah sesuatu yang serius dan perlu tindakan segera atau hanya sesuatu yang biasa berlaku dan tidak memberikan kemudaratan.   Banyak punca masalah muntah di kalangan bayi dan kanak-kanak. Sebab utama adalah adalah disebabkan oleh ... Read More »

Madu untuk Bayi ?

  Salam Dr. Saya nak mintak pendapat doctor dari segi perubatan moden. Bolehkah kita bagi bayi yg baru lahir (bawah 1 tahun) makan madu? Saya cuba mencari jawaban dalam internet, ada yang kata boleh dan ada yang kata memudaratkan. Mintak pendapat doctor. Terima kasih doctor.   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Saya menerima banayk pertanyaan yang sama mengenai sama ada madu boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke bawah.   Seperti yang mana kita ketahui bahawa terdapat banyak kebaikan dalam madu.   Madu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengekalkan kulit yang lembut. Ia juga bertindak sebagai anti oxidant dan mengandungi pelbagai vitamin dan seperti manganese dan zat besi yang sangat penting bagi pertumbuhan fizikal kanak-kanak.   Bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!