Advertorial
Home » Tag Archives: Thyroid

Tag Archives: Thyroid

bolehkah menghentikan ubat thyroid

BOLEHKAH MENGHENTIKAN UBAT HORMON THYROID?   Gambar Hiasan   Assalamualaikum Dr Zubaidi.  Anak perempuan saya berusia 4 tahun disahkan sebagai pesakit hypothyroidism sejak lahir. Dia diberikan ubat oleh pihak hospital. Setakat ini tahap tumbesarannya baik. Tetapi dia terpaksa mengambil ubat tersebut sepanjang hayat untuk menampung hormone yang tidak cukup dikeluarkan oleh tubuhnya. Sekarang saya ingin beralih pada perubatan alternative kerana pengambilan ubat hospital menjadikan anak saya bergantung dengan ubat itu seumur hidup. 1) Apakah dia boleh berhenti selepas perkembangan tumbesarannya sempurna/lengkap semasa remaja? 2) Apakah yang perlu diambil sebagai pengganti hormon tersebut.? 3) Adakah ubat hormon yang diberikan mempunyai kesan sampingan terhadap kitaran haid dia?   WA’ALAIKUMMUSSALAM   Masalah yang dialami oleh anak tuan bermula sejak dilahirkan. Masalah ini dinamakan sebagai congenital hypothyroidism. Ini bermakna kelenjar thyroid anak tidak dapat ... Read More »

masalah tiroid ketika hamil

MASALAH KELENJAR THYROID KETIKA HAMIL “Salam, Dr Zubaidi. Saya mengalami masalah kelenjar thyroid. Adakah ia menjejaskan kehamilan saya? Terima kasih, doktor”     Walaikumusalam.   Masalah kelenjar thyroid yang tidak dirawat dengan baik sudah pasti akan menjejaskan proses kehamilan dan mungkin akan kemudaratan pada bayi dalam rahem.     Oleh itu sangat penting bagi wanita yang merancang untuk hamil agar melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan. Ini kerana beberapa sebab.     Pertama rawatan semasa hamil lebih sukar berbandingkan rawatan sebelum hamil.     Kedua masalah kelenjar thyroid ini (sama ada kekurangan hormon atau berlebihan hormon) akan menjejaskan kehamilan. Ini bermakna kesihatan ibu dan kesihatan bayi akan terganggu. Malah mereka mungkin mengalami masalah yang serius sehingga menyebabkan kematian.     Kelenjar thyroid adalah kelenjar yang berada pada leher kita yang berfungsi ... Read More »

Pesakit hyperthyroidism sukar bernafas

PESAKIT HYPERTHYROIDISM SUKAR BERNAFAS   “Saya di sahkan menghidap HYPERTHYROIDISM. Doktor yang merawat telah membuat pemeriksaan di leher dan keadaan saiz thyroid saya normal tiada bengkak.Saya diberikan ubat anti thyroid hormone makan 11 biji sehari. Dalam masa yang sama saya mengalami masaalah “tak puas bernafas” atau “nafas x cukup”. Adakah itu sebab kesan dari throid itu sendiri atau kesan sampingan yang biasa. Doktor juga telah membuat x-ray paru paru dan ujian paru paru/pernafsan.Katanya normal.Bila jdi keadaan kurang/x puas bernafas saya baring sekejap untuk dapatkan puas tarik nafas.harap dokto dapat bantu saya mengatasi masaalah saya dan dapat bagi panduan untuk penghidap thyroid dari segi pemakanan dan pengambilan ubat dan supplements.Terimakasih doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kelenjar thyroid adalah kelenjar yang berada di depan leher kita. Dia mengawal metabolisme tubuh, ... Read More »

Selalu mengalami bengkakan tiroid

SELALU MENGALAMI BENGKAKAN TIROID       “Assalamualaikum doktor. Terima kasih kasih kerana hari ini doctor banyak kongsikan masalah tiroid. Saya juga menghadapi masalah tiroid. Awal tahun ini saya sudah beberapa kali mengalami bengkakan pada kelenjar tiroid saya. Saya pun tidak tahu puncanya.  Saya ada pergi ke  klinik kesihatan, Medical Assistant hanya bagi ubat demam, antibiotic dan ubat bengkak. Disebabkan terlalu kerap adik saya ada beritahu yang kawan adik dia yang mempunyai masalah tiroid telah disahkan doctor  menghidap kanser hidung tahap3. Adik saya risauda n dia suruh saya buat biopsi. Tetapi bila saya pergi klinik kesihatan medical assistant itu cakap saya punya masalah tiroid tidak teruk. Kena tunggu teruk baru diaorang nak refer ke hospital. Jadi saya saya ank minta nasihat doctor  apa yang perlu saya buat. Saya risau. Hari-hari ... Read More »

Thyroid dan suplemen

  “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya tentang penyakit thyroid. Saya mengalami penyakit hyperthyroid sejak tahun lepas. Harap doktor dapat memberi nasihat kepada saya dan manfaat pada yang lain. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya bersimpati dengan masalah yang puan hadapi. Masalah hyperthyroidisme agak kompleks dan saya hanya memberikan pandangan saja. Puan harus berbincang dengan doctor yang merawat.   Terdapat beberapa rawatan untuk hipertiroidisme yang diberikan oleh doctor, bergantung kepada umur, keadaan fizikal dan keterukan penyakit puan.   Selalunya doctor akan memberikan ubat anti- tiroid. Ubat-ubatan ini secara beransur-ansur mengurangkan tanda-tanda hipertiroidisme seperti berdebar-debar, dan rasa mudah panas badan dengan menghalang kelenjar tiroid daripada menghasilkan hormone secara berlebihan.   Antara ubat yang diberikan ialah propylthiouracil dan carbimazole. Gejala penyakit akan bertambah baik pada enam hingga 12 minggu, tetapi ... Read More »

Mudharatkan bayi dalam rahem jika ibu hamil muntah keterlaluan beberapa hari?

  Loya dan muntah ketika hamil tidak akan mengancam bayi anda jika ia tidak serius dan puan masih lagi dapat menyimpan sedikit makanan dan minuman yang dimakan dalam perut.   Jika puan tidak mampu menelan makanan yang seimbang kerana tidak berselera dan amat loya, puan boleh makan apa saja yang puan mampu.   Insha ALLAH bayi puan akan mendapat manfaat dari makanan yang puan makan.   Jangan terlalu risau kerana kebanyakan nutrient sebelum hamil disimpan sebagai stok dalam organ hati, dan akan dikeluarkan ketika puan mengalami masalah tidak ada selera dan tidak dapat makan dengan sempurna.   Jadi insha ALLAH bayi puan akan selamat dan tidak menjadi kemudaratan pada bayi puan.   Selain itu saya mencadangkan agar puan menambahkan vitamin folik asid kerana bagi membantu tulang belakang dan sistem saraf ... Read More »

Loya dan muntah ketika hamil sehingga berat badan turun

      “Assalammualaikum dokter. Saya berumur 30 tahun dan hamil anak ke 4 dan usia kehamilan saya minggu. Saya mengalami kehilangan berat badan sebanyak 3.7kg. (dari 67.7kg turun kpd 64.7kg) ..   Saya mudah letih dan kerap susah untuk bernafas dan mengganggu saya menyiapkan kerja-kerja rumah.   Saya juga tidak ada selera untuk makan, sehinggakan hanya makan nasi putih, ikan dan sedikit buah-buahan. Saya mengalami masalah untuk tidur.   Dokter, saya sangat risau dan mohon nasihat doctor.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya menasihatkan puan agar berbincang tentang masalah kehilangan berat yang agak ketara dengan doctor yang merawat puan sepanjang kehamilan.   Agak sukar bagi saya memberikan jawaban yang pasti mengenai masalah puan. Saya mencadangkan melakukan pemeriksaan darah terutamanya fungsi kelenjar thyroid dan tahap haemoglobin puan bagi menentukan ... Read More »

Bayi hanya berak sebulan sekali

  “Salam doctor. Anak saya berumur dua tahun mengalami sembelit yang teruk sejak dilahirkan. Dia hanya sembuang air besar hanya sebulan sekali, sehinggakan perutnya kembung dan tiada selera makan. Adakah ia normal. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Bayi dan kanak-kanak sesekali yang mengalami sembelit adalah normal.   Sembelit disebabkan oleh pergerakan usus tidak normal dan berlaku secara perlahan. Ini menyebabkan hasil perkumuhan (najis) tidak dapat ditolak ke bahagian rectum dengan cepat dan najis menjadi lebih keras.   Bayi dan kanak-kanak yang mengalami sembelit akan meneran kerana najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.   Oleh itu bayi yang tidak meneran walaupun mereka hanya membuang air besar setiap dua atau tiga hari, tidak dikatakan sembelit.   Lebih-lebih lagi jika bayi hanya minum susu ibu, mungkin hanya akan membuang air ... Read More »

Bengkakan kelenjar pada kanak-kanak

    As salamu a’laikum doktor. Anak saya berumur 5tahun, mula-mula ada kelenjar yang membengkak di leher anak saya, kelenjar tu tidak pernah susut tapi sekarang ini semakin banyak pula kelenjar yang tumbuh. Yang terbaru terdapat kelenjar di celah-celah kelengkangnya. Saya sudah bawa dia berjumpa doktor di hospital & sedang menunggu untuk berjumpa pakar 2 minggu lagi. Ujian darah juga sudah diambil. Sekarang ini saya risau sebab kelenjar tu semakin banyak. Boleh ke saya tunggu sehingga dua minggu lagi untuk berjumpa pakar. Bagaimana dengan status kelenjar ini, membahayakan atau tidak… Terima kasih   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan juga bimbang dengan keadaan anak puan. Saya doakan agar anak puan diberikan kekuatan oleh ALLAH agar terus berada dalam keadaan sihat.   Cuma saya ... Read More »

Debaran mengganggu perasaan

    “Salam. Doktor,terima kasih di atas info ini. Saya juga mengalami migraine sejak 6 tahun yang lalu. Setiap kali sakit, saya rasa nak muntah,mata rasa nak terpejam setiap masa, tak boleh tengok cahaya,bosan dengan kebisingan, rasa nak marah orang…Bagi meredakannya, doktor telah bagi ubat CAFFOX. Jika saya makan ubat panadol semua tak berkesan. Hanya sebiji CAFFOX, saya perlu tidur dalam keadaan yang gelap sejenak…dan migraine saya terus hilang. Fikiran saya tenang dan tak ada apa yang perlu difikir. Kebiasaannya saya mengalami migraine kerana terlalu berfikir sesuatu masalah, kepala saya akan sakit. Sejak akhir-akhir ini, jika saya sakit kepala dan saya makan CAFFOX…sakit kepala tu hilang….tetapi saya sukar untuk tidur. Jantung saya berdebar laju…dan kadang-kadang rasa kebas pada tangan. Saya telahpun membuat pemeriksaan jantung ECG..jantung saya berdebar kencang 100 lebih…entahlah ... Read More »

Mengapa Saya Rasa Seperti Hamil Tetapi Ujian UPT Negatif?

Saya menerima banyak pertanyaan melalui inbox di FB dari ramai wanita yang keliru mengenai perasaan mereka yang seperti sedang hamil. Ini kerana mereka tidak mengalami haid untuk beberapa minggu, tetapi apabila ujian air kencing UPT dilakukan, mereka mendapati ia negatif (mereka tidak hamil). Saya memahami perasaan mereka yang sangat berharap untuk hamil, namun belum lagi diberikan rezeki untuk hamil. Banyak berdoa dan teruskanlah usaha, semoga doa dimakbulkan Allah. Perasaan untuk hamil setelah mencuba beberapa tahun mencuba bukanlah perasaan yang boleh diabaikan. Ramai yang menyatakan kesedihan kepada saya apabila setelah lama berikhtiar, pada saat  darah haids tidak datang pada waktu yang sepatutnya, mereka amat mengharap agar mereka hamil. Apatah lagi mereka mula mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, muntah dan pening. Saya selalu membaeritahu bahawa mengalami tanda-tanda kehamilan seperti loya, letih dan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!