Advertorial
Home » Tag Archives: telinga

Tag Archives: telinga

Manik dalam telinga anak

  “assalamualaikum dr…..sy ibu yg tengah celaru….ank sy mengadu skit telinga pd sabtu lalu….hr yg sama sy bw dia ke klinik biasa dan dr kata masuk air….tp hr berikutnya sy jmpa dr yg sma dan cek skali lg….dr xpasti dan tranfer ke hkl…smlm sy g hkl dan cuci dr sana kt ada benda cm manik tp xbleh kluarkan sbb ank sy meronta dan minta sy msk wad tuj tggu blik bedah….mrka akn bius 1bdn dan kluarkan bnda 2….sy xbrani dan bbincang dgn suami…suami sy suggest tuk bw ke klinik ent jln pudu…dr sana cek dan cuba kluarkan dan ada drh dlm telinga ank sy…sy bw blik ank sbb dia kt bnda 2 akn kluar sndiri…bg ubat titis…hr ni mmg dia xmeragam sgt bleh lompat2….tp mcm cara sy nk bt selain ... Read More »

Vitamin C dan Udang boleh bawa maut?

  Ramai orang yang menyebarkan kononnya “ orang yang memakan udang dan vitamin C boleh membawa maut kerana ia akan menyebabkan terjadinya racun dalam tubuh sehingga menyebabkan keluar darah darah hidung, telinga dan mata”   Baru-baru ini seorang arakn menelefon bertanyakan hal yang sama. Saya hanya memberitahu ia adalah kongsian dalam facebook dan blog. Belum tentu sahih. Penulis artikel ini juga tidak diketahui.   Di akhir perbualan rakan saya memberitahu, “sebab saya biasa makan makanan laut terutamanya udang yang diperah bersama jus lemon. Tapi tiada apa yang berlaku pun.. Masih hidup..!”   Saya tersenyum.   Bila saya semak artikel itu rupanya ia disertakan dengan gambar seorang wanita yang terbaring di lantai/jalan raya mati dengan darah yang banyak keluar dari mata, telinga, hidung dan mulut kononnya disebabkan oleh keracunan arsenik.   ... Read More »

Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku.  Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan.   Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak.   Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar semasa pemeriksaan doctor di HKL pada pada 10/4/14. Pemeriksaan lanjut pada pada 7/8/14.   Soalan saya: Berapa lama tengkorak tersebut akan sembuh? Macamana hendak mengelakkan cecair ... Read More »

Memberi susu botol pada bayi sebelum tidur

  “Salam doctor. Saya banyak kejadian tersedak susu berlaku di kalangan kanak-kanak dan bayi. Saya ingin bertanya, bahayakah kalau kita membiarkan anak kita minum sendiri dalam botol susu. Kadang kala saya tertidur ketika menemankan anak saya  yang berumur setahun ketika dia menyusu botol sebelum tidur di atas katil. Mohon pencerahan”   Wa alaikum mus salam.   Memberi bayi puan susu dalam botol ketika dia berada di dalam katil, telah menjadi amalan ramai ibu dan pengasuh ketika memujuk bayi mereka untuk tidur.   Walau bagaimanapun , meninggalkan botol dalam mulut bayi ketika beliau hendak tidur, bukanlah amalan yang baik.   Ia boleh menyebabkan bayi puan mengalami kerosakan gigi. Membiarkan bayi puan minum dalam botol ketika berbaring juga boleh meningkatkan risiko bayi puan mengalami tercekik dan jangkitan kuman pada telinga .   ... Read More »

Rubella dan Kehamilan

  Saya mendapat soalan dari seorang rakan FB mengenai Rubella.   Soalan beliau seperti berikut: ”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ”   Untuk menjawab soalan beliau elok kita berkenalan dengan virus dulu. Rubella adalah sejenis virus. Ianya juga dikenali sbg German measles. Kanak-kanak, remaja dan org dewasa boleh dijangkiti virus ini.   Ia merebak dari seorang ke pada seorang yang lain. Rubella sebenarnya menyebabkan demam dan masalah kulit yang tidak serius. Namun jika seorang wanita hamil dan dijangkiti Rubella, maka virus ini akan menyerang janin dalam kandungan.   Jika puan dijangkiti virus Rubella, ... Read More »

Panduan menindik telinga anak

“Assalamu alaikum, doktor. Ibu saya mencadangkan anak saya yang berumur 3 bulan ditindikkan telinga sempena kenduri kesyukuran. Mohon pendapat doktor. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Ramai ibubapa yang mahu menindik telinga bayi perempuan mereka. Imam Ahmad berpendapat, hukum menindik telinga bayi perempuan hukumnya harus, manakala menindik telinga lelaki adalah makruh. (Ahkam Maulud, Ibn Qayyim hlm 27) Jadi ia bukanlah sesuatu yang digalakkan oleh Islam. Kongres Pertubuhan bangsa-bangsa Bersatu mengenai hak kanak-kanak (UNICEF) juga menentang amalan ini kerana ia tidak memberikan manfaat yang besar pada bayi. Prosedur menindik telinga anak seharusnya dilakukan dengan cara yang bersih supaya tidak berlaku jangkitan kuman pada cuping telinga anak. Saya mencadangkan agar prosedur ini dilakukan apabila anak sudah semakin membesar, sekurang-kurangnya enam bulan kerana bayi yang sudah berumur enam bulan mempunyai daya tahan yang ... Read More »

Menerima Suntikan Vaksin MMR Ketika Hamil

“Doktor, saya ingin bertanya. Saya baru saja disahkan hamil 12 minggu. Namun begitu,dua bulan lepas, saya telah menerima suntikan vaksin rubella/MMR tanpa mengetahui saya hamil. Saya membaca artikel dari blog doktor yang mengatakan wanita hamil yang dihidapi virus rubella boleh melahirkan anak yang cacat. Saya sedang risau dan bimbang sekarang doktor.” Saya bersimpati dengan masalah yang dihadapi. Ramai wanita yang baru berkahwin menyedari mereka belum lagi disuntik dengan vaksin rubella/MMR dan terus mendapatkan suntikan itu. Selepas disuntik mereka disahkan hamil pula. Setakat ini memang terdapat bukti yang menunjukkan terdapat risiko bagi bayi dalam rahem mengalami kecacatan fizikal apabila ibu mereka menghidap jangkitan virus rubella ketika hamil. Bayi yang dilahirkan boleh menghidap Congenital Rubella Syndrome, apabila dilahirkan. Malah ada bayi yang keguguran di awal kehamilan atau meninggal dunia dalam rahem. Oleh ... Read More »

Ujian Pemeriksaan Darah Sebelum Suntikan VAKSIN RUBELLA

”Salam doktor.. saya ada persoalan berkaitan dgn suntikan rubela… ada kesan ke jika kita tidak mengambil suntikan rubela masa kanak-kanak dulu? kini saya telah berkahwin dan merancang untuk mempunyai anak… perlu ke saya mengambil suntikan rubela tu sekarang ataupun tidak perlu langsung…? thanx ” “Saya sedang hamil 12 minggu dan didiagnosa oleh doktor mengalami jangkitan virus Rubella. Adakah saya perlu menggugurkan anak saya untuk mengelakkan komplikasi?” Banyak kekeliruan berkenaan dengan jangkitan virus Rubella dan ramai yang bertanya, perlukah mereka mengambil suntikan itu semula kerana mereka tidak mengingati sama ada mereka pernah disuntik vaksin itu atau belum. Di Malaysia imunisasi untuk Rubella menggunakan MMR atau Measles, Mumps dan Rubella di dalam satu vaksin. Kanak-kanak diberi vaksin MMR pada umur 12 bulan hingga 18 bulan. Pada tahun 1988, KKM telah memperkenalkan imunisasi Rubella ... Read More »

Scroll To Top