Advertorial
Home » Tag Archives: tekanan darah

Tag Archives: tekanan darah

Kesan tekanan darah tinggi pada memori

KESAN TEKANAN DARAH YANG TINGGI PADA INGATAN (MEMORI)     “Salam doctor, saya telah menghidap penyakit hypertension sudah 10 tahun. Agak sukar untuk mengawal bacaan tekanan darah saya. Selalunya bacaan tekanan sistolik antara 140-150 sementara tekanan diastolic antara 90-100. Doktor kata bacaan saya tidak boleh rendah lagi kerana saya telah menggunakan ubat yang terbaik, tetapi masih sukar untuk mendapat tekanan darah yang normal. Masalahnya saya mengalami sifat mudah lupa. Baru-baru ini saya kehilangan handfon, setelah puas mencarinya, rupanya saya tertinggal dalam kereta. Adakah masalah ingatan ini berkaitan dengan penyakit saya? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Benar, penyakit tekanan darah tinggi yang tidak terkawal, bukan saja menyebabkan seseorang itu mengalami masalah mudah lupa, tetapi juga mengalami masalah membuat keputusan dan berfikir dengan baik. Kebolehan kognitif beliau akan ... Read More »

Wanita hamil dan kafeine

  “Salam doktor. Saya hendak bertanya. Bolehkah wanita hamil minum kopi kerana saya amat meminati kopi. Terima kasih atas pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Semua wanita  yang hamil tidak digalakkan meminum kopi ketika hamil. Namun ia dibenarkan dalam kuantiti yang sederhana.   Ini kerana kafein yang terdapat dalam air kopi yang diminum adalah satu bahan perangsang dan diuretic (yang menyebabkan mudah rasa mahu kencing akibat pundi kencing yang cepat penuh).   Kesan kafein sebagai perangsang, akan meningkatkan tekanan darah dan kadar degupan jantung.   Kafein juga menyebabkan kerap membuang air kecil, akhirnya menyebabkan pengurangan di dalam cecair badan dan akhirnya menyebabkan dehidrasi.   Kafein melintasi masuk ke dalam uri dan seterusnya akan memberi kesan kepada corak tidur dan pergerakan bayi dalam rahem kerana akan menyebabkan bayi akan terus ... Read More »

Kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah

  “Salam dokter, normal atau tidak sekiranya berlaku simptom kegatalan pada kulit selepas transfusi darah. Selepas bersalin tahun lepas sehinga sekarang saya masih mengalami kegatalan tersebut. Terima kasih dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang boleh berlaku tindakbalas negatif yang berupa alahan dan kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah.   Walaupun puan telah diberi darah yang sama dan sepadan dengan jenis darah puan, ia masih boleh memberikan reaksi alahan dan kegatalan kulit.   Selalunya ia boleh dirawat dengan ubat antihistamine dan jarang memberikan masalah yang serius.   Walau bagaimana pun reaksi alahan dan kegatalan kulit ini boleh berlaku dengan lebih serius jika ia menyebabkan kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, denyutan jantung yang cepat dan rasa loya.   Saya mencadangkan puan berjumpa dengan doctor semula bagi mendapatkan rawatan yang lengkap. Read More »

Tekanan darah yang tidak stabil

  “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171/110 kadang 97/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung  dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala  di sebelah kanan. Saya tidak tahu apa sakit saya ?apa pendapat doktor denga masalah saya?. Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak dapat memberikan komen yang terperinci kerana tidak memeriksa puan dan tidak melihat keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh doctor.   Namun saya percaya puan mengalami masalah yang agak serius kerana sakit kepala yang kerap berlaku dan tekanan darah yang tidak stabil (turun dan naik).   Pada kebiasaannya tekanan darah boleh menjadi turun dan naik tetapi tidak terlalu besar perbezaannya. ... Read More »

Hemodialisis noktural lebih baik dari hemodialisis biasa

    “Salam doctor, saya mendapat tahu rawatan dialysis waktu malam yang dilakukan di sesetengah hospital swasta lebih berkesan dari hemodialisis biasa. Adakah ia sesuai untuk suami saya seorang pesakit ginjal yang sedang menjalani dialysis dan mempunyai tekanan darah dan kolestrole yang tinggi. Beliau sering pengsan dan keletihan selepas rawatan hemodialisis. Mohon pencerahan, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Alhamdulillah, sekarang pesakit ginjal ini masih ada harapan untuk meneruskan kehidupan kerana boleh menjalani rawatan haemodialisis, peritoneal dialisis atau pemindahan ginjal.   Majoriti pesakit memilih untuk menjalani haemodialisis kerana kos rawatannya yang tidak terlalu tinggi berbanding dengan pemindahan ginjal.   Tetapi pesakit juga mengalami penyakit jantung, rawatan hemodialisis yang biasa boleh menyebabkan sakit dada, tekanan darah rendah atau serangan jantung. Pesakit juga selalunya keletihan apabila selesai menjalani rawatan itu.   ... Read More »

Susu kambing untuk pesakit darah tinggi?

     “Assalamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya, ada seorang rakan memberitahu bahawa susu kambing adalah ubat terbaik untuk merawat penyakit darah tinggi. Mohon pencerahan.”   Ada kajian yang dilakukan dan masih di peringkat kajian klinikal untuk membuktikan bahawa susu kambing yang dirawat dapat mengurangkan tekanan darah bagi pesakit hypertension.   Penyakit tekanan darah tinggi ditakrifkan apabila tekanan darah melebihi  140/90 mmHg, dan ia telah menyebabkan penyakit yang lebih serius, iaitu penyakit jantung, ginjal dan stroke.   Ini tidak bermakna bahawa susu kambing dapat menurunkan tekanan darah pesakit darah tinggi.   Dalam kajian ini saintis sedang melihat kesan tiga amino asid iaitu caseins dalam susu lembu yang dirawat dengan menggunakan kaedah ’hydrolysis’ menggunakan enzim alcalase.   Produk terakhir susu kambing yang dirawat ini menghasilkan tiga jenis amino asid caseins yang ... Read More »

Serangan Sakit Jantung boleh berlaku pada Wanita Muda

    Dua tahun lepas seorang wanita berusia 40an berjumpa saya kerana mengalami sakit dada. Wanita ini mempunyai sejarah keluarga di mana bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung.   Abangnya juga mengalami masalah yang sama, dan telah menjalani pembedahan pintasan saluran darah di jantung awal tahun lepas.   Sebelum ini doctor memberitahunya dia mungkin mengalami gastrik. Namun pemeriksaan OGDS telah dilakukan dan tiada luka pada permukaan dalam perutnya.   “Doktor, mungkinkah saya mengalami sakit jantung?”   Saya diam dan kemudian menjawab, “mungkin”. Saya tidak mahu merisaukan beliau tetapi harus berterus terang agar beliau lebih berjaga-jaga.   “Bolehkah usia macam saya ada penyakit itu? Lagi pun ada doktor beritahu bahawa jarang wanita mengalami serangan sakit jantung”   Ternyata jawaban saya telah merisaukan beliau.   “Puan, saya beritahu puan bahawa puan mungkin ... Read More »

Tekanan darah rendah semasa hamil

    “Assalamualaikum doktor, saya hendak bertanya, bagaimana hendak mengatasi tekanan darah yang rendah semasa hamil. Baru-baru ini saya hamil, dan di akhir kehamilan, doctor memberitahu saya bahawa saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Pada  masa itu saya kerap mengalami masalah pitam. Saya risau jika keadaan berulang pada kehamilan akan datang. Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Sebenarnya jarang sekali berlakukanya tekanan darah rendah pada wanita yang hamil. Namun begitu ia masih boleh berlaku kerana hormone yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang, secara tidak langsung  menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi rendah.   Tekanan darah akan mulai menurun apabila seorang wanita mula hamil, dan mencapai tahap paling rendah pada pertengahan trimester kedua, iaitu sekitar minggu ke 20an.   Pada masa ini, ... Read More »

Sidenafil untuk pesakit jantung?

      “As salam mu alaikum doctor, saya adalah salah seorang pesakit “primary pulmonary hypertension” dan sering membuat rawatan susulan dengan pakar jantung di hospital. Saya sekarang hanya diberikan rawatan ubat sildenafil, setahu saya ia adalah ubat untuk masalah ketegangan zakar. Adakah ubat itu bahaya? Bolehkah doctor menyarakan saya menggunakan suplemen lain untuk memberikan saya tenaga kerana saya sering berasa penat dan pening kepala. Terima kasih, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Rawatan untuk penyakit primary pulmonary hypertension telah diperbaiki dalam 10 tahun kebelakangan ini dengan penggunaaan ubat yang lebih baik.   Kalau dahulu banyak ubat diberikan, namun sekarang doctor mungkin memberikan beberapa ubat yang difikirkan perlu saja kerana setiap ubat sekarang mempunyai fungsi yang lebih spesifik.   Ubat yang puan terima iaitu ubat Sildenafil, adalah ubat yang ... Read More »

Bagaimana mengetahui darah haid terlalu banyak?

    “Assalamualikum doktor. Ibu saya berumur 55 tahun. Kitaran haid beliau mengambil masa sehingga 10 hari untuk haid dan sangat banyak terutama 3 hari pertama. Hal ini telah berlarutan selama 3 bulan sehingga kini. Mohon pandangan. Terima kasih kerana doktor dapat menjawab persoalan saya. Sekian.”   Wa alaikum mus salam.   Ramai wanita yang mengalami masalah kedatangan haid yang banyak pada beberapa hari pertama dalam kitaran haid mereka. Ini adalah suatu yang tidak perlu dirisaukan.   Sebanyak 90% darah dari kitaran haid, dikeluarkan pada beberapa hari pertama haid.   Jadi sukar untuk menentukan sama ada haid yang keluar sangat banyak atau tidak, bergantung pada persepsi seseorang.   Sebagai contoh kuantiti haid seorang wanita dikatakan banyak, tetapi mungkin normal bagi wanita yang lain. Begitu juga ada wanita yang menganggap darah ... Read More »

Pendarahan yang banyak setiap bulan

  “Assalamu alaikum. Saya berumur 48 tahun dan mempunyai 3 orang anak. Anak yang bungsu berumur 15 tahun. Masalah saya ialah saya mengalami pendarahan haid yang banyak setiap bulan. Saya terpaksa menukarkan melebihi 5 tuala wanita ketika haid. Adakalanya darah yang keluar berketul-ketul. Saya sangat bimbang. Mohon pencerahan, doktor”   Wa alaikum mus salam.   Pendarahan yang puan alami dikira sebagai banyak. Ia amat membimbangkan kerana berlaku pada setiap bulan. Jika berlarutan, dibimbangi puan akan mengalami kekurangan darah yang serius.   Pendarahan yang banyak berlaku setiap bulan dinamakan “menorrhagia”. Banyak punca berlakunya masalah ini.   Antara puncanya ialah:   1. ‘Ketidakseimbangan Hormone’ berlaku di kalangan wanita berumur akhir 20an dan awal 30an yang mengalami penyakit Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) yang menyebabkan rahem tidak dapat berfungsi dengan baik sehingga berlaku pendarahan ... Read More »

Kesan menggunakan Pil Pelangsing

  “Assalamualaikum, saya sgt berharap sekiranya doktor dapat memberi gambaran apa yg harus lakukan berikutan masalah saya ini. Saya ibu kepada 3 org anak, berusia 35 tahun. Saya melahirkan anak saya yg ke 3 pada bulan 6 tahun 2012 dan semenjak itu mengalami masalah utk menurunkan berat badan.   Saya mencuba pelbagai jenis diet dan ubat di pasaran tetapi tidak berjaya sehinggalah akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil ubat pelangsing jenama XXXXX ini.   Selepas hari kedua saya mengambilnya saya mula merasakan sakit kepala di bahagian belakang berhampiran dengan telinga (kiri dan kanan) hinggalah ke bahagian tengkuk dan tulang belakang. Sakit itu tidak berkurang walau pun saya mengambil ubat penahan sakit malahan sakitnya tetap di situ (terasa seperti tangan sedang mencengkam kepala dan tidak melepaskanya).   Bila saya urut bahagian ... Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!