Advertorial
Home » Tag Archives: tangan

Tag Archives: tangan

kesan ubat turun darah pada bayi dalam rahem

KESAN UBAT TURUN DARAH PADA JANIN/BAYI YANG DALAM RAHEM “Salam doktor maaf saya bertanya, kalau saya ada makan ubat turun haid iaitu sunolut tetapi masih tidak datang haid. Bila saya cek UPT, rupanya saya hamil. Adakah merbahaya kepada kandungan saya?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak pernah menggalakkan wanita yang mengalami kitaran haid yang tidak menentu untuk ambil Sunolut.   Sonulut biasanya diberikan kepada wanita yang tidak datang haid, agar darah haid dapat dikeluarkan. Oleh itu ia dikenali sebagai “ubat turun haid”.   Saya percaya sonolut menyebabkan kitaran haid menjadi lebih teruk kerana ‘gangguan’ hormon sintetik ini.   Sunolut adalah adalah hormon progestrone sintetik dalam bentuk norethisterone.   Jika puan sedang hamil janin perempuan, pengambilan dos yang tinggi boleh menyebabkan jika janin puan mengalami kesan ‘kelelakian’.   Namun ... Read More »

Pemeriksaan kromosom bagi keguguran berulang

PEMERIKSAAN KROMOSOM DAN DNA BAGI KEGUGURAN BERULANG “Assalamualaikum doctor, saya telah mengalami keguguran sebannyak 5 kali dalam usia kehamilan 10 minggu ke bawah. Semua keguguran saya disebabkan janin tidak membesar mengikut usianya. Saya sudah berjumpa doktor pakar dan diberitahu tiada mempunyai masalah. Doktor ingin membuat ujian kromosom tetapi saya belum bersedia. Adakah saya masih berpeluang untuk hamil dan tidak mengalami keguguran lagi. Terima kasih doktor.”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya ucapkan takziah atas dugaan yang puan hadapi. Semoga ALLAH berikan kesabaran pada puan dan memberikan ganjaran yang terbaik (syurga) atas kesabaran puan.     Keguguran sebanyak 5 kali adalah satu fenomena kehamilan yang tidak normal. Pasti ada punca keguguran sebegitu. Ia dikenali sebagai keguguran di awal kehamilan (Early preganancy loss). Ia  ditakrifkan apabila seorang wanita tidak lagi ... Read More »

Onani tidak berbahaya?

ONANI ATAU MELANCAP TIDAK BERBAHAYA?   Saya membaca satu blog. Admin blog yang mengikuti satu seminar kesihatan, memetik jawapan dari sebuah soalan yang ditanya oleh peserta seminar. Peserta itu bertanyakan tentang kesan beronani secara berlebihan, adakah aktiviti yang dilakukan itu boleh menjejaskan kesihatan.   Pakar perubatan memberitahu bahawa beronani itu wajar dan normal kerana dalam satu kajian, didapati antara 70-90% orang lelaki melakukan onani.   Saya berpendapat bahawa beronani bukanlah amalan yang sihat dan bukannya amalan yang normal. Orang yang mengalami ketagihan onani harus mencuba menghentikan amalan ini kerana ia memberikan kesan jangkamasa panjang di mana kepuasan seksual HANYA didapati dari tangan, bukan lagi hubungan intim dengan isteri. Dan kebanyakan lelaki yang beronani akan mengalami masalah ketegangan alat kelamin dan mati pucuk selepas 10-15 tahun.   Bayangkan jika mula mengalami ketagihan ... Read More »

Kekurangan Mineral Boleh Menyebabkan Rasa Kebas

KEKURANGAN MINERAL BOLEH MENYEBABKAN RASA KEBAS   “Salam doktor. saya ingin bertanya. Pemeriksaan darah baru-baru ini menunjukkan saya mengalami kekurangan potassium. Doktor memberitahu ginjal saya tidak berfungsi dengan baik. Adakah ia boleh menyebabkan rasa berasa kebas ? Mohon pencerahan. Terima kasih”    WA ALAIKUM MUS SALAM   Kekurangan mineral seperti kalsium, kalium, natrium atau di dalam badan boleh menyebabkan rasa kebas.   Isyarat yang dibawa oleh saraf dihantar memerlukan mineral sodium (natrium), potassium (kalium) dan kasium. Apabila seorang individu ini tidak cukup tahap mineral-mineral tersebut dalam tubuh, ia akan menyebabkan isyarat yang dibawa ditafsirkan secara rambang. Ini menyebabkan sentuhan yang ringan pada kulit, menyebabkan otak kita menerima isyarat yang dibawa sebagai rasa mencucuk-cucuk.   Seorang pesakit ada berjumpa saya kerana mengadu hujung jari tangannya agak kebas. Setiap kali tersentuh kain ... Read More »

Jangan mendengar kata-kata negatif orang sekeliling

  Saya bukan dari keluarga yang berada atau terpelajar. Ibubapa saya hanya lulus darjah enam dan ayah saya terpaksa bertungkus lumus bekerja sebagai pemandu kren di sebuah kilang di Singapura untuk membesarkan lima orang adik beradik saya.   Kami tinggal di kawasan setinggan berdekatan dengan bandar Johor Bahru. (Alhamdulilah sekarang telah mendapat geran tanah dari kerajaan negeri)   Banyak cerita suka duka ketika saya menuntut ilmu. Saya ingin berkongsi cerita yang saya dengar dari guru saya.   Mungkin cerita ini bermanfaat pada adik-adik yang masih belajar dan pada sesiapa saja yang masih mengejar impian mereka.   Cerita ini biasa didengar dan saya ingin mengulang bercerita semula. Ia akan memberi kesan kepada jiwa kita yang selama ini mungkin gagal untuk meraih satu kejayaan kerana kita terpengaruh dengan kata-kata orang di sekeliling ... Read More »

Ubat Penahan Sakit yang lebih selamat

  “Salam doctor. Saya telah didiagnosakan sebagai pesakit Peptic Ulcer Disease. Malangnya saya juga pesakit sendi arthritis yang memerlukan ubat penahan sakit. Saya mendapat tahu ubat-ubat penahan sakit yang baru seperti Arcoxia sesuai untuk saya. Boleh doctor berikan pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ubat-ubat tahan sakit (painkiller) yang selalu diberikan oleh doctor dikategorikan sebagai “NSAIDs”, iaitu non steroidal anti inflammatory drugs atau ubat yang merawat keradangan yang bukan jenis steroids.   Apabila badan kita mengalami kecederaan sama ada kecederaan fizikal dari luar seperti terseliuh, atau kecederaan dalaman seperti jangkitan kuman, badan kita akan mengalami keradangan.   Ketika ini, bahan biokimia “prostaglandin” dikeluarkan dari sel-sel yang cedera bagi menghantar mesej bahawa tubuh sedang mengalami keradangan dan otak membacanya sebagai tubuh mengalami kesakitan.   “Prostaglandin” dalam tubuh dihasilkan ... Read More »

Dos Panadol dan Paracetamol yang selamat

  “Salam doctor, apakah dos paracetamol yang selamat digunakan. Bagaimana paracetamol boleh menyebabkan keracunan? Mohon penjelasan dan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Keracunan akibat pengambilan paracetamol atau panadol boleh menyebabkan kerosakan hati.   Ini kerana paracetamol akan dileraikan dalam tubuh dan menghasilkan bahan terakhir “N-acetyl-p-benzoquinoneimine” (NAPQI) yang akan merendahkan tahap kandungan “glutathione” (antioksidan) dalam hati. NAPQI ini juga merosakkan sel-sel hati secara  langsung.   Kebanyakan individu yang mengalami kerosakan hati tidak dapat dikesan dalam masa 24 jam selepas pengambilan dos yang berlebihan kerana tidak menunjukkan tanda-tanda keracunan yang jelas.   Mereka hanya mengadu kembung perut atau dan rasa tidak selesa di  bahagian perut atau mengadu rasa loya saja.   Apabila kerosakan hati semakin teruk, pesakit akan berasa lemah dan kemungkinan akan pengsan akibat kandungan gula yang semakin ... Read More »

Ambil Panadol ketika hamil menyebabkan anak mendapat asthma?

  “Salam doctor. Baru-baru ini saya membaca satu penulisan di internet bahawa Panadol tidak boleh diambil oleh wanita hamil. Ini kerana ia meningkatkan risiko bayi mereka mendapat asthma. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya juga membaca penulisan itu yang mendakwa bahawa wanita hamil yang mengambil ubat paracetamol atau Panadol (di Amerika Syarikat dikenali sebagai acetaminophen) boleh meningkatkan risiko bayi mengalami asthma apabila mereka membesar kelak.   Kajian ini diterbitkan dalam Journal Clinical and Experimental Allergy, New Zealand.   Dalam kajian itu mendapati, pengambilan paracetamol (Panadol) oleh wanita hamil dalam mana-mana peringkat kehamilan telah dikaitkan dengan peningkatan risiko sebanyak 21% untuk anak-anak mereka mendapat asthma.   Namun menurut Prof Dr Richard Beasley, dari Institut Penyelidikan Perubatan di New Zealand, pengambilan ubat ini adalah selamat ... Read More »

Bahaya Paracetamol

  “Salam doctor. Adakah ubat demam paracematol yang diambil secara berlebihan boleh menyebabkan kematian? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Paracetamol adalah ubat demam yang biasa dijual secara meluas di pasaran sama ada boleh dibeli dari farmasi, kedai runcit toko jamu, atau diberikan oleh doctor di klinik.   Keracunan paracetamol akibat pengambilan yang berlebihan merupakan salah satu keracunan yang biasa berlaku di seluruh dunia.   Di Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia, dan New Zealand, keracunan paracetamol akibat pengambilan dos yang berlebihan adalah keracunan ubat yang biasa berlaku.   (rujuk: The Medical Journal of Australia 188 (5): 296–301.)   Malah di Amerika Syarikat dan di United Kingdom, keracunan akibat pengambilan paracetamol yang berlebihan adalah punca utama kerosakan organ hati (acute liver failure).   (rujuk: “Acetaminophen-induced acute liver failure: results of ... Read More »

Madu mengelakkan masalah gastrik orang berpuasa

    “Salam doktor. Ibu saya sering mengalami pedih perut dan selalu muntah selepas berbuka pada tahun lepas. Yang hairan ketika berpuasa, beliau ok saja. Doktor mengatakan ia adalah disebabkan oleh asid berlebihan dalam perut. Beliau telah diberikan ubat gastrik, namun masih mengalami masalah yang sama. Ada suplemen yang dapat membantu? Terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ramai di kalangan orang yang berpuasa mengalami “acid reflux” setelah beberapa jam berbuka dan bersahur.   Orang kita biasa menamakannya sebagai masalah gastrik apabila mengalami  rasa panas dan tidak selesa pada bahagian atas abdomen dan dada.   Bagi sesetngah individu pula ia menyebabkan muntah lender masam dan ‘melekat’ ke tekak dan mulut terutama apabila sedang berbaring.   Selain itu individu tersebut mungkin juga mengalami rasa kembung perut, dan sering sendawa.   ... Read More »

Mengelakkan Gastrik pada Orang Berpuasa

  Bagi mengelakkan gastrik (acid reflux) pada orang yang berpuasa, beberapa langkah bagi mengelakkan muntah lendiran masam, kembung perut, mudah sedawa dan sedu perlu diambil. 1. Kurangkan makan secara banyak sekali gus. 2. Jangan berbaring atau bersandar selepas makan. 3. Banyakkan minum air sebelum makan makanan yang berat 4. Jangan makan dekat dengan waktu tidur 5. Kurangkan makanan yang mengandungi banyak bawang putih, bawang merah, makanan pedas atau makanan berlemak 6. Elakkan minum minuman bergas (berkarbonat), kopi, atau teh pekat. 7. Kurangkan atau hentikan tabiat merokok. 8. Elakkan mengambil ubat cair darah aspirin, dan ubat tahan sakit seperti ibuprofen, atau ponstan. Wa allahu a’lam Read More »

Bahaya Ubat Penahan Sakit

  “Salam doktor, baru-baru ini bapa saya berumur 65 tahun telah terjatuh di tangga luar rumah. Dia mengalami sakit di pergelangan kaki dan doctor memberitahu yang dia mengalami ‘sprain’ kerana ia sangat bengkak dan tidak boleh digerakkan. Xray telah diambil dan normal. Dia telah menggunakan ubat tahan sakit yang doctor beri  selama seminggu. Masalahnya dia mengadu pedih perut. Mohon pencerahan doctor, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya sangat berhati-hati apabila memberikan pesakit saya ubat penahan sakit seperti ibuprofen, mefenamic acid (ponstan) dan diclofenac (voltaren), terutamanya orang yang mempunyai masalah penyakit kronik atau wargatua.   Ubat-ubat ini mudah didapati, kerana ia bukan saja boleh didapati di klinik tetapi di mana-mana farmasi secara over the counter.   Lebih-lebih pesakit migraine, gout dan arthiritis yang biasa menggunakannya untuk meredakan rasa ... Read More »

Rawatan untuk Penyakit Kaki, Tangan dan Mulut (HFMD)

    “Salam doctor. Baru-baru ini anak saya disahkan mengalami jangkitan HFMD. Apa yang saya tidak faham doctor hanya memberikan ubat demam saja, pada hal anak saya tidak demam. Malah beliau menyuruh kami balik tanpa pemeriksaan lanjut di wad. Mohon pencerahan, doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   HFMD adalah penyakit jangkitan virus yang bahaya dan selalunya akan sembuh sendiri, walaupun mengambil masa beberapa hari. Oleh itu kes seperti ini tidak perlu dimasukkan ke wad dan doctor selalunya akan memberikan rawatan sebagai pesakit luar saja. Ia mudah berjangkit kepada kanak-kanak yang lain.   Doktor selalunya akan memberikan ubat menurunkan demam, seperti paracetamol, yang juga akan membantu mengurangkan sakit kepala dan badan.   Kanak-kanak yang mengalami HFMD juga digalakkan untuk minum secukupnya. Bagi luka di mulut yang menyebabkan rasa ... Read More »

Tanda Penyakit Kaki Tangan dan Mulut (HFMD)

“Salam doktor. baru-baru ini anak saya berumur 5 tahun mengalami demam yang kuat. Saya telah memasukkan ubat ke dalam punggungnya bagi meredakan demam. Saya perasan ada ruam pada tapak tangannya. adakah ini yang dikatakan penyakit tangan, kaki dan mulut? Terima kasih atas pencerahan.     Wa alaikum mus salam Tanda-tanda jangkitan kuman virus HFMD ialah ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain. Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang ... Read More »

Punca tangan, kaki dan lidah menjadi bengkak dan kebas semasa hamil

    “Assalamualaikum doctor. Saya sedang hamil 38 minggu. Baru-baru ini secara tiba-tiba saya perasan tangan saya mengalami bengkakan (edema) yang mendadak. Saya perasan apabila cincin yang saya pakai menjadi terlalu ketat. Tangan dan kaki saya juga terasa membengkak. Mohon pencerahan. Terima kasih, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Wanita yang hamil, biasa mengalami rasa kebas dan bengkak pada pelbagai bahagian tubuh mereka, terutama pada lengan, tangan, jari tangan, kaki  dan jari kaki, mulut dan lidah.   Rasa kebas dan bengkak seperti ini biasanya disebabkan oleh ‘water retention’ atau pengekalan air dalam tubuh. Oleh itu merasa bengkak dan kebas  dan akan hilang sebaik saja anak yang dkandung dilahirkan. Jadi dalam kebanyakan kes, tiada rawatan yang diperlukan.   Punca-punca kebas semasa hamil berbeza dari seorang ke seorang, bergantung kepada bahagian ... Read More »

Penyakit Kawasaki boleh membawa maut pada bayi dan kanak-kanak

  Sewaktu saya menghadiri satu konferens mengenai penyakit kanak-kanak, antara penyakit yang ditekan ialah Penyakit Kawasaki (PK).   Ini kerana penyakit ini dapat dirawat, tetapi boleh menyebabkan kematian jika ia lambat dikesan.   Ini kerana pesakit PK yang tidak dirawat dengan betul akan mengalami kerosakan saluran darah pada jantung (coronary artery aneurysme), menyebabkan otot jantung menjadi bengkak (myocarditis), dan injap pada jantung menjadi rosak, sehingga menyebabkan jantung gagal berfungsi.   Oleh itu ibubapa tidak boleh berlengah untuk membawa anak mereka ke hospital untuk berjumpa pakar perubatan kanak-kanak bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan apabila doctor di klinik mengesyaki anak mereka mengalami tanda-tanda jangkitan penyakit Kawasaki.   Ini kerana rawatan awal menyebabkan pesakit akan pulih sepenuhnya dalam masa beberapa hari, dengan izin ALLAH.     Selalunya penyakit ini menyerang kanak-kanak berusia bawah ... Read More »

Hukum membuang jari lebih

Soalan: Assalammualikum…Anak lelaki saya dilahirkan dengan mempunyai jari lebih di setiap tangan dan kaki. Sekarang dia berumur 14bulan. Doktor menyarankan semua jari lebih itu dibuang, supaya besar nanti dia tak merasa rendah diri atau malu di ejek kawan-kawan. Apa pendapat ustaz tentang masalah saya ini. Jawapan: Melakukan pembedahan untuk memperelokkan tubuh ada dua jenis; 1. Pembedahan yang dilakukan untuk tujuan membaiki kecacatan di badan sama ada kecacatan itu timbul kerana kekurangan suatu anggota atau kerana ada lebihan pada anggota di luar dari kebiasaan. Pembedahan sebegini diharuskan kerana ia bukan bertujuan mengubah ciptaan Allah, akan tetapi mengembalikan ciptaan Allah kepada keadaan normalnya. Namun hendaklah dipastikan pembedahan itu tidak menimbulkan mudarat lebih besar (perlu nasihat doktor). Bagi anggota lebih, jika tidak menimbulkan mudarat atau kesulitan pada diri, eloklah dibiarkan sahaja. Namun jika boleh ... Read More »

Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing

“As salamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya satu soalan. Kebelakangan ini saya merasa kebas, bermula dari bahagian tapak kaki dan semakin lama naik sehingga ke bahagian bawah pinggang. saya tidak merasa sakit. Tetapi apabila saya pakai seluar, saya boleh merasa kebas apabila seluar yang saya pakai bergesel dengan bulu kaki saya khususnya. Saya juga kebelakangan ini merasa agak sukar untuk membuang air kecil. untuk pengetahuan dr, saya masih belum ke klinik untuk membuat sebarang pemeriksaan. saya mengesyaki antara sebabnya adalah motorsikal saya yang tempat duduknya sangat keras. adakah perkara ini biasa ataupun apa nasihat dr untuk saya. terima kasih”   Dr Zubaidi Hj Ahmad.   Wa alaikum mus salam. Semoga saudara diberikan ketabahan dan dipermudahkan untuk menghadapi ujian ALLAH Ini.   Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ... Read More »

Urutan mengurangkan rasa lenguh dan kebas

Mengalami kebas-kebas kaki dan tangan, lenguh pada bahagian badan yang berlaku dalam tempoh yang sekejap mahupun berlarutan sehingga beberapa hari, sudah cukup menimbulkan perasaan kurang senang pada diri kita. Rasa kebas perlu dberikan perhatian dengan segera. Rasa sakit akibat kebas merupakan petanda seseorang mempunyai penyakit saraf atau pergerakan darah yang perlahan. Urutan yang baik dapat melancarkan kembali pergerakan darah dan menhidupkan semula sel dalam badan supaya kembali cergas dan sihat bertenaga.   Insya ALLAH. Read More »

Pesakit Diabetic Menderita sakit saraf

    “Assalamu alaikum, saya ingin bertanya. Bapa saya adalah pesakit diabetes dan sekarang menggunakan suntikan insulin. Saya ingin bertanya tentang masalah yang dihadapi beliau. Beliau selalu mengadu bahawa tangan dan kakinya sesekali berasa sakit seolah-olah dicucuk dengan jarum. Ada kalanya beliau tidak mampu menggenggam gelas yang dipegang dan melepaskan gelas itu lalu pecah. Jika kesakitan itu datang, beliau tidak dapat melelapkan mata untuk tidur. Mohon pendapat doctor”     Wa alaikum mus salam.   Masalah yang dialami oleh bapa puan adalah disebabkan oleh kesan jangka panjang penyakit diabetes.   Selalunya pesakit yang mengalami penyakit diabetes melebihi 15 tahun dan tidak dikawal dengan baik akan mengalami masalah ini.   Malangnya ramai pesakit diabetes yang mengalami sakit saraf dan mereka menderita tanpa diberikan rawatan kerana doctor yang memeriksa tidak dapat mencari ... Read More »

ALLAH menguji dengan sakit sendi, maka jangan berputus asa.

    “Salam. Saya berusia 35 tahun dari Melaka, wanita yang belum berkahwin. Saya disahkan  menghidap penyakit artritis lebih sepuluh tahun semenjak saya berada di universiti. Semua sendi jari saya mengeras dan membengkak dan rasa sakit. Buat masa ini, pihak hospital membekalkan saya ubat tahan sakit dan vitamin. Mohon pendapat doctor.”   Wa alaikumsalam.   Saya mengucapkan tahniah kerana saudari telah bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Saya percaya banyak ganjaran yang menanti saudari.   Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah:153 “Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat.  Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.”   Saya percaya dan yakin, hanya ALLAH SWT yang dapat menyembuhkan penyakit saudari dan ubat-ubat yang diberi hanya sebagai perantara untuk menyembuhkan saudari.   Berdasarkan cerita dan umur saudari, saya percaya puan mengalami penyakit radang ... Read More »

Tidak sedar tangan masuk dalam minyak panas

      “Assalamualaikum doctor, saya ingin bertanya soalan berkaitan seorang rakan saya yang sering pening dan kerap tidak sedarkan diri tetapi masih boleh berdiri. Baru-baru ini beliau telah memasukkan tangannya ke dalam minyak panas ketika sedang memasak di dapur. Tangannya melecur teruk dan telah dibawa ke klinik. Saya mohon penjelasan dari doktor berkaitan keadaan ini. Terima kasih” Wa alaikum mus salam. Apa yang berlaku pada rakan puan sebenarnya adalah sejenis penyakit sawan, tetapi bukanlah penyakit sawan yang biasa. Dalam penyakit sawan biasa, selalunya pesakit akan mengalami tubuh yang kejang atau menggigil dan mata ke atas. Orang awam lebih suka menyebutnya sebagai ‘sawan gila babi’. Dalam kes rakan puan, penyakit beliau dinamakan sebagai ‘nonepileptic seizure’ hanya melibatkan aktiviti pemikiran mental beliau saja, dan tidak melibatkan saraf pada otot anggota. Jadi ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!