Advertorial
Home » Tag Archives: takdir ALLAH

Tag Archives: takdir ALLAH

Hydrocephalus

Hydrocephalus adalah masalah kecacatan pada tempurung kepala bayi yang dilahirkan akibat pengumpulan cecair cerebrospinal fluid (CSF). Ia menyebabkan peningkatan tekanan dalam dan otak sehingga menyebabkan pembesaran tempurung kepala secara tidak normal. Bayi seperti ini selalunya menderita akibat sawan, penglihatan yang menyempit dan masalah perkembangan mental yang tidak sihat. Keadaan ini adalah takdir ALLAH. Jika bayi ini pergi, relakanlah pemergian mereka kerana ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk bayi-bayi seperti ini dan ibubapa mereka. Sesungguhnya kita adalah hak ALLAH. Read More »

Pertumbuhan gigi bayi

Pada suatu masa dulu ramai menyangka bahawa jika bayi mempunyai gigi ketika dilahirkan, ia adalah tanda buruk. Pada hal proses pembentukan gigi bermula semenjak dari mereka dalam rahem lagi. Ini semua takdir ALLAH dan tidak ada kena mengena dengan nasib manusia. Gigi yang keluar ketika bayi, yang disebut sebagai ‘gigi susu’ adalah gigi yang sementara sebelum digantikan dengan gigi yang lebih kuat. Gigi yang keluar tidak mengoyakkan gusi, tetapi gusi hanya akan menjadi bengkak dan kemudian lembut  bagi memudahkan laluan untuk pertumbuhan gigi. Ramai ibubapa yang agak risau apabila bayi mereka agak lambat mengeluarkan gigi berbanding dengan bayi-bayi yang lain. Sebenarnya ibubapa tidak perlu risau. Berikan masa untuk bayi kita mengeluarkan gigi mereka. Lagi pun fungsi gigi tidaklah mustahak ketika mereka masih bayi. Setiap bayi mempunyai kadar pertumbuhan fizikal yang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!