Tag Archives: Susu kambing

KESAN CAHAYA ULTRAVIOLET PADA KULIT

Kesan penuaan pada kulit muka adalah berpunca dari radiasi cahaya ultraviolet dan jumlah sel-sel melanin pada kulit seseorang yang semakin berkurangan. Kesan cahaya matahari juga boleh merosakkan DNA dalam sel-sel kulit secara lansung. Radiasi ultra ungu ini menyebabkan kerosakan pada kolagen kulit dan mengganggu penghasilannya dalam lapisan kulit. Walau bagaimana pun hal ini dapat dkurangkan jika seseorang itu mengambil anti oksidan yang boleh mencegah kesan penuaan kulit dan membantu mengekalkan kesihatan dan keremajaan kulit seseorang. Ia harus diambil dalam bentuk pil dan sapuan.

Read More »

SUPLEMEN ANTIOKSIDA UNTUK KESIHATAN MUKA

  Pengambilan Vitamin C amat membantu mencegah masalah penuaan kulit akibat sinar matahari ini kerana Vitamin C adalah sejenis anti oksidan yang kuat. Ia melindungi sel-sel kulit dan tubuh dari kerosakan oleh radikal bebas yang datang dari radiasi UV cahaya matahari.   Vitamin C juga membantu untuk mengaktifkan antioksidan yang lain didalam tubuh seperti Vitamin E , Glutathion dan L Carnitine.   Apabila keanjalan kulit berkurangan, maka kulit akan menjadi berkedut, kusam, berjeragat, kendur dan kelihatan tua. Vitamin C membantu menjadikan kulit menjadi lebih licin, tegang , cerah, berseri, mengurangkan kesan –kesan jeragat dan bintik hitam pada kulit akibat terdedah …

Read More »

VITAMIN C UNTUK KESIHATAN KULIT

  Pengambilan vitamin C melalui sumber makanan seperti buah-buahan (oren, jambu batu, kiwi, mangga, epal) dan sayur-sayuran (sawi, bayam, kangkung, cili) adalah amat penting dan patut diamalkan setiap hari. Pengambilan suplemen Vitamin C tambahan juga boleh diamalkan dengan dos sehingga 1000mg sehari untuk mendapat kesan yang terbaik mencegah penuaan kulit. Tiada kesan sampingan yang merbahaya dengan pengambilan vitamin C yang berlebihan kerana sifat vitamin ini yang larut air menyebabkan ianya mudah disingkirkan dari tubuh jika berlaku lebihan.       IKLAN Untuk meningkatkan immuniti tubuh badan, klik gambar di bawah ini untuk mendapatkan Nutriforte Non Acidic Vitamin C yang sangat sesuai …

Read More »

MINUM AIR UNTUK KESIHATAN KULIT

Minum air secukupnya adalah satu faktor yang amat penting untuk mengekalkan keremajaan kulit. Semakin meningkat usia seseorang, semakin berkurangan kebolehan kulit untuk menyimpan air dan mengekalkan kelembapan. Walaupun kita bekerja dalam pejabat berhawa dingin, kehilangan air banyak berlaku akibat kelembapan adalah rendah menyebabkan kulit menjadi lebih mudah kering. Kesannya, kulit akan kehilangan kelembapan dan lebih mudah menjadi berkedut serta bergaris halus yang lebih nyata. Minumlah air mineral yang akan membantu kesegaran kulit dan elakkan pengambilan air bersoda dan bergas. Kurangkan pengambilan kopi dan teh berlebihan yang menyebabkan masalah dehidrasi dan kulit kering. Saya juga mencadangkan sapuan DOCLAB KOREAN AMPULES sebagai …

Read More »

KULIT MUKA TUA SEBELUM MASANYA

“Salam doktor, saya ingin bertanya. Umur saya 28 tahun dan belum berkahwin. Tetapi ramai yang kata umur saya sudah masuk 35 dan macam sudah ada anak. Saya macam tak percaya, tapi kawan-kawan saya cakap perkara yg sama. Apakah puncanya doktor?” WA ALAIKUM MUS SALAM Penuaan pada kulit adalah proses semula jadi apabila umur kita semakin meningkat. Namun terdapat banyak faktor yang memainkan peranan, sama ada kulit wajah kita lebih tua dari umur sebenar.  Inilah yang cuba kita elakkan. Biarlah wajah kita menggambarkan umur kita, bukannya umur kita baru 28 tahun tapi kulit wajah sudah kelihatan berkedut, kusam, kering dan tidak …

Read More »

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT

KESAN RADIASI ULTRAVIOLET PADA KULIT Bila berada di luar rumah, radiasi ultraviolet, mempengaruhi  kesihatan kulit wajah kita.   Kulit  berfungsi melindungi tubuh dari radiasi  UV.  Jika  kulit terdedah pada jangka masa yang lama, ia akan menyebabkan kulit tidak mempunyai daya tahan diserang penyakit, dan mempercepatkan proses penuaan.   Radiasi UV dari  cahaya matahari akan merosakkan kulit, akhirnya menyebabkan masalah jeragat dan kulit cepat berkedut.  Masalah penuaan kulit ini boleh dilihat sebagai kedutan, garis halus, kulit mengendur (sagging and laxity), tona kulit tidak sekata, masalah jeragat (pigmentasi), kulit kelihatan kasar dan berkuping, kulit menipis dan mengendur, kekeringan kulit, kedutan kasar (deep …

Read More »

HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS

HYALURONIC ACID SEBAGAI DANDANAN ASAS Dandanan muka yang sempurna bermula dengan  kulit yang sihat. Oleh itu, penting memilih produk penjagaan kulit yang tepat dan sesuai  untuk mendapat kulit wajah yang sihat adalah penting. Bagi wanita yang agak sibuk, dan tidak sempat menggunakan produk penjagaan kulit setiap hari secara berterusan, mereka perlu menggunakan produk yang sempurna dan sangat asas. Ini akan menjadikan kulit akan kelihatan, lebih sihat, lembut, kering dan tidak berjerawat, walaupun tidak menggunakan sebarang make-up. Saya mencangkan produk kecantikan yang mempunyai bahan  Hyaluronic Acid yang berfungsi secara efektif untuk membantu mengekalkan kelembapan kulit, mencerahkan kulit dan mengurangkan kesan hitam …

Read More »

DOCLAB MEMPUNYAI SERUM HYALURONIC ACID UNTUK KESIHATAN MUKA

Dalam dunia kosmetik, salah satu unsur yang telah dibuktikan secara saintifik, dan sangat memberikan manfaat dan selamat digunakan ialah hyaluronic acid. Ia adalah pelembap yang terbaik dan sangat sesuai bagi kulit yang sensitif, dan bagi wanita yang hamil. Sebenarnya, hyaluronic acid sudah berada dalam tubuh secara semulajadi. Oleh itu ia tidak menyebabkan tindakbalas alahan kepada pengguna. Ia banyak terdapat pada kulit. Ia berfungsi untuk mengekalkan kekenyalan kulit. Oleh itu ia bertindak secara berpasangan dengan kollagen untuk mengekalkan kekenyalan dan kelembapan kulit, agar ia sentiasa kelihatan muda. Dalam industri kosmetik, hyaluronic acid, dapat dihasilkan dengan dua cara, melalui proses kimia dan secara natural. Kedua-dua …

Read More »

KULIT BERNANAH SELEPAS GUNA PRODUK KOSMETIK

      “Salam doktor. Saya ada masalah kulit. Kulit saya mengalami masalah bernanah selepas 2 minggu saya gunakan satu produk kecantikan. Pada mulanya kulit saya menjadi bersih, tertapi kemudian menjadi ruam. Baru beberapa hari ini timnul pada jerawat seperti nanah pada muka saya. Adakah ia disebabkan oleh produk tersebut?”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya percaya produk kecantikan tersebut mengandungi merkuri. Wanita yang memakai produk pemutihan kulit yang mengandungi merkuri, tidak akan mengalami masalah jerawat kerana lapisan kulit epidermis telah rosak. Kulit yang rosak tidak mengandung protein & melanin yang berfungsi untuk melindungi kulit dari pancaran matahari dan …

Read More »

MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI

              MENGALAMI RUAM SETELAH MAKAN ROTI       “Salam doktor.  Saya baru-baru ini disahkan mengalami masalah alahan pada produk gluten. Doktor kata saya tidak boleh mengambil produk makanan yang kaya dengan glute. Boleh doktor beritahu apakah penyakit alahan gluten itu?”       WA ALAIKUM MUS SALAM       Gluten adalah campuran protein yang terdapat dalam gandum dan bijirin. Ia memberikan keanjalan pada kuih dan donut, meningkat dan mengekalkan bentuknya. Gluten adalah gabungan dua protein gliadin dan glutenin, dan ia bergabung dengan kanji dalam endosperm (biji benih) pelbagai bijirin.     Ia adalah …

Read More »

Tanda ubat kuat lelaki mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL

“Salam doktor, bagaimana mahu mengetahui satu produk kuat untuk lelaki itu mengandungi bahan terlarang SILDENAFIL”   WA ALAIKUM MUS SALAM Caranya mudah. Antara tandanya ialah: 1. Ia harus diambil beberapa jam sebelum mengadakan hubungan intim. Pengguna akan merasakan selepas beberapa jam, kesan ereksi dapat dirasakan. 2. Kesan ereksi ini juga datang bersama sakit kepala, hidung berair, leher rasa tegang (tidak selesa) dan rasa lemah (akibat tekanan darah turun secara mendadak) 3. Tanpa menggunakan ubat kuat ini ereksi tidak berlaku. Akhirnya berlaku penggantungan terhadap ubat. 4. Semakin lama ia tidak berkesan lagi seperti dulu. Pengguna memerlukan dos yang lebih kuat. Akhirnya …

Read More »

MINYAK KELAPA DARA UNTUK KANAK-KANAK MENGURANGKAN SEMBELIT

“Assalamualaikum doktor. Saya mahu bertanya soalan tentang anak saya yang mengalami sembelit. Dia berumur 3 tahun lelaki. Baru ini kami pergi ke klinik dan doktor beritahu usus dia ada banyak najis yang melekat. Saya ingin tahu adakah Minyak Kelapa Dara boleh dicampur dalam air oren, milo, atau susu? Najis yang mlekat tu boleh ditanggalkan tak?” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya najis anak puan mungkin mengeras. Jadi pergerakan dalam usus agak perlahan. Puan boleh meningkatkan pengambilan air dalam pemakanan anak puan. Bagikan banyak jus buah (bukan kordial), air mineral atau air susu. Berikan banyak buah-buahan.  Boleh juga campurkan 3ml Minyak Kelapa Dara …

Read More »

KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROL

KESAN SAMPINGAN UBAT STATIN UNTUK MENGURANGKAN KOLESTROLE “Salam doktor, saya ingin bertanya. Saya mempunyai tahap kolestrole yang tinggi dan doktor telah memberikan ubat Simvastatin 40mg sehari sebiji. Masalah saya ialah, selepas sebulan saya mengambil ubat itu saya mengalami rasa sakit badan dan lemah otot. Otot-otot saya terasa sakit ketika bangun pagi dan ketika mahu menaiki tangga. dakah ini disebabkan oleh kesan ubat atau tahap kolestrole saya yang tinggi ?. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Doktor sering memberikan ubat statin (antaranya simvastatin) untuk pesakit yang mempunyai tahap kolesterol yang tinggi. Apabila kandungan kolesterol dapat dikurangkan dalam darah, ini …

Read More »

Hamil disyaki diabetes kena buat BSP

HAMIL DISYAKI DIABETES KENA BUAT BSP   “Salam doktor. Saya sekarang hamil anak ketiga tapi baru-baru ini saya terpaksa buat ujian BSP kerana doktor kata saya ada kencing manis. Saya sangat risau. Macam mana hendak turunkan gula dalam darah? Bagaimana pula dgn kesihatan anak saya dalam rahem. Terima kasih doktor saya dahulukan atas kesudian menjawab soalan.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya puan belum lagi disahkan mengalami penyakit diabetes mellitus (kencing manis). Jika puan telah disahkan mengalami diabetes mellitus, sudah tentu doctor telah memberikan rawatan, dan tidak perlu lagi pemeriksaan BSP. Pemeriksaan BSP adalah sebahagian cara (prosedur) pemeriksaan gula bagi …

Read More »

Anak meninggal ketika lahir, adakah ubat menghenti susu menghalang kesuburan?

ADAKAH BROMOCRIPTINE MENGGANGGU KESUBURAN     ” salam dr. Saya berumur 26thun, dan telah melahirkan anak. Malangnya anak saya telah meninggal dunia dan dapat hidup selama 2jam akibat kecacatan semasa lahir yang telah didiagnosa lebih awal. Saya diberikan sejenis ubat berhenti susu. Adakah ubat berhenti susu itu boleh menyebabkan saya lambat utk hamil lagi? Mohon penecerahan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan takziah terhadap apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH kepada puan. Banyakkan bersabar dan semoga ALLAH berikan ganti yang lebih baik. Hanya ALLAH yang tahu hikmah di sebalik apa yang berlaku.   Saya percaya doktor telah memberikan …

Read More »

Serangan sakit jantung secara senyap

SERANGAN SAKIT JANTUNG SECARA SENYAP “Salam doctor. Saya mempunyai seorang kawan berusia 40 tahun, pesakit diabetes dan mempunyai kandungan kolestrole yang tinggi. Dia sebelum ini tidak pernah mengalami masalah jantung. Malangnya pada awal tahun ini, 2015 belum telah disahkan meninggal dunia ketika tidur. Apa penerangan yang dapat diberikan dari sudut saintifik, doctor?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya mengucap takziah pada saudara dan keluarga Allahyarham atas kehilangan beliau. Sesungguhnya setiap manusia yang bernyawakan akan pergi untuk selama-lamanya.   Sama ada dengan sebab yang diketahui atau tidak diketahui. Firman Allah: “Setiap yang bernyawa (berjiwa) pasti akan merasai mati.” (Surah Ali ‘Imran …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Susu kambing untuk pesakit darah tinggi?

 “Assalamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya, ada seorang rakan memberitahu bahawa susu kambing adalah ubat terbaik untuk merawat penyakit darah tinggi. Mohon pencerahan.” Ada kajian yang dilakukan dan masih di peringkat kajian klinikal untuk membuktikan bahawa susu kambing yang dirawat dapat mengurangkan tekanan darah bagi pesakit hypertension. Penyakit tekanan darah tinggi ditakrifkan apabila tekanan darah melebihi  140/90 mmHg, dan ia telah menyebabkan penyakit yang lebih serius, iaitu penyakit jantung, ginjal dan stroke. Ini tidak bermakna bahawa susu kambing dapat menurunkan tekanan darah pesakit darah tinggi. Dalam kajian ini saintis sedang melihat kesan tiga amino asid iaitu caseins dalam susu lembu …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …

Read More »

PENAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL

Saya sangat risau apabila seorang wanita yang hamil, mahu mengekalkan berat badannya supaya sentiasa kelihatan cantik. Saya faham kehendak ini, namun semasa proses kehamilan, adalah mustahil bagi seorang wanita untuk mengekalkan berat badannya. Penambahan berat pasti berlaku. Jika tidak mencapai berat yang sesuai, doktor dan jururawat tentu akan cemas dan menasihati agar memakan lebih banyak makanan yang mengandungi kalori yang tinggi. “Doktor, saya hamil untuk kali pertama. Saya membuat pemeriksaan kehamilan di salah sebuah klinik awam di bandar tempat saya tinggal. Jururawat di situ memberitahu saya tidak mempunyai penambahan berat badan yang cukup. Apakah yang dimaksudkan oleh jururawat yang bertugas. …

Read More »

MC (Sijil Perakuan Sakit): Hak Pekerja, Hak Majikan atau Hak Doktor?

”Ya Allah, Aku berlindung pada keagungan-Mu dari keburukan rasa sakit yang aku deritai dan aku risaukan.” MC dan realitinya Sijil perakuan sakit atau yang dikenali sebagai MC ibarat menjadi bau bangkai gajah yang busuk dihidu umum yang selama ini ditutup dengan hanya sehelai daun pisang. Dalam kenyataan akhbar pada Isnin 24 Mei 2010, Cuepacs juga menyuarakan keresahan ini. Menurut Kongres Kesatuan Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam itu, seramai tiga peratus dari kira-kira 1.2 juta penjawat awam didapati memalsukan sijil cuti sakit mereka. Walaupun angka 3% tidak besar namun jika ditukarkan ke angka sebenar ianya berjumlah 36 000, cukup untuk mengganggu …

Read More »

Sakit Kepala Berterusan: Adakah Tumor Otak?

Sakit kepala akibat tumor otak tidak akan lega dengan menelan ubat penahan sakit.

Read More »
error: Content is protected !!