Advertorial
Home » Tag Archives: susah nafas

Tag Archives: susah nafas

Adakah selsema yang disebabkan oleh virus berbahaya kepada wanita hamil?

  Wanita yang hamil mempunyai daya tahan yang rendah (sebab perubahan fisiologi) menyebabkan mereka mudah disrang virus selsema.   Wanita yang hamil diserang oleh virus selsema boleh cepat menjadi tenat akibat jangkitan pada paru-paru mereka.   Bayi dalam rahem juga boleh mengalami masalah antaranya kelahiran pramatang.   Selesema yang disebabkan oleh virus biasanya bermula dengan demam, rasa sakit badan, keletihan, diikuti oleh rasa sejuk, hidung berair atau tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk, seram sejuk. Pesakit boleh juga mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.   Selesema boleh menjadi lebih tenat dengan cepat jika berlaku pada wanita yang hamil kerana beliau lebih mudah terdedah kepada risiko mendapat jangkitan pada paru-paru.   Jika setakat selsema, bersih dan batuk, ia tidak menjadi masalah.   Tetapi jika mengalami tanda-tanda yang lebih teruk seperti sukar bernafas, menjadi ... Read More »

Sakit Dada dan Susah Nafas

  “As salammu alaikum doktor. Saya selalu mengalami  sakit dada, sehingga sampai susah hendak nafas. Rasanya mencucuk-cucuk di tengah dada. Adakah ia petanda sakit jantung? Mohon pencerahan. Semoga ALLAH memberikan rahmat untuk doktor sekeluarga”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Sakit dada, tidak bermakna sakit jantung. Walau bagaimana pun,  tidak dinafikan bahawa serangan sakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia . Malah ramai lelaki berumur 30-40 an yang diserang sakit jantung.   Orang yang diserang sakit jantung selalunya mengalami rasa sakit pada bahagian kiri atau tengah dada. Malah ada yang menyangka ia adalah sakit gastrik kerana sakitnya berada di ‘hulu hati’.   Rasa sakit akibat serangan jantung selalu digambarkan seperti rasa sakit dada seperti ditindih dengan benda berat sehingga rasa sukar bernafas, berdebar-debar ... Read More »

Sakit tulang dada di kalangan wanita muda

      “Assalamu alaikum. Maaf jika saya mengganggu doctor. Saya berusia 19 tahun, masih gadis. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada disebelah tengah dada, lebih tepat lagi di tulang dada. Bila saya Tarik nafas, saya berasa sakit sehingga sukar bernafas. Ia dating sesakli sehingga mengganggu pelajaran saya. Saya sangat bimbang. Apabila saya ke klinik, doctor hanya memberitahu bahawa saya hanya mengalami sakit tulang dada. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan oleh beliau ? Terima kasih”     Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan kerisauan saudari. Namun tidak perlu dirisaukan. Jika betul apa yang didiagnosakan oleh doctor itu, saya percaya yang dimaksudkan ialah penyakit “Costochondritis” atau juga disebut “Sindrom Tietze”.   Sebenarnya saudari mengalami radang dan bengkak pada satu atau lebih tulang rawan yang bersambung ke tulang rusuk saudari. ... Read More »

Perlukah menggunakan inhaler biru dan coklat

    “Salam doctor, baru-baru ini anak saya diserang asthma. Ini kali keempat anak saya diserang penyakit ini dan telah dimasukkan ke dalam wad kerana ubat-ubat yang anak saya makan tidak lagi berkesan. Ketika keluar wad, anak saya diberikan 2 jenis inhaler berwarna biru dan coklat. Perlukah anak saya menggunakan dua jenis inhaler dalam satu masa?”   Wa alaikum mus salam.   Secara amnya, ada dua jenis ubat inhaler untuk pesakit asthma yang biasa diberikan.   Pertama inhaler yang berwarna biru. Ia memberikan kelegaan kepada pesakit yang sedang diserang asthma. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain, salbutamol.     Apabila asma menyerang, gunakanlah inhaler ini. Bagi kanak-kanak yang diketahui penyebab serangan asthma inhaler boleh digunakan bagi mengelakkan serangan asthma.   Sebagai contoh jika seorang kanak-kanak diketahui sering diserang asthma ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!