Advertorial
Home » Tag Archives: supplement

Tag Archives: supplement

Makanan Tambahan dan Rawatan Kanser: Antara Manfaat dan Mudharat

  Pesakit yang menjalani rawatan kemoterapi untuk pelbagai penyakit kanser sering mengalami kesakitan dan ketidakselesaan, akibat kesan sampingan yang melemahkan tubuh mereka.   Sesetengah pesakit  sanggup mengambil apa saja suplemen tambahan bagi mengurangkan kesan-kesan sampingan ini atau bertujuan untuk membantu menyembuhkan penyakit mereka.   Tetapi harus diingat bahawa sesetengah suplemen atau makanan tambahan atau ubat-ubatan herba mempunyai interaksi negatif dengan rawatan kanser ditetapkan.   Satu kajian dari Klinik Onkologi Midwestern diterbitkan pada tahun 2005 menunjukkan bahawa 65 peratus daripada pesakit yang menerima kemoterapi juga telah mengambil makanan tambahan , tidak termasuk vitamin.   Dua puluh lima peratus daripada mereka telah menggunakan satu atau lebih rawatan herba yang dianggap mempunyai interaksi negatif dengan ubat-ubatan kemoterapi. Majoriti pesakit tidak berunding dengan doktor yang merawat sebelum mengambil suplemen atau makanan tambahan ini.   ... Read More »

Perlukah Mengambil suplemen dan vitamin

      “Saya ingin bertanyakan apakah kesan buruk kepada kesihatan tubuh melalui penggambilan dietary supplement cnth vitamin yang banyak dijual di farmasi?”   Wa alaikum mus salam Mengambil suplemen di saat tubuh memerlukan vitamin tambahan, tidak merosakkan tubuh, kecuali diambil dengan dos yang besar. Mengambil suplemen di saat tubuh sihat, mungkin merosakkan dompet dan menghabiskan wang.   Tetapi jika ada risiko kesihatan, insya ALLAH bermanfaat. Seperti seorang yang sering dan mudah dijangkiti kuman menyebabkan batuk dan selsema, mungkin suplemen membantu mereka.   Tidak ada larangan menggunakan suplemen asalkan tahu mengimbangi antara keperluan dan pembaziran . Read More »

CoQ10 Sebagai Usaha Mencegah Sakit Kepala dan Migraine

Migraine adalah masalah sakit kepala yang berpanjangan dan berulang-ulang disertai dengan muntah. Punca migraine sangat banyak dan ia menyebabkan ketidakstabilan pada sistem neurovascular. Sakit kepala yang disebabkan oleh migraine selalunya sebelah saja, rasa bergenyut-denyut dan berlangsung antara 2 hingga 72 jam. Selain itu ia menyebabkan rasa loya, muntah, sangat sensitif pada cahaya (tidak boleh memandang pada cahaya yang terang), dan sensitif  pada bunyi (tidak boleh mendengar suara yang kuat). Migraines amat berkaitan dengan masalah keturunan dan kebanyakan mereka mengatakan ibu atau bapa mereka pernah mengalami migraine. Pesakit migraine ini kebanyakan wanita kerana sakit kepala disebabkan migraine berkaitan dengan ketidakseimbangan hormone dalam tubuh mereka. Tidak hairanlah remaja perempuan lebih ramai mendapat sakit kepala dari remaja lelaki. Ramai pesakit migraine yang mengadu kepada saya bahawa mereka sudah bosan untuk menelan ubat penahan ... Read More »

NUTRIEN Q10 UNTUK JANTUNG

Soalan: Saya berusia 40-an dan mengambil koenzim Q10 atas saranan ahli farmasi untuk menangani kelesuan. Malah, saya juga mendapat tahu beberapa rakan mengambil koenzim Q10 atau pernah disarankan pengambilannya kerana mereka sedang mengambil anti kolesterol. Adakah nutrien ini memberi manfaat yang besar kepada kesihatan jantung? Jawapan Koenzim Q10 boleh didapati dalam semua bahagian tubuh. Bahan yang menyamai vitamin ini merupakan anti oksida dan menjadi komponen penting kepada beberapa aktiviti berkaitan metabolisme tenaga. Koenzim Q10 banyak dijumpai dalam mitokondria, di mana beberapa siri reaksi biokimia mengambil tempat serta pembentukan tenaga yang diperlukan untuk menyokong kehidupan. Namun, koenzim Q10 paling banyak ditemui dalam otot jantung dan hati berbanding tisu-tisu tubuh lain kerana keperluan tenaganya yang lebih tinggi pada sel-sel jenis ini. Koenzim Q10 atau CoQ10 hadir secara semula jadi dalam makanan dan ... Read More »

Bahayakah Menggunakan Suplemen ALFALFA?

Ramai yang bertanyakan tentang suplemen yang berasaskan Alfalfa. Pada pendapat saya tidak salah kita mengamalkan suplemen asalkan manfaat yang diperlolehi berbaloi dengan wang yang dibelanjakan. Pastikan juga suplemen itu dikeluarkan oleh syarikat yang boleh dipercayai, terutama dari segi penjagaan keselamatannya. Terserahlah pada pengguna untuk memilih suplemen yang sesuai dengan keperluan masing-masing. Saya akan menulis secara ringkas mengenai alfalfa. Penulisan ini disesuaikan dari http://www.webmd.com/vitamins-supplements. Saya cuba bersikap lebih adil dan tidak berat sebelah dalam menerangkan mengenai suplemen alfalfa. Alfalfa adalah tumbuhan herba yang digunakan untuk merawat pelbagai jenis penyakit sejak zaman dahulu lagi. Alfalfa mempunyai kandungan protein dan kalsium yang tinggi di samping mineral, vitamin B, vitamin C, vitamin D, vitamin E, and vitamin K. Oleh itu ia bermanfaat untuk dijadikan asas bagi makanan tambahan dan suplemen. Lebih 1,500 tahun orang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!