Advertorial
Home » Tag Archives: suam

Tag Archives: suam

Adakah selsema yang disebabkan oleh virus berbahaya kepada wanita hamil?

  Wanita yang hamil mempunyai daya tahan yang rendah (sebab perubahan fisiologi) menyebabkan mereka mudah disrang virus selsema.   Wanita yang hamil diserang oleh virus selsema boleh cepat menjadi tenat akibat jangkitan pada paru-paru mereka.   Bayi dalam rahem juga boleh mengalami masalah antaranya kelahiran pramatang.   Selesema yang disebabkan oleh virus biasanya bermula dengan demam, rasa sakit badan, keletihan, diikuti oleh rasa sejuk, hidung berair atau tersumbat, bersin, sakit tekak, batuk, seram sejuk. Pesakit boleh juga mengalami cirit-birit atau muntah-muntah juga.   Selesema boleh menjadi lebih tenat dengan cepat jika berlaku pada wanita yang hamil kerana beliau lebih mudah terdedah kepada risiko mendapat jangkitan pada paru-paru.   Jika setakat selsema, bersih dan batuk, ia tidak menjadi masalah.   Tetapi jika mengalami tanda-tanda yang lebih teruk seperti sukar bernafas, menjadi ... Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi.   Bayi yang usia enam bulan ke bawah, sebaiknya dimandikan menggunakan air suam, karena air sejuk boleh menyebabkan bayi mengalami hipotermia. Hipotermia adalah keadaan di mana suhu tubuh yang menurun ... Read More »

Bolehkah mandikan bayi saya pada waktu malam?

  “Salam, doktor. Saya seorang peniaga di kantin sekolah. Saya sangat sibuk di siang hari. Bolehkah saya memandikan bayi saya berumur empat bulan pada waktu malam. Saya bimbang kesan pada paru-parunya.”   Wa alaikum mus salam.   Memandikan anak pada waktu malam tidak berbahaya atau mendapatkan penyakit pada bayi jika dilakukan dengan betul.   Ia tidak memudaratkan.   Secara umumnya, ia adalah selamat untuk memandikan bayi pada bila-bila masa, asalkan ia tidak mengganggu tidur dan jadual makan dan tidak menyebabkan bayi berasa sejuk. Puan boleh menggunakan air yang suam dan kemudian segera mengelap kering bayi puan.   Walau bagaimana pun, cara yang terbaik ialah dengan menetapkan waktu selalunya waktu pagi atau sebelum tengah hari.   Secara tradisinya masa yang di dicadangkan oleh kebanyakan orang-orang tua, adalah pada waktu pertengahan pagi, ... Read More »

Bahaya Mandi Malam

  Terdapat banyak salah faham tentang isu mandi di waktu malam kerana ramai orang berpendapat ia lebih banyak mudarat daripada kebaikan termasuk mendatangkan penyakit.   Malaysia mempunyai iklim tropika di mana cuacanya adalah panas dan lembab dan oleh itu mandi malam tidak mendatangkan kemudaratan.   Satu masa dulu, ramai yang tinggal di luar bandar serta menggunakan perigi dan sungai untuk mandi.   Untuk pergi ke perigi dan sungai pada waktu malam tanpa cahaya lampu dan suasana gelap gelita mungkin mengundang pelbagai bahaya seperti binatang berbisa dan juga bahaya di sungai, sebab itulah mungkin orang tua melarang kita daripada mandi waktu malam.   Kini kita semakin maju dan mempunyai kemudahan yang jauh lebih baik. Bagi mereka yang pulang malam, eloklah bersihkan badan terlebih dahulu sebelum ke tempat tidur.   Setelah bekerja ... Read More »

Lebam selepas suntikan

  “Assalamualaikum Dr, Semasa sy mengandung anak kedua saya mengalami masalah kurang darah. Seminggu sebelum bersalin hb saya hanya 9 sahaja. Kemudian doktor mengarahkan saya agar mengambil suntikan. Tetapi setelah setahun tempat suntikan saya masih lebam dan sakit. Saya risau jika ada kesan jangka masa panjang.  Saya harap dr dapat menjawab masalah saya”   Dr Zubaidi Hj Ahmad Wa alaikum mus salam   Semasa suntikan itu, berkemungkinan jarum telah menembusi saluran darah yang kecil sehingga menyebabkan pendarah di bawah kulit.   Pengumpulan darah yang banyak akan menyebabkan kulit kelihatan lebam, dan adakalanya menyebabkan rasa sakit.   Dalam masa sehari boleh dituamkan dengan ketukan ais yang dibalut dengan tuala nipis. Ini bertujuan menghentikan pendarahan.   Beberapa hari sebelum berlakunya lebam, puan boleh tuankan dengan air hangat bagi merangsangkan pemecahan darah beku. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!