Advertorial
Home » Tag Archives: solat

Tag Archives: solat

Implanon, haid tidak menentu dan solat

IMPLANON, HAID TIDAK MENENTU DAN SOLAT   “Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid. Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Masalah yang puan ajukan adalah masalah yang biasa ditanyakan oleh wanita lain yang menggunakan kaedah perancang keluarga IMPLANON.     Ia berbentuk seperti kayu pencungkil gigi yang di masukkan ... Read More »

Bahayakah menahan kentut?

ADAKAH BERBAHAYA MENAHAN KENTUT?   “Salam doctor. Baru-baru ini saya mengerjakan umrah dan ketika beriktikaf, saya menahan kentut kerana tempat mengambil wuduk agak jauh. Adakah menahan kentut ini berbahaya? Mohon pencerahan”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya faham keadaan saudara kerana saya pernah berada di sana. Memang tempat mengambil wuduk dan bilik air agak jauh dari tempat solat.   Ramai yang menyangka menahan kentut sangat berbahaya. Ini disebabkan kentut mengandungi gas Hidrogen Sulfida, yang menyebabkan kentut kita busuk.   Namun dalam satu kajian di Universiti Exeter di England menunjukkan bahawa hidrogen sulfida boleh mencegah kerosakan mitokondria.       Mitokondria adalah struktur penting dalam sel yang menjana tenaga. Kerosakan mitokondondria akibat serangan jangkitan kuman (virus atau bakteria) akan menyebabkan pesakit berasa lemah dan tidak bertenaga.   Oleh saintis mencadangkan ... Read More »

Tekanan darah tinggi ketika hamil

TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL   “Salam doctor. Saya berumur 25 tahun dan hamil 24 minggu. Baru-baru saya menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak. Saya disyaki mempunyai darah tinggi. Bacaan tekanan darah saya ialah 150/90. Saya tidak pernah mnghidap penyakit ini sebelumnya. Cuma ibu dan bapa saya memang kedua-duanya pesakit darah tinggi dalam rawatan. Saya ingin bertanya, apakah punca penyakit darah tinggi dialami oleh wanita hamil? Mohon nasihat doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita didiagnosakan sebagai mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil (Pregnancy Induced Hypertension) apabila bacaan tekanan darahnya melebihi 140/90 atau bacaan diastoliknya saja yang melebihi 90 mmHg.   Bacaan ini harus diambil sebanyak sekurang-kurangnya dua kali, sebagai pengesahan dan diambil dalam jarak 6 jam.   Terdapat tiga jenis penyakit darah tinggi ... Read More »

Memotong kuku semasa hadas besar

      “Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid  atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut? Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor  jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?”   Dijawab oleh  Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad,   Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas yang belum kita ketahui.   Dalam surah al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah ia adalah suatu yang kotor. Kerana itu ... Read More »

Implanon, Haid Tidak Menentu dan Sukar Solat

Assalamualaikum Dr Zubaidi , maaf menganggu doctor. Saya ingin bertnya. Saya menggunakan alat suntikan susuk perancang keluarga implanon. Semenjak memakainya , saya mengalami kitaran haid yang tidak menetu. Darah kekadang ada , kekadang tidak ada, kadang-kadang tengahari keluar, darah pekat sikit-sikit saja macam orang dah hari last haid.  Bila malam tiada pulak, lepas 2-3jam darah itu ada semula. Bila tiada darah saya mandi hadas. Bila saya solat dank e bilik air, darah itu ada semula. Soalan saya macam mana saya nak solat? Saya keliru lah doctor. Mohon pencerahan.       Wa alaikum mus salam.   Salah satu dari kesan sampingan dari suntikan pencegahan kehamilan, implanon ialah kitaran haid menjadi tidak menentu. Sama ada pendarahan haid menjadi panjang atau sedikit.   Darah haid yang normal akan keluar selama dua minggu ... Read More »

Meningkatkan daya tahan ibu dan anak

  “Assalamu alaikum doktor, saya mengalami alahan yang kuat pada makanan dan habuk. Saya kerap demam, selsema dan sakit. Anak saya yang berusia 2 tahun juga selalu demam dan sakit. Banyak kali saya membawanya berjumpa doctor, tetapi beliau tetap mengalami masalah yang sama, iaitu demam dan selsema. Adakah daya tahan kami tidak kuat, doctor?”   Walalaikum mus salam.   Daya tahan seorang ibu sangat berkait rapat dengan bayinya. Hubungan emosi dan fizikal, sama ada memeluk anak, memberi makan dan menguruskan fizikal anak, sangat mempengaruhi daya tahan anak yang dijaganya.   Bagi ibu yang baru melahirkan anak, saya amat menggalakkan mereka memberikan susu ibu pada bayi mereka.   Kolostrum dalam susu ibu, adalah sumber yang kaya dengan pelbagai antibodi, dan sangat penting dalam memastikan kekuatan daya tahan bayi yang baru dilahirkan ... Read More »

Air Mani Cair dan Peluang untuk Dapat Zuriat

  “Assalamu alaikum doctor. Saya sudah berkahwin selama 3 tahun dan telah menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan bahawa ujian air mani saya mendapati air mani saya cair. Adakah ini akan menjejaskan peluang saya untuk mendapat zuriat?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah saudara. Ini adalah ujian perkahwinan yang kerap berlaku.   Jangan berputus asa. Banyakkan solat dan doa. Yakinlah ALLAH yang memberi rezeki kepada orang yang dikehendakiNYA.   Jika seseorang memiliki air mani yang cair, tidak bermakna beliau dianggap tidak boleh menghamilkan isteri. Beliau mungkin mengalami kesukaran untuk mendapat anak tetapi masih berpeluang melakukannya. Ini kerana kesuburan seseorang bergantung kepada jumlah sperma, pergerakan dan bentuk sperma yang berada dalam air mani.   Saya mencadangkan menggunakan suplemen Proxeed Plus untuk meningkatkan kualiti sperma saudara.   https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia Read More »

Nifas Wanita yang Melahirkan secara Cesarean

  “Assalamu’alikum. Isteri saya melahirkan anak secara pembedahan cesarean.   1. Saya pernah baca dalam sebuah buku bahawa jika seorang perempuan yang melahirkan anak secara pembedahan cesarean, maka darah yang keluar tidak dinamakan darah nifas kerana ia bukan kelahiran secara normal.   2. Jika sebelum proses kelahiran, selaput tuban pecah dan air tuban yang keluar, adakah ia dikira nifas?   Mohon dengan pencerahan doctor.   Wa ‘alaikum mus salam.   Dalam pembedahan caesarean, selalunya tidak banyak darah ayang akan keluar melalui faraj. Kebanyakan darah keluar terus dari rahim dan disedut terus menggunakan pam. Malah ada wanita yang tidak mengalami pendarahan dari faraj langsung.   Untuk memahami keadaan ini, kita bincang semula pendarahan yang dialami oleh wanita.   Pertama  Darah Haid: Darah yang keluar dalam kitaran haid yang normal. Ia berasal ... Read More »

Pendarahan haid yang banyak di kalangan wanita muda

  “Salam doktor. Saya berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami senggugut yang kuat dan selalunya disertai dengan pendarahan haid yang banyak dan panjang semenjak belajar di universiti. Ini menyebabkan kitaran haid saya tidak terartur. Saya menukarkan sekurang-kurangnya 10 tuala wanita sehari dalam hari pertama.    Baru-baru ini saya mengalami rasa mudah letih, cepat penat dan semput apabila menaiki tangga di tempat kerja. Rakan-rakan saya mengatakan mungkin ada gangguan jin kerana kitaran haid saya tidak teratur. Mohon penenrangan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami. Malangnya saya tidak dapat memberikan komen mengenai gangguan jin kerana saya bukanlah orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai jin.   Mengenai kitaran haid puan yang banyak dan panjang, selalunya lebih disebabkan oleh masalah hormone yang tidak seimbang. Jika ... Read More »

Pesakit Kanser Pankreas tidak harus berputus harap

  Doktor, saya cuma nak berkongsi. Saya mempunyai seorang kawan yang disahkan penyakit kanser pankreas. Pada peringkat permulaanya beliau tidak ingin buat pembedahan. Namun saya memberinya motivasi.   Alhamdulillah dia tetap menjalankannya. Ketika pertama kali dia berjumpa doktor, doktor kata ‘kamu sudah terlambat’. Namun mengingatkan motivasi yang saya beri, dia teruskan juga. Alhamdulillah pembedahan berjaya. Namun doktor mengesahkan tumor tersebut masih ada. Beliau akan sentiasa di pantau dan akan diminta untuk dtg ke hospital melihat keadaannya. Ketika inilah dia berpuasa. hampir setiap hari. Setiap hari dia bersolat tahajud. Jika ada 24 jam, 20 jam digunakannya utk beribadah dan mendekatkan diri pada Allah. Begitulah rutinnya. Selepas pemeriksaan terakhir dibuat, 3 bulan selepas kalau tak silap saya, doktor sangat terkejut. Doktor tidak menjumpai di mana kanser tersebut! Sehinggakan doktor berkata ‘Where is your ... Read More »

Darah Haid, Darah Nifas atau Darah Istihadah Selepas Keguguran

  “ Salam Ramadan Dr. 1 ) Saya ada kemusykilan. Saya mengalami keguguran  kali kedua pada tahun ini.  Kedua-dua keguguran saya berusia 5 minggu.  Masa keguguran saya kali ini,  darah saya kering pada 3/08/13 dan kemudian keluar lagi pada 18/08/13 dan berlarutan sehingga sekarang 29/8/13. Adakah  darah kali ini adalah darah haid atau darah nifas?   2) Saya pernah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan tentang status darah keguguran saya yang baru berusia 5 minggu, adakah darah itu dianggap nifas atau darah penyakit? Saya masih keliru untuk mengerjakan solat. Saya ada terbaca tentang darah setelah keguguran nie, jika yang keluar itu janin ia diangap nifas tetapi jika darah tu sekadar ketulan darah ia tidak dianggap nifas… Adakah saya perlu solat atau perlu menunggu darah itu habis dan kering?   Bantulah ... Read More »

Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid

Hukum Mengambil Ubat Penahan Haid

Saya serba salah ketika memberikan ubat penahan haid kepada wanita yang mahu mengerjakan umrah di hujung Ramadhan. Beliau mahu terus kekal berpuasa di bulan Ramadhan dan menghidupkan malamnya. “Doktor, bolehkah saya dapatkan pil kerana saya mahu mengerjakan umrah tidak lama lagi. Kebetulan pula ia bertepatan dengan sepuluh hari terakhir Ramadhan” Mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa Islam adalah agama yang sederhana. Islam tidak pernah memaksa kita melakukan di luar keupayaan kita. Apatah lagi jika amalan-amalan itu berupa amalan yang tidak diwajibkan. Allah berfirman : “Allah tidak membebani seseorang di luar kemampuannya..” (Surah Al-Baqarah: 286) Semoga kita tetap memperolehi pahala sepertimana mereka yang beribadat mengerjakan umrah dan berpuasa di Mekah dan menghidupkan malamnya di sana, walaupun di sebalik keterbatasan syari’e yang kita hadapi. Pandangan ulama Sebelum saya memberikan pandangan dari sisi ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!