Advertorial
Home » Tag Archives: silent miscarriage

Tag Archives: silent miscarriage

Keguguran adalah ujian ALLAH pada pasangan terpilih

  “Assalamu alaikum doctor. Saya telah berkahwin lima tahun dan tahun lepas saya telah disahkan hamil. Saya sangat gembira kerana inilah kehamilan pertama saya. Saya sangat menjaga kehamilan saya. Saya berhenti kerja kerana tidak mahu membahayakan kehamilan saya.  Namun kegembiraan saya tidak lama. Suatu pagi, saya mengalami pendarahan ketika kehamilan saya berusia 12 minggu. Sehingga saat ini, walaupun hamper setahun, saya berasa sangat sedih. Mohon nasihat doctor”   Wa alaikum mus salam. Saya sangat bersimpati dengan kehilangan yang puan alami dan percaya, ALLAH memberikan yang terbaik untuk setiap hambaNYA walaupun ia kelihatan merugikan kita.   ALLAH SWT pasti menguji setiap manusia yang mendakwa mereka muslim yang beriman. Tujuan diadakan ujian ini bagi membezakan mana di antara manusia yang benar-benar beriman dengan manusia yang hanya mengaku beriman.   Setiap pinjaman berupa ... Read More »

Keguguran Tanpa Disedari

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya baru lepas keguguran pada 10 sept lepas. Kemudian saya dating haid pada priod 27 oct-17 nov. Pada 21 nov saya mengalami pendarahan semula, dan saya perasan ada seketul darah. Bersama ini saya sertakan gambar. Mohon pencerahan doktor”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Gambar yang puan sertakan kelihatan seperti janin atau dipanggil “product of conception”.  Ia masih di peringkat seketul darah beku.   Ia diterangkan secara jelas dalam Penjelasan Al-Quran dalam surah Al-Mu’minun: 12-14. Maksudnya: “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari “pati” (yang berasal) dari tanah; Kemudian Kami jadikan pati itu (setitis) air mani pada penetapan yang kukuh; Kemudian Kami ciptakan air mani itu menjadi segumpal darah beku lalu Kami ciptakan darah beku ... Read More »

Jangkitan Cytomegalovirus (CMV) ketika hamil

  “Assalamualaikum Dr, saya baru sahaja menjalani procedure D&C kerana kehamilan saya tidak berjaya. Enam bulan yang lalu saya turut mengalami keguguran atas sebab yang sama. Pada bulan November tahun lepas pulak saya mengalami “silent miscarriage” pada usia kandungan 14minggu. Ketika itu bila ujian darah di lakukan, saya di dapati mendapat jangkitan cytomegalovirus (CMV). Sekarang bila kejadian (keguguran) ini berlaku saya terfikir adakah ini berkaitan dgn virus tersebut? Saya cuba bertanya kepada doctor gynea saya, tapi jawapan yg diberikan tidak memuaskan hati saya. Saya ingin menambah zuriat. Adakah virus ini akan menghalang saya untuk menambah zuriat Dr? Dan apakah langkah-langkah yang perlu saya ambil utk menghalang virus ini dari menganggu kandungan saya nanti? Harap Dr boleh bagi penjelasan. Sekian , terima kasih.”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!