Advertorial
Home » Tag Archives: silbuteramine

Tag Archives: silbuteramine

Tekanan darah yang tidak stabil

  “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171/110 kadang 97/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung  dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala  di sebelah kanan. Saya tidak tahu apa sakit saya ?apa pendapat doktor denga masalah saya?. Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak dapat memberikan komen yang terperinci kerana tidak memeriksa puan dan tidak melihat keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh doctor.   Namun saya percaya puan mengalami masalah yang agak serius kerana sakit kepala yang kerap berlaku dan tekanan darah yang tidak stabil (turun dan naik).   Pada kebiasaannya tekanan darah boleh menjadi turun dan naik tetapi tidak terlalu besar perbezaannya. ... Read More »

Kesan menggunakan Pil Pelangsing

  “Assalamualaikum, saya sgt berharap sekiranya doktor dapat memberi gambaran apa yg harus lakukan berikutan masalah saya ini. Saya ibu kepada 3 org anak, berusia 35 tahun. Saya melahirkan anak saya yg ke 3 pada bulan 6 tahun 2012 dan semenjak itu mengalami masalah utk menurunkan berat badan.   Saya mencuba pelbagai jenis diet dan ubat di pasaran tetapi tidak berjaya sehinggalah akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil ubat pelangsing jenama XXXXX ini.   Selepas hari kedua saya mengambilnya saya mula merasakan sakit kepala di bahagian belakang berhampiran dengan telinga (kiri dan kanan) hinggalah ke bahagian tengkuk dan tulang belakang. Sakit itu tidak berkurang walau pun saya mengambil ubat penahan sakit malahan sakitnya tetap di situ (terasa seperti tangan sedang mencengkam kepala dan tidak melepaskanya).   Bila saya urut bahagian ... Read More »

Produk Figure-Up dicemari Sibutramine

  BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis, 30 Mei 2013. – Kementerian Kesihatan Brunei memaklumkan kepada orang ramai bahawa produk pelangsingan badan iaitu jenama ‘Figure-Up’ daripada Malaysia didapati tercemar dengan bahan racun berjadual dan ubat barat yang tidak diisytiharkan. Sampel produk tersebut diperolehi daripada orang ramai semasa pengimportan bagi kegunaan peribadi yang mana produk berkenaan dicemari dengan Sibutramine yang boleh mengakibatkan kesan-kesan mudarat dan membahayakan kesihatan. Sibutramine merupakan agen pelangsing yang tidak disarankan dalam rawatan obesiti dan menyebabkan risiko serius kepada jantung dan hati, di samping tekanan darah tinggi, degupan jantung yang tidak menentu dan sukar untuk tidur dan dalam kes-kes yang serius boleh menyebabkan kerosakan hati dan buah pinggang. Kementerian Kesihatan tidak pernah mengeluarkan kebenaran ke atas pengimportan dan penjualan produk tersebut, dari itu, sebarang pengimportan dan penjualannya adalah dilarang di ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!