Advertorial
Home » Tag Archives: serotonin

Tag Archives: serotonin

Kemurungan boleh membunuh diri

    Ramai yang tidak mengetahui bahawa kemurungan adalah suatu penyakit jiwa yang berbahaya. Ia menjadikan seseorang mengalami perasan yang rendah. Ia harus dirawat segera sebelum ia menjadi agresif, boleh mencederakan orang lain malah boleh membunuh diri.   Kemurungan berlaku apabila terdapat ketidakseimbangan hormone serotonin dalam otak. Ia terlibat dalam proses pemikiran dan mengawal emosi.   Apabila berlaku ketidakseimbangan bahan kimia tersebut, otak tidak lagi mampu menyelaraskan proses pemikiran dan emosi dengan baik sehingga menjejaskan proses pengeluaran kata-kata, ingatan dan daya tindak seseorang manusia yang akhirnya menyebabkan kemurungan.     Faktor luaran yang memulakan masalah kemurungan ialah tekanan hidup, kurang yakin pada diri sendiri, pengalaman trauma seperti kematian orang tersayang secara tiba-tiba, perceraian atau gagal dalam peperiksaan.   Namun selalunya kemurungan lebih mudah terjdi pada pesakit yang mempunyai ahli keluarga ... Read More »

Suami Isteri Perlu Berpelukan

Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk. Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari bayi hingga remaja, kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan, sama ada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan-rakan sepermainan. Namun setelah berumah tangga kita kadang-kala terlupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan. Keperluan pelukan antara suami-isteri Tidak kira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya mengalami kehidupan era moden yang meletihkan fizikal dan emosi. Suami yang bertindak sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah, sering merasakan tekanan di tempat kerja ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!