Tag Archives: serangan sakit jantung

Debaran mengganggu perasaan

    “Salam. Doktor,terima kasih di atas info ini. Saya juga mengalami migraine sejak 6 tahun yang lalu. Setiap kali sakit, saya rasa nak muntah,mata rasa nak terpejam setiap masa, tak boleh tengok cahaya,bosan dengan kebisingan, rasa nak marah orang…Bagi meredakannya, doktor telah bagi ubat CAFFOX. Jika saya makan ubat panadol semua tak berkesan. Hanya sebiji CAFFOX, saya perlu tidur dalam keadaan yang gelap sejenak…dan migraine saya terus hilang. Fikiran saya tenang dan tak ada apa yang perlu difikir. Kebiasaannya saya mengalami migraine kerana terlalu berfikir sesuatu masalah, kepala saya akan sakit. Sejak akhir-akhir ini, jika saya sakit kepala dan …

Read More »

Zithromax boleh memudaratkan?

Baru-baru ini masyarakat perubatan dikejutkan pula dengan berita mengenai isu keselamatan mengenai ubat antibiotik  Azitromycin atau nama yang biasa digunakan ialah zithromax, yang biasa digunakan di klinik dan hospital.   Dalam laporan itu, mengatakan bahawa antibiotik tersebut telah meningkatkan risiko kematian akibat serangan sakit jantung atau stroke.   Namun begitu ramai ahli santis yang mengkritik laporan ini dan mengatakan bahawa laporan ini tidak cukup sahih dan risiko untuk berlakunya serangan sakit jantung dan stroke bagi pesakit yang mengambil zitromax adalah rendah.   Sebelum ini, antibiotik zithromax dianggap sebagai ubat antibiotik yang paling selamat dibandingkan dengan beberapa ubat antibiotic lain yang …

Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …

Read More »

Makanan Segera meningkatkan risiko Diabetes dan Sakit Jantung

Dulu ada seruan memboikot makanan segera seperti McD dan KFC atas alasan kedua-dua syarikat makanan segera ini menyumbangkan keuntungan mereka pada dana Israel. Saya tiada maklumat sahih mengenainya. Di Johor Bahru, McD dan KFC bagaikan cendawan tumbuh. Malah ada yang dibuka 24 jam. Maknanya perniagaan mereka mendapat sambutkan warga JB yang semakin sibuk dan mempunyai kuasa membeli. Saya tidak berasa jengkel atau irihati dengan perkembangan ini. Namun saya hanya berminat mengenai kandungan nutrisi makanan yang dihidangkan.  Jadi skop perbincangan ini, hanya membincangkan mengenai bahaya makanan ringan (fast food) dari sudut nutrisi, tanpa merujuk kepada mana-mana syarikat penyedia ‘makanan ringan’. Bahaya …

Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka …

Read More »
error: Content is protected !!