Advertorial
Home » Tag Archives: selera

Tag Archives: selera

Menjadi kurus, tiada selera, demam rendah, batuk berdarah ..tanda santau, kata rakannya

Saya masih ingat apabila saya dipanggil ke sebuah rumah kongsi yang dihuni oleh pekerja warga asing. Ketika itu saya masih bekerja di HSA JB sebagai MO di Jabatan Pembedahan. Petang itu 5.30pm baru selesai kerja. Semalamnya oncall seharian dan wad pembedahan macam biasalah penuh dengan pesakit. 5 pesakit baru yang masuk. Dua kes disyaki acute appendicitis, satu kes kecederaan dalaman (intraabdominal injury) dari Kluang akibat jatuh dari bumbung, satu kes juga kecederaan dalaman setelah jatuh dari motorsikal di Tambak Johor dan satu kes polis apabila seorang lelaki Cina ditikam di perut di hadapan pub. Saya boleh saja cakap “Saya penat, saya datang lain kali..” Namun tak sampai hati. Saya datang ke sana kerana seorang warga Bangladesh yang selalu berjumpa saya di sebuah masjid menemui saya. Jadi saya datang atas dasar persaudaraan ... Read More »

Berapa banyak serat yang anak-anak perlu dalam diet mereka ?

  “Doktor, saya berada di UK dan agak sibuk sebagai pelajar PhD. Adakalanya saya tidak sempat memasak untuk anak saya dan membeli makanan bayi yang telah siap diproses dalam tin, kerana ada kalanya anak saya yang berusia 3 tahun ini agak sukar untukdilayan selerenya. Selalunya saya memesan kepada pengasuh anak saya (pelajar yang sedang bercuti) untuk memberikan makanan itu kepada anak saya. Bagaimana saya memastikan anak saya mendapat cukup serat dalam makanan bagi mengelakkan dia mendapat sembelit?. Mohon pencerahan”     Wa alaikum mus salam.   Ramai kanak-kanak yang tidak makan banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, malah mempunyai lemak yang agak tinggi dalam pemakanan mereka.   Ini boleh membawa kepada masalah sembelit.   Menurut Akademi Pediatrik Amerika, di dalam Panduan mereka untuk “Pemakanan Anak Anda”, mencadangkan “pengambilan harian serat untuk seseorang ... Read More »

Bayi hanya berak sebulan sekali

  “Salam doctor. Anak saya berumur dua tahun mengalami sembelit yang teruk sejak dilahirkan. Dia hanya sembuang air besar hanya sebulan sekali, sehinggakan perutnya kembung dan tiada selera makan. Adakah ia normal. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Bayi dan kanak-kanak sesekali yang mengalami sembelit adalah normal.   Sembelit disebabkan oleh pergerakan usus tidak normal dan berlaku secara perlahan. Ini menyebabkan hasil perkumuhan (najis) tidak dapat ditolak ke bahagian rectum dengan cepat dan najis menjadi lebih keras.   Bayi dan kanak-kanak yang mengalami sembelit akan meneran kerana najis mereka keras dan sukar dikeluarkan.   Oleh itu bayi yang tidak meneran walaupun mereka hanya membuang air besar setiap dua atau tiga hari, tidak dikatakan sembelit.   Lebih-lebih lagi jika bayi hanya minum susu ibu, mungkin hanya akan membuang air ... Read More »

Bolehkah bayi dan kanak-kanak minum air glukos?

  “As salamu alaikum doctor, Saya ingin bertanya adakah pemberian air glukos pada bayi digalakkan dan pada usia berapakah ia boleh dilakukan? Mohon pencerahan. Terima kasih ”     Wa alaikum mus salam.   Memberikan air glukos pada bayi dan kanak-kanak telah menjadi amalan biasa dalam sesebuah keluarga. Mereka percaya bahawa air glukos memberikan faedah pada bayi dan anak mereka seperti mana orang dewasa mendapat kesegaran apabila minum air glukos setelah penat bekerja atau sedang dalam  pantang.   Glucose adalah bahan yang sangat penting untuk bayi mendapatkan tenaga dan mengaktifkan minda mereka.   Namun begitu memberikan bayi berumur kurang setahun air glukos bukanlah langkah yang baik.   Ini kerana glukos boleh didapati dari pencernaan makanan yang seimbang terutamanya dari makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi, dan gandum.   Air ... Read More »

Sup ayam baik untuk pesakit demam selsema

    Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema.   Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu.   Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response).   Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa komponen dalam sup ayam yang dapat menghentikan kesan keradangan dalam tubuh, dengan itu mempercepatkan proses penyembuhan.   (rujuk: Rennard BO, Ertl RF, Gossman GL, Robbins RA, Rennard SI (October 2000). “Chicken soup inhibits ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!