Advertorial
Home » Tag Archives: sarapan

Tag Archives: sarapan

BERAPA BANYAK NASI YANG BOLEH DIAMBIL SEBAGAI SARAPAN?

2 FEB 2019   Kebanyakan masyarakat kita mengambil nasi sebagai sumber tenaga ketika bersarapan. Saya ingin beritahu kuantiti nasi yang boleh diambil semasa sarapan.   Tetapi bukankah doctor banyak berkongsi kebaikan berpuasa dan Intermittent Fasting dan selalu melakukan “brunch”?  Betul. Bagi mereka yang ada penyakit kronik seperti diabetes, menjaga pemakanan dengan mengurangkan pengambilan karbohidrat ringkas (seperti gula dan beras putih) dan berpuasa adalah suatu ‘rawatan’ yang terbaik.   Namun bagi mereka yang tidak ada masalah penyakit kronik dan aktif melalukan aktiviti fizikal, saya mencadangkan pengambilan makanan (big meal) sebanyak tiga kali sehari iaitu sarapan, makan tengahari dan makana malam.   Jika mereka ingin melakukan puasa atau Intermittent Fasting, ia adalah sesuatu yang baik untuk kesihatan mereka terutama yang tidak banyak melakukan aktiviti fizikal seperti orang yang bekerja di pejabat selama ... Read More »

Manfaat Epal Hijau

  Mengamalkan pengambilan epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan, terutama bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.   Epal hijau mempunyai pelbagai khasiat kerana kandungi nutrisinya yang tinggi, seperti zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A , vitamin B dan serat yang mudah larut.   Jika memakan epal hijau, kita digalakkan memakan sekali dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.   Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan.   Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik. Cuma pesakit gastrik harus berhati-hati dengan epal hijau yang masam.   Selain itu epal hijau mempunyai manfaat seperti:   ... Read More »

Jangan hanya mengira sengsara dan bencana tanpa menghitung nikmat dan bahagia

Dalam kehidupan kita, sering kali kira mengira berapa banyak kerugian, kemalangan dan kekurangan yang kita ada, sedangkan jika dicampur ketiga-tiga hal ini tidak sampai 1% jika dibandingkan dengan  nikmat kurniaan ALLAH yang berupa kesenangan, rezeki, kenikmatan, keuntungan, kebahagiaan, dan pelbagai lagi kurniaannya.   Kita sering mengenang nasib kita yang malang, tanpa menyedari ALLAH telah banyak memberikan kenikmatan sebelum ini.   Seorang lelaki yang kehilangan kasutnya dan terpaksa ‘berkaki ayam’ ditanya perasaannya ketika mengetahui bahawa kasutnya telah dicuri, dia segera menjawab, “Saya bersyukur, walaupun kasut saya telah ditakdirkan hilang tetapi saya masih diberikan kesempatan menikmati lagi kedua belah kaki saya yang masih kuat”   Semasa bekerja di Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru, ketika berada di jabatan orthopaedic, saya sempat menyaksikan seorang pesakit diabetis yang baru sedar dari pembedahan dipotong sebelah ... Read More »

SYUKUR adalah motivasi terbaik

  Saya menganggap diri saya sebagai kurniaan ALLAH yang sangat berharga dan saya sangat bersyukur atas segala pemberian nikmatNYA. Saya bersyukur dengan nyawa, kehidupan, bakat dan rahmat yang diberikan. Saya juga bersyukur dengan jutaan kurniaan yang tidak dapat saya hitung dari mula saya dilahirkan sehingga kini.   Setiap saat, jutaan nikmat, rahmat dan kasih sayang ALLAH yang saya perolehi, menyebabkan saya rasa bermotivasi untuk menunjukkan kesyukuran dengan berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang saya ada untuk dimanfaatkan oleh orang ramai.   Saya menganggap diri saya sebagai bekas pelajar yang biasa dan sederhana. Saya tidak memperolehi ‘straight As’ sebagai mana rakan-rakan saya yang cemerlang dalam akademik mereka.   Saya percaya mereka telah dianugerahkan dengan kecerdikan yang luar biasa, mampu menghafal dengan sekali bacaan, mudah memahami apa yang diajar dengan mudah dan mempunyai ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!