Tag Archives: sakit

Pesakit Mana Yang Boleh dan Tidak Boleh Berpuasa?

“Salam doctor. Saya mempunyai penyakit tiga serangkai; diabetes, darah tinggi dan kolestrol. Namun penyakit saya terkawal dengan ubat-ubat yang diberikan. Saya ingin melaksanakan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Namun doctor bukan Islam yang memeriksa saya memberitahu saya tidak boleh berpuasa. Boleh doctor berikan penjelasan. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM   Sukar untuk doctor menentukan seorang pesakit boleh berpuasa atau tidak. Ia bergantung kepada keadaan penyakitnya. Doktor hanya mampu menasihati saja dan keputusan sama ada untuk meneruskan puasa atau meninggalkannya bergantung kepada iman pesakit. Jika pesakit merasakan beliau mampu meneruskan puasa tanpa masalah, saya menggalakkan beliau terus berpuasa. Ini kerana …

Read More »

Mahu buang besi dalam tulang

    “Salam doctor. Saya pernah mengalami kemalangan jalanraya kira-kira 10 tahun lalu. Tulang betis dan peha saya sebelah kiri telah patah dan telah menjalani pembedahan memasukkan besi. Saya boleh berjalan dengan sempurna selepas setahun dan selepas itu tiada lagi rawatan susulan. Masalah saya sekarang saya rasa kebas dan ada kalanya rasa sejuk pada kaki sebelah kiri terutama waktu hujan. Rakan-rakan menasihatkan saya mengeluarkan semula besi dalam tulang saya. Bolehkah doctor di hospital melakukan hal itu? Mohon pencerahan. Terima kasih doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pembedahn semula mengeluarkan besi yang telah ditanam pada tulang setelah 10 tahun bukanlah …

Read More »

Kerap kencing walaupun tiada diabetes dan jangkitan kuman

“Salam doctor. Saya berusia 28 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami masalah kerap kencing. Pemeriksaan telah dibuat oleh doctor di hospital. Menurut doctor, saya tidak mengalami masalah jangkitan kuman, batu karang atau diabetes. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Kekerapan membuang air kecil tidak bermakna terdapat jangkitan kuman pada pundi kencing, ada batu karang atau menghidap penyakit diabebets. Masalah ini juga boleh disebabkan oleh masalah pundi yang terlalu sensitive dan mudah mengecut menyebabkan rasa cepat mahu buang air kecing walaupun kuantitinya sedikit. Masalah ini dinamakan “Pundi Kencing terlalu Aktif” atau “Overactive Bladder” (OAB). Tanda-tanda paling penting OAB …

Read More »

Kekurangan gula dalam darah

“Salam doctor. Bapa saya berusia 65 tahun dan pesakit diabetes dengan rawatan pil dan suntikan insulin. Baru-baru ini beliau pengsan di rumah. Apabila kami bawa ke hospital, doctor memebritahu bahawa bapa saya mengalami ‘Hipoglesimia”. Saya pula berusia 25 tahun, Kadang-kadang saya mengalami rasa lemah juga dan mahu pengsan. Adakah saya mengalami masalah yang sama? Mohon pencerahan doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya bersimpati dengan insiden yang berlaku pada bapa saudara. Beliau sebenarnya mengalami kekurangan glukosa dalam darah setelah mengambil ubat diabetes yang diberikan. Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat fungsi …

Read More »

Lupa mungkin tanda penyakit bahaya

“Salam doctor. Saya ingin mencuba satu produk kesihatan kerana saya mengalami masalah mudah lupa. Kadang kala saya lupa di mana saya letakkan cermin mata saya, padahal saya cermin mata itu berada di atas kepala. Saya telah pergi ke hospital bagi menjalani pemeriksaan dan doctor memberitahu ujian CT scan yang saya jalani adalah normal. Menurut testimoni yang say baca, produk itu telah banyak membantu pengguna terutama para pelajar untuk mengingati pelajaran mereka. Bolehkah saya menggunakan produk itu kerana testimoni sangat mengujakan saya untuk mencuba. Mohon penjelasan, doctor. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masalah yang saudara alami berkaitan dengan ‘mudah lupa’ …

Read More »

Bahan yang menyebabkan kerosakan hormon

  “Salam doctor. Saya berumur 45 tahun dah telah bekerja di sebuah kilang kimia selama 20 tahun. Baru-baru ini saya berasa sangat letih dan sukar bernafas. Bila saya lakukan pemeriksaan doctor, saya tidak mempunyai masalah diabetes atau kencing manis. Tahap kolestrole saya hanya borderline saja. Mohon pencerahan doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Bekerja di sebuah kilang kimia selalunya mendedahkan diri seorang pekerja bahan-bahan kimia yang menjadi bahan perosak kelenjar yang mengeluarkan hormone.   Begitu juga bagi seorang yang biasa menggunakan bahan-bahan kimia di rumah dan di tempat kerja.   Terdapat banyak bahan yang kita gunakan seharian …

Read More »

Mengurangkan rasa loya dan muntah ketika hamil

“Salam doctor. Saya disahkan hamil dan usia kehamilan saya lebih kurang 12 minggu. Saya mengalami masalah rasa loya dan muntah yang amat teruk. Bolehkan saya mengambil ubat penahan muntah yang diberikan oleh doktor? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai wanita yang mengalami rasa loya dan muntah di awal kehamilan mereka dan ini adalah fenomena yang normal. Ia bergantung kepada individu. Ada yang mengalami rasa loya dan muntah yang teruk dan ada yang mengalaminya secara ringan. Selalunya ia berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan kerana pada masa ini terdapat peningkatan pada tahap hormon  “human chorionic gonadotrophin (hCG)” dalam …

Read More »

Bolehkah senggugut menyebabkan sukar hamil?

  “Salam doctor. Saya berusia 26 tahun dan masih belum berkahwin. Masalah saya ialah saya sering mengalami masalah senggugut yang teruk. Ada kalanya saya terpaksa ke klinik dan doctor hanya memberikan saya ubat penahan sakit, Ponstan saja. Apa yang membimbangkan saya ialah adakah saya akan mengalami masalah sukar hamil apabila saya berkahwin nanti? Saya merancang untuk berkahwin pada bulan December nanti. Mohon pencerahan, terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Sakit akibat senggugut biasanya bersifat ringan dan sementara. Ini bermakna jika seorang wanta mengalami rasa sakit senggugut yang kuat setiap kali haid dan sehingga tidak dapat menjalani rutin hidup …

Read More »

Ambil Ponstan ketika haid

  “Salam doktor. Adakah ubat penahan sakit seperti PONSTAN bahaya diambil bagi mengurangkan rasa sakit ketika sengggugut?” WA ALAIKUM MUS SALAM Senggugut adalah masalah biasa yang dihadapi oleh kebanyakan wanita muda. Oleh itu ialah tidak bermakna wanita yang mengalami senggugut mengalami masalah untuk hamil apabila mereka berkahwin kelak. Kesakitan disebabkan senggugut disebabkan oleh otot pada dinding luar rahem mengecut dengan kuat. Pengecutan otot rahem ini bertujuan untuk darah haid yang berketul-ketul ketika di awal permulaan haid dan selalunya darah ini bercampur dengan sedikit sel-sel tisu endometrium pada dinding dalam rahem. Oleh kerana pangkal rahem yang dimiliki oleh seorang wanita muda biasalah …

Read More »

Fungsi Dusphaston dalam Rawatan Keguguran dan Kesuburan

  “Salam.Saya telah hamil selama 16 minggu. Malangnya beberapa hari ini saya mendapati terdapat sedikit pendarahan. Doktor telah melakukan pemeriksaan ultrasound dan mendapati bayi saya berada dalam keadaan selamat. Doktor juga memberikan ubat Dusphaton 10mg untuk diambil dua kali sehari. Boleh saya tahu kenapa doctor memberikan ubat tersebut pada hal kehamilan saya selamat. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mengucapkan tahniah atas kehamilan puan. Pendarahan di awal kehamilan selalunya tanda awal bagi keguguran. Ini bermakna proses keguguran sedang berlaku, selalunya disebabkan sama ada masalah janin yang tidak kuat atau rahem yang tidak kuat.   ‘Janin …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Mengapa Anak Saudara Saya Dimasukkan ke Wad Neonatal Unit Hanya sebentar Saja?

    “Salam doctor. Baru-baru ini anak saudara saya telah dilahirkan pramatang 32 minggu. Bayi yang dilahirkan hanya 2.5kg. Yang menjadi kemusykilan saya ialah kenapa anak saudara saya itu hanya dimasukkan ke wad neonatal unit hanya beberapa hari saja. Boleh mendapat penjelasan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Neonatal Unit (NNU) yang disediakan oleh hospital menyediakan sekumpulan pakar yang terlatih bertugas secara 24 jam bagi menjaga bayi baru dilahirkan yang mengalami komplikasi kelahiran atau mengalami penyakit sejak dalam rahem atau dilahirkan secara pramatang.   Mereka yang terlibat dalam penjagaan NNU ini ialah:   Jururawat yang terlatih dalam penjagaan …

Read More »

Kesan Makan Mee Segera pada wanita hamil dan bayi dalam rahem

Ramai yang ketagihan maggi. Kerisauan saya pada kanak-kanak dan wanita yang hamil yang kerap makan mee segera . Kanak-kanak yang berumur bawah 5 tahun akan mengalami masalah penyerapan nutrisi sekiranya dia mengambil mee segera lebih dari 3 kali seminggu. Pengambilan mee segera yang terlalu kerap bagi ibu mengandung juga boleh mengakibatkan keguguran atau menganggu proses pertumbuhan janin.

Read More »

Ramai bayi yang meninggal dunia semasa tidur

“Salam doktor. Saya ingin bertanyakan tentang kejadian di mana mati meninggal dunia semasa tidur. Adakah ia dapat dielakkan? Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibu bapa sangat risau mengenai risiko kematian bayi secara tidak disedari ketika tidur terutama pada usia mereka beberapa bulan pertama setelah dilahirkan. Oleh itu saya mencadangkan agar bayi yang berusia enam bulan ke bawah haruslah tidur berdekatan dengan ibubapa mereka tetapi tidak semestinya satu katil atau satu tilam. Saya juga mencadangkan agar: 1. Tidurkan bayi dalam keadaan telentang, bukannya meniarap atau disisinya. 2. Berhati-hati dengan penggunaan selimut kerana ramai bayi yang lemas dalam …

Read More »

Waktu sesuai untuk scan jantina bayi dalam rahem

“Salam doktor. Saya ingin bertanya bila waktu yang sesuai untuk mengenal pasti jantina bayi dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibubapa sangat berminat untuk mengetahui jantina bayi mereka yang dalam rahem. Masa yang sesuai untuk melakukan scan ialah minggu ke-20. Itu pun bergantung kepada kemahiran doktor yang melakukan scan, mesin ultrasound yang digunakan dan posisi bayi dalam rahem. Pada usia kehamilan 20 minggu, perbezaan antara lelaki dan perempuan menjadi lebih jelas dan lebih mudah dikesan kerana cecair ketuban yang banyak. Jantina seorang bayi lebih mudah dikesan apabila kedudukan tapak kakinya tidak terletak di tengah kelengkangnya, keran …

Read More »

Bagaimana Melatih Bayi Tidur Sepanjang Malam

“Salam doktor. Saya ingin bertanya kepada doktor mengenai anak saya. Usia anak saya baru memasuki enam bulan. Namun saya terpaksa bangun setiap empat jam kerana anak saya sering terjaga dan mahukan susu. Ada beberapa rakan saya pula dapat tidur sepanjang malam kerana anaknya tidur dengan lena. Bagaimanakah saya dapat melatih anak saya agar dia dapat tidur sepanjang malam? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya tidak menafikan bahawa sesetengah bayi mudah tidur dan akan tidur sepanjang malam seawal usia lapan minggu. Namun kebanyakan bayi belum boleh melakukan sebegini sehingga mereka berusia lima atau enam bulan, atau mungkin lebih lewat dari …

Read More »

Kenapa orang dewasa tidak demam

“Salam, doktor. Saya bersyukur kerana diberi kesihatan yang baik. Cuma ada sedikit kerisauan. Umur saya memasuki 25 tahun. Kali terakhir saya demam ketika saya berumur 15 tahun. Adakah normal keadaan ini? Andai kata Allah uji saya dengan demam, adakah saya berisiko untuk mendapat demam yang teruk? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seseorang itu mengalami serangan kuman, sama ada bakteria atau virus, tubuh akan bertindakbalas dengan merangsangkan sistem daya tahun untuk membunuh kuman tersebut. Antara tanda tubuh kita sedang bertindakbalas ialah kita sedang mengalami demam, selain menghasilkan antibody. Namun begitu tidak semua serangan kuman akan menyebabkan tubuh akan mengalami …

Read More »

Jangkitan kuman pada pundi kencing

  “Assalamualaikum doktor. Dua tiga hari ini saya selalu kerap buang air kecil dan rasa pedih. Adakah ia disebabkan oleh kencing kotor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mencadangkan puan membuat pemeriksaan air kencing kerana berkemungkinan disebabkan oleh jangkitan kuman pada pundi kencing. Orang Melayu selalu menamakannya sebagai “kencing kotor”   Kebanyakan jangkitan kuman bermula dari faraj dan masuk ke saluran salur kencing urethra dan akhirnya masuk ke bahagian pundi pundi kencing.   Jangkitan kuman ini senang berlaku di kalangan wanita disebabkan saluran kencing uretra mereka yang pendek. Jika tidak diubati ia boleh menyebabkan jangkitan pada ginjal. …

Read More »

Suplemen vitamin semasa hamil

    “As-salam Dr Zubaidi. Sy ingin bertanyakan pendapat Dr. Harap Dr x keberatan. This is regarding supplement tambahan spt vit C, folic acid etc yg diambil oleh ibu mengandung selain drpd yg diberi oleh pihak hospital spt jenama xxxxxx atau any brand. Would it give any affect? What is the good supplement? Any brand? Would appreciate your kind advise “   Wa alaikum mus salam Ramai wanita hamil yang agak keliru tentang penggunaan multivatimin yang perlu diambil sepanjang kehamilan. Di pasaran terdapat pelbagai produk yang memberikan pelbagai pilihan kepada mereka. Saya sendiri tidak pernah mengesyorkan mana-mana jenama. Mereka boleh …

Read More »

Mempercepatkan proses kelahiran bayi

  “Salam doktor. Bolehkah doktor beri petua agar proses kelahiran bayi saya cepat berlaku. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM. Ramai wanita yang hamil inginkan agar proses kelahiran bayi berjalan dengan cepat dan selamat. Antaranya perasaan takut yang boleh membuatkan hormon yang membantu proses kelahiran menjadi tidak menentu. Oleh itu dapatkan seorang yang terdiri dari ahli keluarga seperti suami, ibu atau ibu saudara bagi menemani proses kelahiran ini, jika wanita itu terlalu takut. Banyakkan zikir dan membaca al Quran. Pada minggu ke 38, amalkan Ekstrak Kacip Fatimah bagi membantu proses kelahiran dengan menguatkan pengecutan rahem. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah Namun begitu ada …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Pendarahan Selepas Persetubuhan

“Salam doktor..saya baru berkahwin seminggu yang lalu. Saya ingin bertanya sama ada normal atau tidak pendarahan berlaku selepas persetubuhan ? Saya mengalami pendarahan teruk pada kali pertama tetapi berkurangan selepas seminggu. Pendarahan ringan tetap berlaku apabila berlaku deep penetration. Adakah itu normal? Mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Pendarahan selepas melakukan hubungan seksual bersama suami boleh menyebabkan kekeliruan pada wanita, teruatama apabila busia 40an. Ini kerana ia mungkin salah satu tanda awal penyakit kanser i pangkal rahim (cervical cancer). Jadi ada baiknya jika puan berjumpa dengan doktor untuk melakukan pemeriksaan Paps smear bagi mengesan kanser pangkal rahim di peringkat awal. …

Read More »

Hamil berpanjangan melebihi 40 minggu

“Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja  wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah mencapai tarikh …

Read More »

Herba Cina berkesan untuk pesakit Rheumatoid Arthritis

Satu ekstrak tumbuhan yang biasa digunakan dalam perubatan tradisional Cina didapati berkesan untuk rawatan jangka pendek penyakit Rheumatoid Arthritis. Sebelum ini doctor akan memberikan ubat seperti methotrexate sebagai salah satu ubat untuk merawat Rheumatoid Arthritis. Dalam kajian yang dilakukan mendapati bahawa kombinasi ekstrak tumbuhan dan Methotrexate dapat memberikan kesan yang optima. Ini bermakna kesan sampingan methotrexate dapat dikurangkan. Kajian yang dilakukan selama 6 bulan, mendapati bahawa sebanyak 46.4% daripada pesakit yang menerima rawatan ubat methotrexate telah mendapat manfaat kelegaan dari rasa sakit, seperti mana yang dikategorikan oleh American College of Rheumatology. Sementara 55.1% pesakit yang menerima ekstrak tumbuhan Tripterygium wilfordii …

Read More »

Batu karang dan darah dalam air kencing

“ASSALAMUALAIKUM, Saya mengalami penyakit batu karang sejak empat tahun lalu. Saya sudah menjalani pembedahan membuang batu dari buah pinggang tahun lepas. Tetapi penyakit itu kembali dan saya selalu mengalami kesakitan hingga ke hari ini.Kadang-kala keluar darah semasa saya buang air kecil. Adakah keadaan ini berbahaya, doctor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Batu karang kerap berlaku di kalangan lelaki berumur antara 20 hingga 40 tahun. Namun, ada juga wanita yang mengalami masalah batu karang.   Sakit yang dialami biasanya teruk dan tidak hairan jika lelaki dewasa boleh menangis bila sakit batu karang menyerang.   Batu karang merupakan butir-butir …

Read More »

Rasa sakit payudara selepas dan sesudah menyusukan bayi

  “Salam. Urat breast belah kanan saya merasa sakit selepas breastfeed anak saya berumur 26hari. Rasa sakit seperti renjatan elektrik pada urat breast kanan. Sakit sangat bila sakit itu datang.  Normal atau tidak? Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Merasa sakit pada payudara ketika dan selepas menyusukan bayi adalah perkara yang normal. Ini kerana puting dan areola (kawasan hitam di sekeliling puting) ditarik ke dalam mulut bayi.   Selalunya selepas satu minit rasa sakit itu menjadi reda.   Jika rasa sakit berterusan ketika menyusukan bayi, saya mencadangkan puan menukar kedudukan kepala bayi puan.   Jika puan merasa sakit …

Read More »

Bengkakan lemak pada kulit

  “Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan …

Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …

Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”.   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk …

Read More »

Punca payudara sakit

  Terdapat beberapa punca tidak berbahaya yang menyebabkan sakit payudara, yang berkaitan dengan perubahan hormon. Ini boleh termasuk: 1. Awal waktu baligh pada kanak-kanak perempuan 2. Kedatangan haid dan sindrom prahaid (PMS) 3. Kehamilan – terutama di awal kehamilan Jika sakit payudara berlaku selepas beberapa melahirkan anak, ia mungkin disebabkan oleh Mastitis, iaitu jangkitan kuman pada saluran kelenjar susu. EKF sangat baik untuk wanita yang kerap mengalami rasa sakit pada payudara. https://www.facebook.com/EkstrakKacipFatimah   Wallahu a’lam.   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang tidak menentu, dan bagi wanita yang baru melahirkan anak, saya mencadangkan suplemen, selain dari vitamin C …

Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …

Read More »

Batuk ketika hamil

“Salam 1Malaysia doctor, saya ingin bertanya, saya mengalami batuk yang lama, lebih kurang sebulan. Minggu lalu batuk saya telah reda dan kemudian ia berulang, terutama pada waktu malam. Sekarang ini saya hamil 35 minggu, dan telah melakukan pemeriksaan kahak dan doctor mengesahkan kahak saya tiada kuman. Tiga minggu yang lalu, doctor telah memberikan saya ubat batuk dan antibiotik. Saya bercadang ini menggunakan gula-gula untuk merawat batuk saya tetapi mengandungi AMBROXOL HYDROCHLORIDE. Mohon penjelasan dan nasihat. Terima kasih.” Wa alaikum mus salam. Bagi ibu yang hamil yang mengalami batuk, saya selalu mencadangkan agar minum air secukupnya, lebih baik dari mengambil mana-mana …

Read More »

Rawatan Kanser Payudara Peringkat Satu

    “Saya ingin tanya doktor, kanser payu dara tahap pertama apa ubatnya, perlu ke membuat pemebedahan buang kanser payu dara”   Assalamua alikum.   Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Dan menyebabkan kematian.   Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar susu atau saluran kelenjar susu.   Sementara ketumbuhan yang tidak berbahaya dinamakan tumor,  terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal yang …

Read More »

Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing

“As salamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya satu soalan. Kebelakangan ini saya merasa kebas, bermula dari bahagian tapak kaki dan semakin lama naik sehingga ke bahagian bawah pinggang. saya tidak merasa sakit. Tetapi apabila saya pakai seluar, saya boleh merasa kebas apabila seluar yang saya pakai bergesel dengan bulu kaki saya khususnya. Saya juga kebelakangan ini merasa agak sukar untuk membuang air kecil. untuk pengetahuan dr, saya masih belum ke klinik untuk membuat sebarang pemeriksaan. saya mengesyaki antara sebabnya adalah motorsikal saya yang tempat duduknya sangat keras. adakah perkara ini biasa ataupun apa nasihat dr untuk saya. terima kasih”   …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Sakit tulang dada di kalangan wanita muda

“Assalamu alaikum. Maaf jika saya mengganggu doctor. Saya berusia 19 tahun, masih gadis. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada disebelah tengah dada, lebih tepat lagi di tulang dada. Bila saya Tarik nafas, saya berasa sakit sehingga sukar bernafas. Ia dating sesakli sehingga mengganggu pelajaran saya. Saya sangat bimbang. Apabila saya ke klinik, doctor hanya memberitahu bahawa saya hanya mengalami sakit tulang dada. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan oleh beliau ? Terima kasih”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan kerisauan saudari. Namun tidak perlu dirisaukan. Jika betul apa yang didiagnosakan oleh doctor itu, saya percaya yang dimaksudkan ialah …

Read More »
error: Content is protected !!