Advertorial
Home » Tag Archives: sakit dada

Tag Archives: sakit dada

Kerja kuat sepanjang minggu berbahaya pada jantung

BEKERJA KUAT SEPANJANG MINGGU BERBAHAYA PADA JANTUNG   Bekerja kuat sepanjang minggu boleh memberikan kesan buruk kepada jantung, menurut satu kajian yang dilakukan terhadap masyarakat Korea telah diterbitkan dalam ‘American Journal of Industrial Medicine’.   Kajian ini dilakukan ke atas masyarakat Korea seramai 8,350 orang sepanjang tahun 2007-2009.   Keputusan kajian ini menunjukkan orang yang bekerja melebihi 40 jam seminggu, mempunyai risiko lebih tinggi risiko untuk mendapat serangan sakit jantung setelah 10 tahun bekerja.   Rujukan: Mo-Yeol Kang, Soo-Hun Cho, Min-Sang Yoo, Taeshik Kim, Yun-Chul Hong. “Long working hours may increase risk of coronary heart disease” Article first published online: 27 AUG 2014 DOI: 10.1002/ajim.22367   Read More »

Rasa jantung berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit.   Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang dari 60 seminit dinamakan ‘bradycardia’.   Antara punca yang tidak berbahaya ialah masalah dehidrasi (kurang minum air) menyebabkan elektrolit dalam darah yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan ... Read More »

Membantu pesakit dalam penerbangan

  Saya sering menaiki kapalterbang. Kadangkala terfikir juga, perlukah saya memberikan reaksi dan pertolongan jika berlaku sebarang kecemasan dalam perubatan.   Pengalaman saya dalam perjalanan di sebuah bas, ketika menghadiri Perhimpunan Peladang di Segamat beberapa minggu lepas, amat menyedarkan saya hal ini.   Seorang rakan di sebelah saya kebetulan mengalami sawan sehingga mukanya menjadi biru. Alhamdulillah saya membantunya menggunakan kemahiran pertolongan cemas yang saya ada.   Dalam masa 15 minit, beliau telah sedar semula. Sejam kemudian, ketika bas berhenti, beliau telah turun dan menikmati minuman panas di sebuah R&R.   Bagaimana pula jika ia berlaku dalam sebuah penerbangan?   Secara purata dalam dunia penerbangan kormesial, kecemasan yang melibatkan perubatan berlaku di atas kapalterbang, berlaku kira-kira 15 kali sehari.   Apabila berlaku kecemasan dalam penerbangan, kebanyakan doctor agak keberatan untuk membantu ... Read More »

Hemodialisis noktural lebih baik dari hemodialisis biasa

    “Salam doctor, saya mendapat tahu rawatan dialysis waktu malam yang dilakukan di sesetengah hospital swasta lebih berkesan dari hemodialisis biasa. Adakah ia sesuai untuk suami saya seorang pesakit ginjal yang sedang menjalani dialysis dan mempunyai tekanan darah dan kolestrole yang tinggi. Beliau sering pengsan dan keletihan selepas rawatan hemodialisis. Mohon pencerahan, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Alhamdulillah, sekarang pesakit ginjal ini masih ada harapan untuk meneruskan kehidupan kerana boleh menjalani rawatan haemodialisis, peritoneal dialisis atau pemindahan ginjal.   Majoriti pesakit memilih untuk menjalani haemodialisis kerana kos rawatannya yang tidak terlalu tinggi berbanding dengan pemindahan ginjal.   Tetapi pesakit juga mengalami penyakit jantung, rawatan hemodialisis yang biasa boleh menyebabkan sakit dada, tekanan darah rendah atau serangan jantung. Pesakit juga selalunya keletihan apabila selesai menjalani rawatan itu.   ... Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang diberikan oleh doktor berkenaan, kerana saya tidak mengetahui hal keadaan sebenar ketika itu.   Saya sendiri lebih berhati-hati apabila memeriksa pesakit lelaki yang berumur sekitar 40an yang mempunyai risiko untuk ... Read More »

Sakit Dada dan Susah Nafas

  “As salammu alaikum doktor. Saya selalu mengalami  sakit dada, sehingga sampai susah hendak nafas. Rasanya mencucuk-cucuk di tengah dada. Adakah ia petanda sakit jantung? Mohon pencerahan. Semoga ALLAH memberikan rahmat untuk doktor sekeluarga”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Sakit dada, tidak bermakna sakit jantung. Walau bagaimana pun,  tidak dinafikan bahawa serangan sakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia . Malah ramai lelaki berumur 30-40 an yang diserang sakit jantung.   Orang yang diserang sakit jantung selalunya mengalami rasa sakit pada bahagian kiri atau tengah dada. Malah ada yang menyangka ia adalah sakit gastrik kerana sakitnya berada di ‘hulu hati’.   Rasa sakit akibat serangan jantung selalu digambarkan seperti rasa sakit dada seperti ditindih dengan benda berat sehingga rasa sukar bernafas, berdebar-debar ... Read More »

Serangan Sakit Jantung boleh berlaku pada Wanita Muda

    Dua tahun lepas seorang wanita berusia 40an berjumpa saya kerana mengalami sakit dada. Wanita ini mempunyai sejarah keluarga di mana bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung.   Abangnya juga mengalami masalah yang sama, dan telah menjalani pembedahan pintasan saluran darah di jantung awal tahun lepas.   Sebelum ini doctor memberitahunya dia mungkin mengalami gastrik. Namun pemeriksaan OGDS telah dilakukan dan tiada luka pada permukaan dalam perutnya.   “Doktor, mungkinkah saya mengalami sakit jantung?”   Saya diam dan kemudian menjawab, “mungkin”. Saya tidak mahu merisaukan beliau tetapi harus berterus terang agar beliau lebih berjaga-jaga.   “Bolehkah usia macam saya ada penyakit itu? Lagi pun ada doktor beritahu bahawa jarang wanita mengalami serangan sakit jantung”   Ternyata jawaban saya telah merisaukan beliau.   “Puan, saya beritahu puan bahawa puan mungkin ... Read More »

Tekanan darah rendah semasa hamil

    “Assalamualaikum doktor, saya hendak bertanya, bagaimana hendak mengatasi tekanan darah yang rendah semasa hamil. Baru-baru ini saya hamil, dan di akhir kehamilan, doctor memberitahu saya bahawa saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Pada  masa itu saya kerap mengalami masalah pitam. Saya risau jika keadaan berulang pada kehamilan akan datang. Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Sebenarnya jarang sekali berlakukanya tekanan darah rendah pada wanita yang hamil. Namun begitu ia masih boleh berlaku kerana hormone yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang, secara tidak langsung  menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi rendah.   Tekanan darah akan mulai menurun apabila seorang wanita mula hamil, dan mencapai tahap paling rendah pada pertengahan trimester kedua, iaitu sekitar minggu ke 20an.   Pada masa ini, ... Read More »

Mengesan punca paru-paru berair

    “As salamu alaikum, doctor. Baru-baru ini adik saya mengadu sukar bernafas dan mudah penat. Beliau merasa seolah-olah “tidak cukup oksigen” apabila berjalan dan menaiki tangga. Sesekali beliau mengalami batuk terutama apabila beliau baring di atas katil. Jadi sekarang beliau terpaksa tidur secara duduk di kerusi. Rakan-rakan saya memberitahu bahawa adik saya mengalami paru-paru berair. Betulkah doctor?”   Wa alaikum mus salam.   Paru-paru berair merujuk kepada semua jenis keadaan di mana air berkumpul dalam paru-paru, sama ada pada tisu paru-paru atau pun lapisan antara paru-paru dengan lapisan dalam dinding dada.   Ini menyebabkan tisu paru-paru (parenchyma atau alveolar) atau rongga plueral dipenuhi dengan cecair.   Paru-paru berair berpunca dari pelbagai keadaan, termasuk jangkitan oleh bakteria, virus, fungi, atau parasit, dan kimia atau kecederaan fizikal kepada paru-paru. Kanser paru-paru ... Read More »

Suntikan Pethidine untuk sakit kronik

    “Salam Dr, saya sekarang mengidap cellulitis, dalam masa yg sama saya memang mengambil pethedine IV 150mg, sekali atau dua kali sehari. Sekarang saya mengalami sakit badan, sakit sendi dan sakit kepala.  Walaupun telah diberi suntikan itu, saya masih merasa sakit. Mohon pandangan”   Wa alaikum mus salam.   Pethidine adalah suatu ubat penahan sakit yang kuat, selalunya diberikan kepada pesakit-pesakit yang tertentu saja, terutamanya pesakit kanser dan pesakit yang baru saja menjalani pembedahan.   Ia bukanlah ubat yang terbaik untuk pesakit yang mengalami sakit kepada atau sendi kerana tidak mengurangkan rasa sakit.   Selain itu kesan ubat ini selalunya akan berkurangan di mana pesakit memerlukan dos yang semakin tinggi, selain boleh menyebabkan masalah ketagihan.   Kesan sampingan yang lain ialah: 1. masalah penghadaman seperti rasa loya, muntah, sembelit ... Read More »

Wanita juga boleh diserang penyakit jantung

    Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka.   Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung.   Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja.   Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka sering mengalami serangan sakit jantung.   Simptom sakit jantung di kalangan wanita mungkin berbeza sedikit dengan lelaki. Antaranya ialah sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, dan sakit pada lengan kiri atau belakang.   Ramai wanita yang mengadu sakit di bawah dada atau rasa tidak selesa di hulu hati atau ketat pada bahagian dada, didiagnosa sebagai penyakit ... Read More »

Kesan menggunakan Pil Pelangsing

  “Assalamualaikum, saya sgt berharap sekiranya doktor dapat memberi gambaran apa yg harus lakukan berikutan masalah saya ini. Saya ibu kepada 3 org anak, berusia 35 tahun. Saya melahirkan anak saya yg ke 3 pada bulan 6 tahun 2012 dan semenjak itu mengalami masalah utk menurunkan berat badan.   Saya mencuba pelbagai jenis diet dan ubat di pasaran tetapi tidak berjaya sehinggalah akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil ubat pelangsing jenama XXXXX ini.   Selepas hari kedua saya mengambilnya saya mula merasakan sakit kepala di bahagian belakang berhampiran dengan telinga (kiri dan kanan) hinggalah ke bahagian tengkuk dan tulang belakang. Sakit itu tidak berkurang walau pun saya mengambil ubat penahan sakit malahan sakitnya tetap di situ (terasa seperti tangan sedang mencengkam kepala dan tidak melepaskanya).   Bila saya urut bahagian ... Read More »

Debaran mengganggu perasaan

    “Salam. Doktor,terima kasih di atas info ini. Saya juga mengalami migraine sejak 6 tahun yang lalu. Setiap kali sakit, saya rasa nak muntah,mata rasa nak terpejam setiap masa, tak boleh tengok cahaya,bosan dengan kebisingan, rasa nak marah orang…Bagi meredakannya, doktor telah bagi ubat CAFFOX. Jika saya makan ubat panadol semua tak berkesan. Hanya sebiji CAFFOX, saya perlu tidur dalam keadaan yang gelap sejenak…dan migraine saya terus hilang. Fikiran saya tenang dan tak ada apa yang perlu difikir. Kebiasaannya saya mengalami migraine kerana terlalu berfikir sesuatu masalah, kepala saya akan sakit. Sejak akhir-akhir ini, jika saya sakit kepala dan saya makan CAFFOX…sakit kepala tu hilang….tetapi saya sukar untuk tidur. Jantung saya berdebar laju…dan kadang-kadang rasa kebas pada tangan. Saya telahpun membuat pemeriksaan jantung ECG..jantung saya berdebar kencang 100 lebih…entahlah ... Read More »

Kematian Adalah Qada, Tapi Serangan Sakit Jantung Boleh Dielak

Kematian Adalah Qada, Tapi Serangan Sakit Jantung Boleh Dielak

Suatu petang semasa saya bekerja di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru, saya ke Jabatan Kecemasan dan Trauma (ETD) untuk mengunjungi rakan sekerja, Dr Zainal yang sama-sama selesai menjalani On Call. Saya memang seronok ke sana, di samping mengajak rakan saya ”mengeteh” (istilah orang Johor untuk menggambarkan suasana santai minum teh atau kopi di samping berbual-bual dengan sahabat), ETD merupakan jabatan yang amat sibuk. Di situlah pelbagai insiden kecemasan dan kelam-kabut seperti cerita drama ER di televisyen. Tetapi di ETD adalah ’real life story’.  Tidak seperti bekerja di wad pembedahan yang kebanyakan masa tenang, hanya sesekali pesakit collapse (tidak sedarkan diri) selepas pembedahan. Di saat saya menunggu beliau, saya melihat seorang wanita 40an sedang menangis dipeluk oleh seorang anak perempuannya. Wanita itu menangis dengan teresak-esak tetapi anak perempuannya kelihatan kebingungan. Mereka ... Read More »

Bilakah sakit dada merbahaya?

Apabila anda berada sakit dada, terutama yang berumur 35 tahun ke atas, mempunyai sejarah penyakit kencing manis, darah tinggi, kandungan kolestrol dalam darah yang ringgi (hypercholestrole) dan obesiti , serangan sakit jantung adalah punca utama. Serangan sakit jantung (myocardial infarction) adalah keadaan yang sangat serius.  Clot (gumpalan) di saluran arteri jantung menyebabkan bekalan darah ke jantung menjadi berkurang atau terhenti sama sekali. Semakin lama keadaan ini dibiarkan semakin teruklah kerosakan pada otot jantung. Bila ianya merbahaya ? Jika selama ini anda selalu rasa kurang selesa di bahagian dada tetapi berasa reda/lega apabila anda rehat. Ianya akan menjadi tanda serangan sakit jantung yang serius jika sakit dada menjadi lebih kuat sakit dada tidak berkurang dengan berehat sakit dada berlaku bila anda dalam keadaan rehat dan bukan dalam aktiviti atau emosi yang stress. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!