Advertorial
Home » Tag Archives: rokok

Tag Archives: rokok

Susu Ibu Cepat Kering

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak dua bulan. Masalah saya ialah anak saya kerap menyusu, sehingga kering air susu saya. Bagaimana saya menambah semua susu saya. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Saya kerap menerima aduan yang mengatakan bahawa dari wanita yang sedang menyusukan bayi mereka dan mengatakan susu semakin kering.   Kekeringan susu ibu bukanlah suatu yang normal dan ia tidak juga berlaku secara semula jadi. Ia selalu berlaku pada awal tempuh pantang setelah melahirkan anak. Ia hanya bersifat sementara. Susu ibu selalunya akan bertamah jika dia tidak segera menghentikan penyusuan ibu.   Saya menasihatkan puan agar meneruskan penyusuan dan memberikannya dengan lebih kerap. Susu puan akan berkurangan apabila puan kurang menyusukan bayi atau mengurangkan masa penyusuan dan puan berada kedudukan yang tidak betul ketika ... Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang diberikan oleh doktor berkenaan, kerana saya tidak mengetahui hal keadaan sebenar ketika itu.   Saya sendiri lebih berhati-hati apabila memeriksa pesakit lelaki yang berumur sekitar 40an yang mempunyai risiko untuk ... Read More »

Batuk dan selesema ketika hamil

    “Assalamualaikum doktor. Saya hamil 16 minggu. Saya mengalami selsema. Kepala saya asyik berdenyut-denyut dan saya mengalami batuk berpanjangan. Saya mohon penerangan doctor . Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahem, tetapi   puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk dan selesema.   Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan puan anda menjadi rendah dan demam selesema akan menjadi lebih teruk.   Selesema adalah antara tanda puan diserang penyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah: 1. sakit tekak 2. batuk 3. hidung tersumbat 4. sakit kepala 5. demam     Bagi wanita yang hamil, saya tidak menggalakkan penggunaan ubat-ubatan kecuali jika ianya perlu dan boleh mengancam nyawa ibu atau ... Read More »

Bayi mati secara tiba-tiba dalam tidur

    “As salamu alaikum doctor, baru-baru ini seorang rakan saya mendapat panggilan dari taska, dan diberitahu bahawa anaknya lemas dan terus bawa ke hospital. Doktor di hospital mengesahkan bayi beliau telah meninggal semasa dalam tidur. Saya terkejut kerana anak rakan saya hanya berumur 3 bulan dan baru dua hari dihantar ke taska. Persoalan saya, bolehkah bayi rakan saya meninggal dunia tanpa sebab?. Terima kasih atas perkongsian doctor”     Wa alaikum mus salam.   Saya tidak dapat memberikan komen dalam peristiwa ini kerana saya tidak memeriksaan keadaan anak rakan puan, lebih-lebih lagi dalam kes ini adalah kes kematian yang melibat pendakwaan (medicolegal) dan mungkin juga melibat polis dan mahkamah.   Secara umumnya, ada kes kematian bayi secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, dan dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome yang ... Read More »

Membaca al Quran untuk merawat Gastrik

    “Assalamu alaikum doctor. Saya menghadapi masalah gastrik yang kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 5 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah doctor memberikan pandangan?”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang tuan hadapi. Apabila umur kita semakin meningkat, seluruh anggota dan organ badan kita tidak seperti dulu.   Antara masalah yang dihadapi oleh orang yang memasuki umur 50an ialah masalah penghadaman atau sering disebut gastrik.   Jadi jangan memandang remeh penyakit gastrik yang berlaku walaupun di peringkat permulaan. Ini kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh menghidapi penyakit gastrik kronik dan menyebabkan berlaku pendarahan dalam perut.   Sentisa berusaha dengan menjaga pemakanan. Jangan ... Read More »

Perlukah saya berjumpa doctor apabila anak selesema?

      “Salam Dr, Anak saya telah mengalami selsema dan susah bernafas selama sebulan. Alhamdullilah selsema sudah beransur pulih, tetapi pernafasan semasa tidur dia  sangat susah sehingga beliau terpaksa bernafas melaui mulut. Saya telah bawa ke pakar kanak-kanak. tetapi hanya ubat selsema, nose spray dan ubat kahak diberi. Tetapi keadaan beliau masih sama. Untuk pengetahuan doctor beliau adalah kanak-kanak yang aktif. Ada ke cara lain saya dapat pulihkan pernafasan anak saya? perlu ke di rujuk ke ENT?”   Wa alaikum mus salam.   Selsema sering terjadi pada kanak-kanak dan bayi. Ia menyebabkan mereka merengek da nada kalanya tidak boleh tidur dan terus menangis. Bayi menjadi tidak selesa.   Selsema biasa berlaku pada kanak-kanak dan bayi yang berumur dua tahun ke bawah. Namun begitu selalunya selesema tidak serius. Ia boleh ... Read More »

Hukum Menghisap Shisha adalah Haram

Oleh : Mufti Brunei   Dengan nama Allah, Segala puji bagi Allah, Selawat dan salam ke atas Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam, keluarga, sahabat dan para pengikut Baginda.   Penggunaan shisha semakin diminati oleh sebahagian masyarakat kita. Menurut satu catatan sejarah, alat shisha ini telah dicipta di India oleh seorang doktor sebagai satu cara atau alternatif yang dapat mengurangkan bahaya menghisap tembakau. Menurut doktor tersebut, asap tembakau yang disedut itu perlu ditapis terlebih dahulu melalui satu bekas air agar ia tidak mendatangkan bahaya kepada penggunanya. Maka ramailah orang percaya bahawa ia selamat digunakan berbanding dengan menghisap rokok.   Kepercayaan lama ini masih tersebar dan mempengaruhi orang yang baru mengenal atau menggunakannya hinggalah ke hari ini. Namun sejauh manakah kebenaran kepercayaan ini? Adakah kemudharatan menggunakan shisha lebih ringan daripada kemudharatan menghisap tembakau ... Read More »

Merokok Jejas Kualiti Sperma

  SAYA dan isteri berusia 27 tahun dan kami berkahwin hampir dua tahun. Sehingga kini isteri belum hamil. Hasil pemeriksaan menunjukkan saya menghadapi masalah kurang sperma dan tiada sperma aktif. Jumlah sperma yang diukur cuma 13 juta/ml, malah tiada jumlah sperma aktif dan 25 peratus sperma bergerak perlahan. Bolehkah masalah saya diubati kerana kami mahu cahaya mata dan latar belakang keluarga tiada masalah.   Saya pernah kemalangan pada 2007 yang mengakibatkan tulang belakang terakhir di bahagian punggung mengalami keretakan. Saya juga kuat merokok sekitar 20 batang sehari. Kerja seharian saya banyak dihabiskan di dalam kereta dan pejabat dan saya juga selalu tidur sekitar jam 12 tengah malam kerana melakukan kerja pejabat di rumah. Disebabkan kekangan kerja, saya juga jarang bersenam. Hampir dua atau tiga bulan sekali baru saya bersenam. Hubungan ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!