Advertorial
Home » Tag Archives: rheumatoid arthritis

Tag Archives: rheumatoid arthritis

Masalah jari yang tidak boleh diluruskan semula

      “Asalamualaikum doktor. Saya mohon penjelasan mengenai masalah jari saya. Sebelum ini jari tangan kanan suami bermasalah. Bila dibengkokkan ia tidak  boleh ditegakkan semula. Kena tarik baru boleh. Selepas diberi suntikan steroid oleh doctor, baru jari tersebut telah pulih. Apa masalahnya, doctor?”   Wa alaikum mus salam. Suami puan mungkin mengalami masalah yang melibatkan tendon dan sendi jari beliau yang dinamakan “Trigger Finger”.   Secara mudahnya, ´trigger finger´ berlaku apabila jari tersangkut semasa dibengkokkan dan apabila diluruskan ia berbunyi.   Jika terlalu teruk, jari tersebut mungkin tidak dapat diluruskan dan perlu dihantar ke hospital.   Ia berpunca dari masalah pada tendon di jari kita, selalunya  akibat perkejaan yang memerlukan pergerakan menggenggam yang berulang oleh jari yang terlibat.   Ia sering berlaku pada wanita berumur 40an ke atas terutama ... Read More »

Rasa letih, demam yang berpanjangan dan bengkak kelenjar bukanlah tanda orang yang sihat

  “As salam mua alaikum, doktor.  Bapa saya telah mengalami demam lebih dari seminggu. Beliau telah pergi ke beberapa klinik, namun masih tidak sembuh. Keadaannya bertambah lemah dan tidak selera utuk makan. Boleh berikan pendapat? Terima kasih”   Wa alaikum mus salam. Saya berdoa agar ALLAH memberikan kesembuhan kepada bapa puan. Rasa demam yang tidak tinggi dan berpanjangan, rasa mudah penat dan letih, tiada selera untuk makan dan kehilangan berat badan secara mendadak, mungkin menunjukkan penyakit yang lebih serius.   Antaranya ialah penyakit lymphoma.   Lymphoma adalah sejenis kanser darah apabila sel darah putih lymphocytes menggandakan bilanganya sehingga terlalu banyak dan tidak matang.   Selain dari merasakan tanda-tanda tadi, pesakit lymphoma juga mengalami bengkak pada kelenjar nodus limfa di leher, ketiak, dan celah kelengkang.   Kelenjar nodus limfa ini membengkak ... Read More »

ALLAH menguji dengan sakit sendi, maka jangan berputus asa.

    “Salam. Saya berusia 35 tahun dari Melaka, wanita yang belum berkahwin. Saya disahkan  menghidap penyakit artritis lebih sepuluh tahun semenjak saya berada di universiti. Semua sendi jari saya mengeras dan membengkak dan rasa sakit. Buat masa ini, pihak hospital membekalkan saya ubat tahan sakit dan vitamin. Mohon pendapat doctor.”   Wa alaikumsalam.   Saya mengucapkan tahniah kerana saudari telah bersabar dengan ujian yang ALLAH berikan. Saya percaya banyak ganjaran yang menanti saudari.   Firman ALLAH SWT dalam Surah Al-Baqarah:153 “Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan salat.  Sungguh Allah beserta orang-orang yang sabar.”   Saya percaya dan yakin, hanya ALLAH SWT yang dapat menyembuhkan penyakit saudari dan ubat-ubat yang diberi hanya sebagai perantara untuk menyembuhkan saudari.   Berdasarkan cerita dan umur saudari, saya percaya puan mengalami penyakit radang ... Read More »

Bahayakah pembedahan tukar lutut besi?

    “Assalamu alaikum, doctor. Baru-baru ini ibu saya yang berumur 63 tahun yang telah mengalami sakit lutut yang lama (lebih 10 tahun) telah dinasihatkan oleh doctor untuk melakukan pembedahan lutut bagi menggantikan sendi lutut beliau rosak dan tidaak boleh dibengkokkan lagi. Saya sangat risau dan memohon pandangan doctor. Adakah pembedahan ini sesuai  untuk ibu saya?”   Wa alaikum mus salam.   Saya mengucapkan simpati atas ujian yang menimpa ibu saudara. Ini adalah satu ujian berat bagi beliau dan ganjaran bagi mereka yang telah berjaya diuji.   Sendi-sendi manusia di selaputi oleh tulang rawan pada permukaannya. Sendi juga diselaputi oleh selaput synovium dan mempunyai cecair synovium yang memudahkan pergerakan sendi.   Sendi boleh menjadi rosak disebabkan oleh penyakit seperti osteoarthritis, rheumatoid arthritis , avascular necrosis atau kecacatan dari lahir.   ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!