Advertorial
Home » Tag Archives: rendah

Tag Archives: rendah

Tekanan darah tinggi ketika hamil

TEKANAN DARAH TINGGI KETIKA HAMIL   “Salam doctor. Saya berumur 25 tahun dan hamil 24 minggu. Baru-baru saya menjalani pemeriksaan di Pusat Kesihatan Ibu dan Anak. Saya disyaki mempunyai darah tinggi. Bacaan tekanan darah saya ialah 150/90. Saya tidak pernah mnghidap penyakit ini sebelumnya. Cuma ibu dan bapa saya memang kedua-duanya pesakit darah tinggi dalam rawatan. Saya ingin bertanya, apakah punca penyakit darah tinggi dialami oleh wanita hamil? Mohon nasihat doctor. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Seorang wanita didiagnosakan sebagai mempunyai penyakit darah tinggi ketika hamil (Pregnancy Induced Hypertension) apabila bacaan tekanan darahnya melebihi 140/90 atau bacaan diastoliknya saja yang melebihi 90 mmHg.   Bacaan ini harus diambil sebanyak sekurang-kurangnya dua kali, sebagai pengesahan dan diambil dalam jarak 6 jam.   Terdapat tiga jenis penyakit darah tinggi ... Read More »

Tekanan darah rendah ketika hamil

TEKANAN DARAH RENDAH KETIKA HAMIL   Salam doktor, saya seorang ibu muda berusia 19 tahun. Saya mempunyai persoalan yang memerlukan kepastian. Saya kini sedang hamil dan semenjak hamil, tekanan darah saya semakin turun. Tekanan darah normal saya adalah 110/70 dan 110/60, tetapi telah mencecah kepada 90/53 dan kini 90/40. Adakah keadaan ini membahaya atau petanda yang tidak baik? Malahan, berat saya juga menurun sebanyak 3.7 kg. dalam masa tujuh minggu. Saya pernah pitam dan menjadi seram sejuk dengan tiba-tiba. Saya juga selalu hampir pitam apabila ingin berdiri ketika sedang duduk atau baring. Keadaan ini kerap berlaku. Mohon keterangan lanjut daripada yang pakar. Segala maklum balas, saya dahului dengan ucapan setinggi terima kasih. Selamat berpuasa.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Tekanan darah adalah suatu pengukuran tekanan yang terdapat dalam saluran ... Read More »

Salah faham mengenai “darah kotor”

    Dalam  perubatan moden, tiada yang diistilahkan sebagai darah kotor. Darah kotor adalah istilah longgar yang sering digunakan bagi menggambarkan beberapa penyakit. Ia sebenarnya salah faham pada konsep hematology (ilmu tentang darah).   Antara salah faham yang mengatakan seseorang itu mempunyai darah kotor apabila:   1. Keadaan kulit bagi pesakit yang ekzema, dermatitis, kulit kering, kulit mengelupas, ruam merah, kulit gatal yang sama ada berulang atau bergerak ke tempat yang lain.   Ramai yang berpendapat bahawa apabila banyak toksin dalam darah dan ginjal tidak dapat membuang toksin itu melalui air kencing, maka toksin ini akan keluar melalui kulit dan menyebabkan penyakit kulit.   Hal ini benar bagi pesakit ginjal yang menjalani hemodialysis. Selalunya toksin yang dikeluarkan dari permukaan kulit akan hilang apabila dibersihkan dan tidak menyebabkan penyakit kulit.   ... Read More »

Kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah

  “Salam dokter, normal atau tidak sekiranya berlaku simptom kegatalan pada kulit selepas transfusi darah. Selepas bersalin tahun lepas sehinga sekarang saya masih mengalami kegatalan tersebut. Terima kasih dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Memang boleh berlaku tindakbalas negatif yang berupa alahan dan kegatalan kulit selepas menerima pemindahan darah.   Walaupun puan telah diberi darah yang sama dan sepadan dengan jenis darah puan, ia masih boleh memberikan reaksi alahan dan kegatalan kulit.   Selalunya ia boleh dirawat dengan ubat antihistamine dan jarang memberikan masalah yang serius.   Walau bagaimana pun reaksi alahan dan kegatalan kulit ini boleh berlaku dengan lebih serius jika ia menyebabkan kesukaran bernafas, tekanan darah rendah, denyutan jantung yang cepat dan rasa loya.   Saya mencadangkan puan berjumpa dengan doctor semula bagi mendapatkan rawatan yang lengkap. Read More »

Mahu hamil tetapi saluran fallopian tersumbat

  “Akum Dr..sy nk minta pendapat dr.Sya dh 5thun kwin tp xde rezeki lg..thun lps sya opret buang cyst…tp kputusan tiub folopio sy tersumbt..ade x cara ln utk sya mengandung??”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya mencadangkan suami puan membuat pemeriksaan air mani dulu. Jika normal, maka boleh lakukan teknik IVF.   Boleh bincang dengan doktor yang merawat puan.   Jika kualiti sperma suami rendah, boleh gunakan suplemen Proxeed Plus untuk meningkatkan kualiti sperma suami.   Jika tidak, walaupun telah melakukan teknik IVF, keguguran boleh berlaku.   Untuk info Proxeed Plus di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia   wallahu a’lam. Read More »

Sperma yang berkualiti rendah

  “Assalamu alaikum, doktor, baru-baru ini saya menjalani pemeriksaan air mani. Doktor mengatakan sperma saya rendah kualitinya sehingga menyebabkan isteri saya sukar dihamilkan. saya sangat sedih dan terkejut. Apa yang dimaksudkan sebagai sperma yang berkualiti rendah?”   WA ALAIKUM MUS SALAM Sperma dibentuk di dalam organ testis, iaitu telur zakar. Pembentukan sperma bermula apabila seorang remaja mencapai akhil baligh sehingga usia tua.   Pada lelaki yang sihat, sperma dihasilkan  sebanyak 300 juta sehari, dan mampu bertahan hidup selama 48 jam setelah ditempatkan di dalam vagina.   Secara amnya, isipadu  air mani seorang lelaki apabila berlakunya  ejakulasi adalah 2.5 sampai 6 ml, dan  jumlah sperma yang dipancutkan  adalah 40-100 juta per ml.   Sperma  matang masak mempunyai stuktur  :   1.  Kepala,  yang  mengandung pati  nukleus yang penuh  dengan kromosom dan ... Read More »

Darah Tinggi Semasa Hamil

    “Salam sejahtera doktor saya ingin bertanya jika menghidap tekanan darah tinggi apakah risikonya pada bayi dan juga ibunya. Terima kasih doktor”.   Salam sejahtera. Saya bersimpati dengan puan, jika puan mengalami masalah ini. Banyaklah berdoa, insya ALLAH akan akan permudahkan kehamilan puan.   Ada wanita yang mengalami penyakit darah tinggi sebelum beliau hamil lagi. Penyakit ini akan menjadi lebih teruk sewaktu hamil dan akan memberikan pemantauan yang lebih yang teliti apabila mereka mula memasuki trimester kedua. Beberapa jenis ubat darah tinggi yang selamat digunakan semasa hamil.   Ada pula wanita yang mengalami tekanan darah tinggi apabila mula hamil yang selalunya berlaku selepas kehamilan berusia 20 minggu. Ia terjadi cuma semasa hamil dan hilang sebaik sahaja wanita melahirkan. Selalunya doctor akan memberikan ubat untuk mengawal tekanan darah mereka.   ... Read More »

Tekanan darah rendah semasa hamil

    “Assalamualaikum doktor, saya hendak bertanya, bagaimana hendak mengatasi tekanan darah yang rendah semasa hamil. Baru-baru ini saya hamil, dan di akhir kehamilan, doctor memberitahu saya bahawa saya mengalami masalah tekanan darah yang rendah. Pada  masa itu saya kerap mengalami masalah pitam. Saya risau jika keadaan berulang pada kehamilan akan datang. Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Sebenarnya jarang sekali berlakukanya tekanan darah rendah pada wanita yang hamil. Namun begitu ia masih boleh berlaku kerana hormone yang dikeluarkan ketika hamil boleh menyebabkan saluran darah menjadi kembang, secara tidak langsung  menyebabkan tekanan darah seorang wanita hamil akan menjadi rendah.   Tekanan darah akan mulai menurun apabila seorang wanita mula hamil, dan mencapai tahap paling rendah pada pertengahan trimester kedua, iaitu sekitar minggu ke 20an.   Pada masa ini, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!