Advertorial
Home » Tag Archives: rehat

Tag Archives: rehat

Susu Ibu Cepat Kering

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya baru melahirkan anak dua bulan. Masalah saya ialah anak saya kerap menyusu, sehingga kering air susu saya. Bagaimana saya menambah semua susu saya. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Saya kerap menerima aduan yang mengatakan bahawa dari wanita yang sedang menyusukan bayi mereka dan mengatakan susu semakin kering.   Kekeringan susu ibu bukanlah suatu yang normal dan ia tidak juga berlaku secara semula jadi. Ia selalu berlaku pada awal tempuh pantang setelah melahirkan anak. Ia hanya bersifat sementara. Susu ibu selalunya akan bertamah jika dia tidak segera menghentikan penyusuan ibu.   Saya menasihatkan puan agar meneruskan penyusuan dan memberikannya dengan lebih kerap. Susu puan akan berkurangan apabila puan kurang menyusukan bayi atau mengurangkan masa penyusuan dan puan berada kedudukan yang tidak betul ketika ... Read More »

Sakit tulang belakang boleh membawa kelumpuhan

  “As salam mua alaikum, Dr Zubaidi, saya nk tanya. Umur saya 26th berat 58kg tinggi 168cm masih bujang masalah Saya sekarang kerap sakit pada tengah pinggang. Saya akui yang saya kurang bersenam. Boleh Dr terangkan masalah yg saya alami ini?”     Wa alaikum mus salam.   Dari penerangan ringkas yang saudara berikan, kemungkinan saudara mengalami masalah yang serius pada tulang belakang.   Biasanya disebabkan oleh masalah slipped interveterbral disc atau juga dikenali sebagai prolapsed interveterbral disc.   Dalam hal ini, tulang rawan lembut yang menjadi pelapik di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang.   Ini menyebabkan seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang, terutamanya pada bahagian tengah tulang belakang. Ia bertambah teruk apabila beliau bergerak, duduk atau berdiri lama atau ... Read More »

Batuk dan selesema ketika hamil

    “Assalamualaikum doktor. Saya hamil 16 minggu. Saya mengalami selsema. Kepala saya asyik berdenyut-denyut dan saya mengalami batuk berpanjangan. Saya mohon penerangan doctor . Terima kasih”   Wa alaikum mus salam.   Apabila seorang wanita sedang hamil, sistem pertahanan badan akan menjadi rendah. Ini bertujuan untuk melindungi bayi dalam rahem, tetapi   puan akan lebih mudah terkena jangkitan kuman yang menyebabkan batuk dan selesema.   Ini bermakna, ketika hamil sistem pertahanan badan puan anda menjadi rendah dan demam selesema akan menjadi lebih teruk.   Selesema adalah antara tanda puan diserang penyakit sinuditis. Antara tanda lain ialah: 1. sakit tekak 2. batuk 3. hidung tersumbat 4. sakit kepala 5. demam     Bagi wanita yang hamil, saya tidak menggalakkan penggunaan ubat-ubatan kecuali jika ianya perlu dan boleh mengancam nyawa ibu atau ... Read More »

Panduan untuk wanita hamil yang berkerja.

    “Salam doktor. Saya seorang pegawai tadbir di sebuah agensi kerajaan. Ini kehamilan pertama saya. Walaupun saya tidak banyak melakukan pergerakan fizikal, ada kalanya saya merasa stress dengan kerja dan kerenah ketua pejabat saya. Ada kalanya saya  duduk di hadapan komputer dalam jangka masa yang lama. Adakah semua ini akan menjejaskan kehamilan saya?”   Wa alaikum mus salam. Ramai wanita yang bekerja ketika hamil tidak begitu menitikberatkan soal kesihatan dan  keselamatan di tempat kerja.   Sebagai contoh, mereka menganggap kerjaya sebagai pegawai tadbir yang bekerja di pejabat, tidak mengganggu kehamilan dan kesihatan diri mereka.   Mereka berpendapat dengan menjalani pemeriksaan antenatal secara berkala di klinik kesihatan telah cukup baik bagi memastikan kesihatan dan keselamatan ibu dan bayi sepanjang tempuh kehamilan.   Mereka bagi lupa bahaya isu kesihatan dan keselamatan ... Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

  “Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.”     Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama.   Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima.   Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  doktor. Namun saya mengucapkan syukur kerana ahli farmasi hari ini sangat prihati dan berhati-hati memberikan sebarang ubatan kepada pembeli, terutama untuk bayi.     ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!