Advertorial
Home » Tag Archives: radang

Tag Archives: radang

Makanan Yang Boleh Menyebabkan Gout

  “Salam doctor. Saya baru-baru ini diserang gout di ibu jari kaki kanan saya. Doktor memberitahu saya ada beberapa makanan yang perlu dielakkan. Mengapakah saya perlu elakkan makanan sebegitu yang menjadi kegemaran saya sejak dulu. Berat saya 110kg dan saya mempunyai penyakit darah tinggi dan kencing manis dalam rawatan. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Terdapat beberapa jenis makanan yang mengandungi protein yang tinggi dan menghasilkan satu bahan yang dinamakan “purine” dan kemudiannya ditukarkan ke sejenis bahan dipanggil “Uric Acid”.       Uric Acid yang tinggi akan menjadi tepu dan akhirnya kristal (seperti pasir-pasir kecil) dalam lendiran sendi dan menyebabkan sendi-sendi tidak dapat dibengkokkan dan ia menyebabkan kesakitan.   Selain itu, pembentukan kristal dalam lendiran sendi akan menyebabkan radang sehingga menyebabkan ia menjadi merah bengkak ... Read More »

Ubat Bagi Penyakit Gout

“Salam doktor. Boleh beritahu saya bagaimana merawat gout kerana saya telah mecuba rawatan alternatif tetapi tidak memberikan kesan yang baik. Saya tidak dapat tidur semalaman kerana ibu jari kaki kanan saya sangat sakit dan doktor memberitahu saya telah mengalami batu buah pinggang. Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Cara yang terbaik di dalam merawat gout adalah menjaga diet kita sehari-harian. Menjaga makanan yang tinggi kandungan purine adalah penting. Selain daripada itu mengurangkan berat badan boleh membantu mengurangkan insiden gout. Selain daripada itu minum air dengan banyak dapat mengurangkan risiko batu karang. Oleh kerana saudara telah mengalami masalah ginjal segala ubat-ubatan harus dipantau oleh doktor kerana dibimbangi akan menyebabkan masalah yang lebih besar pada ginjal saudara. Dari segi ubat-ubatan, ubat tahan sakit seperti ibuprofen atau voltaren (Diclofenac) boleh mengurangkan kadar ... Read More »

Bengkakan lemak pada kulit

  “Assalamu mu alaikum doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini saya perasan yang saya mempunyai dua bengkakan di bawah kulit, satu di peha dan satu di lengan yang berukur Antara 2-4cm. Bila ditekan tidak sakit. Saya agak bimbang kerana ada rakan-rakan yang mengatakan bahawa ia adalah tanda kanser kulit. Saya telah berjumpa doctor tetapi doctor hanya mengatakan bahawa ia adalah lipoma, iaitu ketumbuhan lemak di bawah kulit. Saya agak keliru dan masih bimbang jika ia adalah tanda kanser kulit seperti yang diberitahukan oleh rakan saya. Mohon pencerahan, dokter.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sebenarnya agak sukar bagi saya memberikan komen kerana saya tidak memeriksa puan. Namun saya percaya doctor yang memeriksa puan telah pun memberikan penerangan dan rawatan yang terbaik berdasarkan pemeriksaan yang dilakukannya.   Jadi janganlah bimbang tentang ... Read More »

Sakit tulang dada di kalangan wanita muda

      “Assalamu alaikum. Maaf jika saya mengganggu doctor. Saya berusia 19 tahun, masih gadis. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada disebelah tengah dada, lebih tepat lagi di tulang dada. Bila saya Tarik nafas, saya berasa sakit sehingga sukar bernafas. Ia dating sesakli sehingga mengganggu pelajaran saya. Saya sangat bimbang. Apabila saya ke klinik, doctor hanya memberitahu bahawa saya hanya mengalami sakit tulang dada. Boleh saya tahu apa yang dimaksudkan oleh beliau ? Terima kasih”     Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan kerisauan saudari. Namun tidak perlu dirisaukan. Jika betul apa yang didiagnosakan oleh doctor itu, saya percaya yang dimaksudkan ialah penyakit “Costochondritis” atau juga disebut “Sindrom Tietze”.   Sebenarnya saudari mengalami radang dan bengkak pada satu atau lebih tulang rawan yang bersambung ke tulang rusuk saudari. ... Read More »

Punca saluran fallopian tersumbat

  Dua punca utama berlakunya sumbatan saluran fallopian.   Pertama,  ialah jangkitan kuman samada bakteria, virus, kulat atau trichomonas.   Jangkitan ini lebih sering berlaku pada wanita berbadan besar, pesakit kencing manis, wanita yang memakai alat IUD, wanita yang lepas keguguran atau pesakit yang mengalami daya ketahanan tubuh yang rendah seperti pesakit autoimmune atau kanser.   Tanda-tanda jangkitan pada rahem dan organ reproduktif ialah keluaran keputihan yang berwarna kuning atau hijau dan berbau, serta merasa gatal.   Kuman akan naik kedalam rahim dan terus masuk saluran fallopian dan menyebabkan sumbatan.   Punca kedua ialah penyakit endometriosis, yang disebabkan darah haid yang masuk semula ke dalam rahem dan melalui saluran fallopian pergi ke belakang rahim.   Darah haid yang mengandungi darah tisu endometrium, toksin dan kuman2 menyebabkan reaksi radangan yang teruk ... Read More »

Lendiran bercampur darah selepas hubungan intim

    “Assalamualaikum doktor. Saya berumur berumur 36 tahun. Masalah saya ialah apabila selesai saya bersama suami saya (mengadakan hubungan intim), saya perasan ada lendiran bercampur darah cair. Perlukah saya berjumpa doctor?”   Wa alaikum mus salam.   Pendarahan selepas melakukan hubungan intim dengan suami adalah suatu yang tidak normal.   Cara terbaik ialah dengan melakukan pemeriksaan Pap smear bagi mengetahui masalah sebenar punca pendarahan itu.   Punca-punca pendarahan seperti ini ialah: 1. Kanser pangkal rahem (Cervical cancer) 2. radang pada pangkal rahem (Cervical dysplasia dan Cervicitis) 3. Luka lelasan pada faraj akibat perlakuan seks yang ganas 4. Kurang lendiran syahwat semasa hubungan intim itu akibat kurang ransangan syahwat oleh suami. 5. Kekeringan pada faraj akibat menopause 6. Pendarahan dari rahem akibat kanser rahem 7. Pendarahan akibat pengamalan pil perancang ... Read More »

Kawal kolesterol tanpa ubat

  Penyakit serangan jantung dan strok adalah dua masalah kesihatan serius yang berpunca daripada tahap kolesterol tinggi. Ia berkait rapat dengan faktor keturunan, diet pemakanan dan gaya hidup seseorang.   Biasanya doctor akan memberikan ubat anti-kolestrole bagi menurunkan kandungan kolestrole dalam darah. Walau bagaimana pun kesan sampingannya harus diseimbangkan dengan manfaat yang diperolehi.   Kajian terbaru membuktikan terdapat empat produk sumber semulajadi juga dapat membantu merendahkan tahap kolesterol secara berkesan.   Empat bahan itu adalah Phytosterols, bijirin oat, serbuk minyak ikan Omega 3 dan Psyllium Husk.   Sterol tumbuhan yang turut dikenali Phytosterols adalah sebatian pada tumbuhan dan bersifat merendahkan tahap kolesterol. Ia terdapat pada minyak sayur-sayuran dan kekacang nut. Pengambilan produk itu akan menurunkan tahap kolesterol sebanyak 10 peratus hingga 15 peratus.   Oat pula bijirin yang mengandungi serat ... Read More »

Membaca al Quran untuk merawat Gastrik

    “Assalamu alaikum doctor. Saya menghadapi masalah gastrik yang kronik. Perut saya sering merasa sakit, rasa loya di tekak, muntah-muntah dan berat badan menurun sebanyak 5 kg dalam masa dua bulan. Saya sudah banyak kali berulang-alik hospital untuk rawatan gastrik, tetapi belum reda. Bolehkah doctor memberikan pandangan?”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang tuan hadapi. Apabila umur kita semakin meningkat, seluruh anggota dan organ badan kita tidak seperti dulu.   Antara masalah yang dihadapi oleh orang yang memasuki umur 50an ialah masalah penghadaman atau sering disebut gastrik.   Jadi jangan memandang remeh penyakit gastrik yang berlaku walaupun di peringkat permulaan. Ini kerana jika dibiarkan tanpa rawatan, pesakit boleh menghidapi penyakit gastrik kronik dan menyebabkan berlaku pendarahan dalam perut.   Sentisa berusaha dengan menjaga pemakanan. Jangan ... Read More »

Merawat dan mencegah ruam lampin

    “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Saya mempunyai anak berusia 8 bulan, dan mengalami ruam merah di celah peha. Dia kerap menangis bila ditukarkan lampin pakai buang. Saya menyapunya dengan krim, tetapi ruam merah itu berulang. Soalan saya adakah saya perlu menyapu krim tersebut pada waktu terdapat ruam merah atau pada setiap masa.”   Wa alaikum mus salam. Saya percaya anak puan mengalami keadaan yang dikenali sebagai ‘nappy rash’ atau ‘ruam lampin’. Ia berlaku kerana sentuhan air kencing pada kulit punggung dan kelengkang bayi terlalu lama akibat lampin yang telah basah, lambat ditukar menyebabkan bahagian itu menjadi luka lecetan dan menyebabkan pedih dan sakit.     Masalah ruam lampin biasa berlaku pada kepada bayi yang berusia bawah setahun setengah.   Antara puncanya ialah:   a) bayi mempunyai kulit ... Read More »

Sup ayam baik untuk pesakit demam selsema

    Sup ayam yang panas adalah hidangan yang boleh dibuat dengan mudah di rumah dan sangat baik diberikan kepada anak yang mengalami demam dan selsema.   Saya mencadangkan agar tidak perlu gunakan minyak untuk menumis bahan-bahan tumisan. Hanya masukkan bahan tumisan dalam air yang medidih dalam periuk, bersama ayam yang telah dipotong dan herba-herba yang lain. Potongan daging ayam sendiri akan menghasilkan minyak yang berkhasiat di dalam sup itu.   Dalam 2000, para saintis di University of Nebraska Medical Center mengkaji kesan tindakbalas sup ayam kepada kesan keradangan (inflammatory response).   Mereka mendapati bahawa terdapat beberapa komponen dalam sup ayam yang dapat menghentikan kesan keradangan dalam tubuh, dengan itu mempercepatkan proses penyembuhan.   (rujuk: Rennard BO, Ertl RF, Gossman GL, Robbins RA, Rennard SI (October 2000). “Chicken soup inhibits ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!