Advertorial
Home » Tag Archives: pucat

Tag Archives: pucat

Bahayakah Thalassaemia?

  “As salamu alaikum doctor. Anak saya berumur 3 tahun dan telah diagnosakan sebagai Beta Thalasemia trait. Adakah ia berbahaya?”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami kebimbangan puan.   Puan tidak perlu bimbang. Penyakit “Beta Thalassaemia Trait” sebenarnya tidak berbahaya dan pesakit tidak memerlukan apa-apa rawatan.   Thalassaemia adalah suatu penyakit keturunan yang disebabkan masalah dalam genetik sehingga menyebabkan darah menjadi mudah pecah.   Secara mudah untuk fahaman puan, terdapat dua jenis penyakit Thalassaemia, iaitu   ‘Beta Thalassaemia Trait’, yang tidak berbahaya ‘Beta Thalassaemia Major’, yang berbahaya dan memerlukan rawatan transfusi darah sepanjang hayat.   Cuma perlu diingatkan apabila anak puan dewasa dan ingin berkahwin, haruslah pastikan isteri beliau tidak mempunyai penyakit yang sama.   Sekiranya kedua-dua pasangan mempunyai Beta Thalassaemia Trait, dibimbangi anak yang dilahirkan nanti, mengalami penyakit ... Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!