Advertorial
Home » Tag Archives: progesterone

Tag Archives: progesterone

Haid Dua Kali selepas Henti Pil Perancang

  “As salammu alaikum, doktor. Saya keliru dgn period yg sy alami sekarang. Saya sudah berkawin dan mempunyai seoorg anak berumur 2 tahun dan melahirkan secara pembedahan caserian. Saya bercadang mahu menambah anak pada tahun depan.   Saya mengalami haid pada 11.12.13 dan haid semula pada 28.12.13. Saya sudah menghentikan pengambilan pil perancang keluarga pada bulan Nov. Mengapa kitaran haid saya tidak normal? “   Wa alaikum mus salam. Saya memahami kerisauan puan.   Puan mengalami masalah kitaran haid seperti ini kerana tahap hormon wanita puan (yang dibekalkan melalui pil perancang keluarga) tiba-tiba merudum keran puan baru menghentikannya.   Ini menyebabkan ketidakseimbangan hormon dan puan mengalami dua kali had dalam masa sebulan.   Saya mencadangkan puan membiarkan saja. Namun jika berulang selama 3 bulan berturut-turut, saya mencadangkan puan menjalani pemeriksaan ... Read More »

Lendiran Faraj dan keputihan yang berlebihan

  “Assalamu alaikum doktor. Saya mengalami masalah yang memalukan. Saya seorang gadis berumur 23 tahun dan mengalami masalah keluar lendiran dari faraj saya secara berlebihan. Saya sering menukarkan panti saya sebanyak 3-4 kali sehari kerana masalah ini. Adakah ia suatu penyakit, doctor?”     Walaikum mus salam.     Mengalami lendir yang keluar daripada faraj atau lebih dikenali sebagai keputihan, suatu yang lazim dialami oleh wanita. Selalunya ia tidak bahaya, normal dan bukan disebabkan penyakit .     Walau bagaimana jika ia keluar secara tidak terkawal dan dirawat dengan baik, ia boleh menambahkan risiko jangkitan kulat, bakteria dan tidak mustahil boleh menyebabkan kanser servik.     Keputihan adalah proses perubahan hormon dan pembersihan sel mati dikeluarkan dari dalam lubang faraj. Secara biologi keputihan akan berlaku pada sekitarnya sebelum haid bagi ... Read More »

Hamil tetapi mengalami Haids?

  Salah satu tanda kehamilan ialah tidak dating darah haids pada tarikh sepatutnya. Oleh itu saya berasa amat pelik jika ada wanita yang mengaku hamil dan mengalami haids.   Ini satu kekeliruan. Kedatangan haids dan kehamilan ibarat malam dan siang. Mana mungkin malam dan siang berlaku serentak. Begitu juga dengan kehamilan dan kedatangan haids. Mustahil orang yang hamil akan kedatangan haids kerana kedua-duanya tidak berlaku serentak.   Kekeliruan ini juga menyebabkan doctor mengira tarikh dijangka melahirkan bayi (date of delivery) pada tarikh yang salah. Masalah ini selalunya diselesaikan dengan bantuan pemeriksaan ultrasound.   Sebenarnya mereka mengalami pendarahan di awal kehamilan, bukannya kedatangan darah haids. Darah yang keluar dari faraj dan seolah-olah darah haids. Tetapi pendarahan di awal kehamilan dan kedatangan haids adalah suatu yang berbeza.   Kalau dari segi syarie, ... Read More »

Hormone Progestrone dan Kesuburan

Saya amat menginsafi bahawa Allah amat berkuasa terhadap diri dan nasib kita. Walaupun semasa bertunang kita mungkin merancang untuk mempunyai anak yang ramai, namun perancangan Allah lebih tepat. Sudah tentu perancangaNYA lebih baik jika kita dapat menyingkap tabir hikmah yang tersembunyi. Seorang rakan FB bertanya pada saya. “Apa punca saya sering mengalami keguguran di awal kehamilan, doktor? Ini masuk kehamilan yang ke empat. Baru masuk 8 minggu. Semua kehamilan saya sebelum ini keguguran. Saya takut ia berulang kembali” Begitu juga seorang lagi. “Saya mengalami masalah kesuburan. Doktor pakar yang memeriksa memberitahu bahawa saya mengalami masalah hormone progesterone yang rendah. Apakah saya boleh dikurnikan anak?” Saya sebenarnya bukanlah orang yang terbaik menjawab soalan-soalan ini, namun saya cuba membantu menjelaskan masalah yang dihadapi. Berbincanglah dengan doktor pakar kesuburan mengenainya. Di antara punca ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!