Advertorial
Home » Tag Archives: perlukah pemeriksaan doktor drzubaidi Doktor

Tag Archives: perlukah pemeriksaan doktor drzubaidi Doktor

keputihan normal vs keputihan berpenyakit

KEPUTIHAN NORMAL VS KEPTUTIHAN BERPENYAKIT   “Doktor bagaimana mengetahui bahawa keputihan yang dialami bukanlah keputihan berpenyakit? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Wanita yang mengalami keputihan pada faraj seharusnya perlu tahu membezakan antara keputihan biasa dan yang berpenyakit. Keputihan normal boleh berlaku pada waktu–waktu berikut seperti beberapa hari sebelum haid, ketika ghairah seks, sedang subur dan semasa hamil. Ia berwarna jernih, tidak berbau dan gatal. Tanda-tanda keputihan yang berpenyakit termasuklah pertukaran warna dari jernih, putih kekuningan atau kehijauan atau berdarah. Sekiranya keputihan terlalu banyak, berketul-ketul kecil, gatal dan berbau, tanda-tanda bengkak, pedih atau sakit pada alat kelamin. Sekiranya jangkitan merebak ke pangkal rahim atau sistem peranakan, wanita akan mengadu sakit pada bahagian bawah abdomen dan mungkin mengalami  demam. Bagi mengembalikan keseimbangan hormon yang menyebabkan lendiran faraj terlalu banyak ... Read More »

Perubahan Emosi Ketika Hamil

PERUBAHAN EMOSI KETIKA HAMIL   “Salam doktor, isteri saya hamil pada usia kehamilan 30 bulan. Saya mendapati isteri saya seolah-olah mengalami tekanan perasaan. Beliau mudah marah dan menghempas barang pada hal sebelum hamil  beliau merupakan seorang wanita yang periang. Apakah faktor utama berlakunya perubahan emosi berkenaan?. Mohon pencerahan, terima kasih “   WA ALAIKUM MUS SALAM Hampir  kesemua wanita yang hamil akan mengalami perubahan emosi yang bercampur, iaitu perasaan gembira kerana berjaya hamil dan pada masa yang sama merasa tertekan dan letih, akibat keletihan di tempat kerja, balik ke rumah pula terpaksa melakukan kerja-kerja rumah dan melayan anak-anak dan suami, dan  banyak tenaga yang dihabiskan untuk pembesaran bayi dalam rahim.   Ramai yang  gembira kerana dapat menyempurnakan  kewajiban sebagai seorang isteri yang  dapat menghadiahkan zuriat dalam sebuah perkahwinan dan menjawdikan ... Read More »

Jangkitan kuman pada faraj

JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ “Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman?. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj.  Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan.   Tandanya ialah seperti keluarnya cairan dari vagina diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian ari-ari, bau yang busuk dan kadangkala ada terdapat lendiran bercampur darah dari faraj.   Oleh itu rawatan yang betul harus diberikan agar ia dapat disembuhkan.   Jika jangkitan ini tidak dirawat dengan ... Read More »

remaja lama tidak datang haid

REMAJA LAMA TIDAK DATANG HAID   “Salam doctor. Anak saya berusia 18 tahun. Beliau telah mula datang haid pada usia 15 tahun. Sekarang beliau mengadu sudah tidak dating haid selama 3 bulan. Apakah penyakit itu, doctor. Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Secara umumnya, jika remaja perempuan tidak mengalami kedatangan pendarahan haid melebihi 3 bulan, bolehlah lakukan pemeriksaan.   Apa yang selalu saya lakukan di klinik ialah lakukan pemeriksaan air kencing untuk kehamilan, walaupun anak puan kelihatan sopan dan belum berkahwin.   Banyak kes di mana seorang gadis sebenarnya hamil dan dia sendiri tidak mengetahuinya. Ibubapa pula tidak menyedari langsung kegiatan anak gadis. Bila disoal siasat barulah mengaku ada hubungan dengan lelaki.   Walau bagaimana pun kita bukannya mahu menuduh anak puan telah hamil, tetapi sebagai sebahagian ... Read More »

beza jangkitan kuman dengan bakteria

BEZA JANGKITAN KUMAN VIRUS DENGAN BAKTERIA “Salam doctor. Baru-baru ini saya mengalami demam dan doctor telah memberikan ubat antibiotic yang mahal. Perlukah saya menggunakan ubat antibiotic itu sedangkan demam saya tahap sederhana? Mohon penjelasan dan terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Apabila seseorang itu demam, ada dua kemungkinan yang biasa berlaku sama ada pesakit mengalami jangkitan kuman bakteria atau  jangkitan virus.   Kedua-dua jangkitan bakteria dan virus boleh menyebabkan demam, menggigil, rasa seram sejuk dan keletihan. Oleh itu sukar untuk membezakan jika seorang yang demam itu mengalami jankitan viral atau bakteria.   Kedua-dua jenis jangkitan ini harus dibezakan kerana rawatan bagi keduanya sangat berbeza.  Pada amnya jangkitan virus tidak ada ubat spesifik dan selalunya baik sendiri. Sementara jangkitan bakteria memerlukan ubat antibiotic, dan jika tidak dirawat dengan sempurna ... Read More »

meningkatkan kualiti sperma

MENINGKATKAN KUALITI SPERMA   “Salam Doktor,  Sebulan lepas ada buat semen analysis. Result dia adalah agak ok. kiraan 22juta/l dan pergerakkan 50% normal. tp isipadu air mani adalah sikit kurang 2ml. Lepas doktor check dan scan sy mengalami varikosel sebelah kiri. Saya ada jgk rasa kurang selesa dan senak dari area tu. Mcm mana nk mengubati dan menambah kuantiti air mani memandang kan saya telah berkahwin namun belum berjaya mendapat bayi. Harap doktor dapat memberi sedikit info. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM   Setakat ini, dalam perubatan moden, tiada lagi ubat menambah kualiti sperma. Bagi pesakit saya, selalunya saya cadangkan mereka mengamalkan suplemen Proxeed Plus. Bahan di dalam Proxeed Plus telah terbukti secara saintifik mampu membaiki kualiti sperma terutama dari segi bentuk dan pergerakannya. Antara nutrisi dalam Proxeed Plus ialah nutrisi yang bertindak sebagai anti oksidan seperti L-carnitine, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!