Advertorial
Home » Tag Archives: perempuan

Tag Archives: perempuan

Waktu sesuai untuk scan jantina bayi dalam rahem

“Salam doktor. Saya ingin bertanya bila waktu yang sesuai untuk mengenal pasti jantina bayi dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Ramai ibubapa sangat berminat untuk mengetahui jantina bayi mereka yang dalam rahem. Masa yang sesuai untuk melakukan scan ialah minggu ke-20. Itu pun bergantung kepada kemahiran doktor yang¬†melakukan scan, mesin ultrasound yang digunakan dan posisi bayi dalam rahem. Pada usia kehamilan 20 minggu, perbezaan antara lelaki dan perempuan menjadi lebih jelas dan lebih mudah dikesan kerana cecair ketuban yang banyak. Jantina seorang bayi lebih mudah dikesan apabila kedudukan tapak kakinya tidak terletak di tengah kelengkangnya, keran aiakan melindungi alat kelamin bayi itu. Terlalu sukar bagi menentukan jantina bayi di awal kehamilan kurang 20 minggu kerana secara amnya walau secara genetik, jantina bayi ditetapkan semasa persenywaaan, namun ... Read More »

Ketepatan Scan Jantina Bayi dalam Rahem

“Salam doktor. terima kasih kerana membuka perbahasan mengenai scan bayi. Saya mohon pendapat doktor. Isteri saya pernah hamil minggu ke 16 dan doktor memberitahu bahawa bayi dalam rahem adalah perempuan, bila minggu ke 20 pula doktor melakukan scan semula memberitahu bayi kami adalah lelaki. Akhir sekali apabila bayi kami dilahirkan, rupanya ia adalah perempuan. Jadi berapa tepat peratusan scan bagi jantina anak dalam rahem. Terima kasih atas pencerahan.” WA ALAIKUM MUS SALAM. Sebenarnya, agak sukar bagi memeriksa jantina bayi di dalam rahem. ketepatannya bergantung kepada: 1. usia kehamilan 2. kemahiran doktor yang melakukan scan 3. mesin ultrasound yang digunakan 4. posisi bayi dalam rahem Bayi yang berada dalam posisi berbaring (melintang) lebih mudah dilihat alat kelaminnya berbanding dengan posisi yang lain. Secara amnya usia kehamilan memaninkan peranan dalam ketepatan scan ... Read More »

Berdosakah melakukan scan untuk mengetahui jantina anak?

“Salam doktor. Saya ingin bertanya. Apakah berdosa jika kami melakukan scan untuk mengetahui jantina anak, kerana ibubapa kami menasihatkan kami agar menunggu saja saat kelahiran dan menerima ketetapan ALLAH dengan redha. Namun apabila rakan-rakan sekerja bertanya tentang jantina anak, kami rasa macam kolot pula tidak melakukan scan untuk mengetahui jantina anak kami. Mohon penjelasan, doktor dan terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sekadar untuk mengetahui jantina anak, tidak berdosa kerana jantina anak puan telah ditetapkan dan telah pun terbentuk ketika bayi puan masih dalam rahem. Zaman dulu ibubapa tidak mengetahui jantina anak, dan meminta pertolongan pawang yang menggunakan khidmat jin untuk mengetahui jantina bayi. Mereka ingin mengetahui kerana sangat menghendaki anak lelaki dan tidak mahu anak perempuan. Oleh itu ia adalah berdosa kerana: 1. menggunakan khidmat jin 2. berniat ... Read More »

Umur 17 belum datang haid

  “Assalam..doktor. adik perempuan saya yang kini sudah berusia 17 tahun. Yang menjadi persoalan saya ialah, adik saya masih lg belum datang period…sedang kami adik beradik lain datang period sewaktu sekolah rendah lg. Buat pengetahuan doktor jugak, adik saya telah pergi ke hospital untuk mendapatkan kepastian..tetapi jawapan yang kami perolehi daripada doktor ialah..ia perkara biasa. Adakah normal ape yang dialami oleh adik saya. Di harapkan doktor dapat memberi penjelasan. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam   Apabila seorang remaja wanita sudah mencapai umur 16 tahun, tetapi tidak pernah datang haid, dan telah menunjukkan sifat kewanitaan, ia bukanlah perkara yang normal.   Keadaan ini dinamakan amenorrhea primer.   Kebanyakan kanak-kanak perempuan mula mengalami haid antara umur 9 dan 18 , dengan purata berusia kira-kira 12 tahun.   Banyak punca berlaku ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!