Advertorial
Home » Tag Archives: peredaran darah

Tag Archives: peredaran darah

Bahaya Darah Tinggi ketika Hamil

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya baru-baru ini disahkan mempunyai tekanan darah tinggi ketika hamil. Umur kehamilan saya 26 minggu. Saya hairan kerana tidak mengalami sakit kepala dan sebagainya. Perlukah saya meneruskan rawatan yang diberikan oleh doctor di Klinik Ibu dan Anak itu. Terima kasih?”   Walaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah puan. Semoga ALLAH permudahkan kehamilan puan. Wanita yang disahkan mengalami penyakit darah tinggi sama ada sebelum hamil atau semasa hamil dinasihatkan supaya menjalani pemeriksaan air kencing dan memantau tekanan darah mereka, ketika berjumpa doctor di klinik ibu dan anak. Ini kerana pemeriksaan berkala begitu penting bagi memastikan tahap kesihatan ibu dan janin dalam keadaan baik sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah proses kelahiran. Penyakit darah tinggi yang tidak dikawal tidak dikawal sepanjang tempoh kehamilan boleh meningkatkan risiko berbahaya pada ibu ... Read More »

Rasa Pitam di Kalangan Wanita Muda

Seorang sahabat FB bertanya kepada saya melalui inbox. Beliau yang merupakan seorang wanita pertengahan 20an, mengadu sering mengalami pening dan terasa mahu pitam apabila duduk bersendirian atau lama berdiri di perhimpunan pagi. Menurutnya, baru-baru ini ketika beliau berdiri menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku, tiba-tiba beliau merasa berpinar-pinar dan tidak dapat mengimbangi badan. Beliau terus jatuh dan tidak sedarkan diri. Apabila membuka mata, beliau sudah berada di bilik guru dan sedang dikipas oleh salah seorang rakannya. Saya juga selalu dikejutkan oleh pesakit dari kilang yang berhampiran. Pesakit yang lemah tidak bermaya dibawa masuk oleh rakan-rakan sambil berteriak “Tolong doktor,  kawan saya pengsan!”. Saya rasa mungkin mereka keliru antara pengsan dan pitam. Pengsan bermakna tidak sedarkan diri langsung, sedangkan pitam pula pesakit masih dapat mendengar perbualan orang di sekitar dan masih lagi boleh menggerakkan mata atau jari-jari ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!