Advertorial
Home » Tag Archives: penyakit jantung

Tag Archives: penyakit jantung

Rasa jantung berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit.   Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang kurang dari 60 seminit dinamakan ‘bradycardia’.   Antara punca yang tidak berbahaya ialah masalah dehidrasi (kurang minum air) menyebabkan elektrolit dalam darah yang tidak seimbang. Ketidakseimbangan ... Read More »

Hemodialisis noktural lebih baik dari hemodialisis biasa

    “Salam doctor, saya mendapat tahu rawatan dialysis waktu malam yang dilakukan di sesetengah hospital swasta lebih berkesan dari hemodialisis biasa. Adakah ia sesuai untuk suami saya seorang pesakit ginjal yang sedang menjalani dialysis dan mempunyai tekanan darah dan kolestrole yang tinggi. Beliau sering pengsan dan keletihan selepas rawatan hemodialisis. Mohon pencerahan, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Alhamdulillah, sekarang pesakit ginjal ini masih ada harapan untuk meneruskan kehidupan kerana boleh menjalani rawatan haemodialisis, peritoneal dialisis atau pemindahan ginjal.   Majoriti pesakit memilih untuk menjalani haemodialisis kerana kos rawatannya yang tidak terlalu tinggi berbanding dengan pemindahan ginjal.   Tetapi pesakit juga mengalami penyakit jantung, rawatan hemodialisis yang biasa boleh menyebabkan sakit dada, tekanan darah rendah atau serangan jantung. Pesakit juga selalunya keletihan apabila selesai menjalani rawatan itu.   ... Read More »

Susu kambing untuk pesakit darah tinggi?

     “Assalamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya, ada seorang rakan memberitahu bahawa susu kambing adalah ubat terbaik untuk merawat penyakit darah tinggi. Mohon pencerahan.”   Ada kajian yang dilakukan dan masih di peringkat kajian klinikal untuk membuktikan bahawa susu kambing yang dirawat dapat mengurangkan tekanan darah bagi pesakit hypertension.   Penyakit tekanan darah tinggi ditakrifkan apabila tekanan darah melebihi  140/90 mmHg, dan ia telah menyebabkan penyakit yang lebih serius, iaitu penyakit jantung, ginjal dan stroke.   Ini tidak bermakna bahawa susu kambing dapat menurunkan tekanan darah pesakit darah tinggi.   Dalam kajian ini saintis sedang melihat kesan tiga amino asid iaitu caseins dalam susu lembu yang dirawat dengan menggunakan kaedah ’hydrolysis’ menggunakan enzim alcalase.   Produk terakhir susu kambing yang dirawat ini menghasilkan tiga jenis amino asid caseins yang ... Read More »

Bayi mati secara tiba-tiba dalam tidur

    “As salamu alaikum doctor, baru-baru ini seorang rakan saya mendapat panggilan dari taska, dan diberitahu bahawa anaknya lemas dan terus bawa ke hospital. Doktor di hospital mengesahkan bayi beliau telah meninggal semasa dalam tidur. Saya terkejut kerana anak rakan saya hanya berumur 3 bulan dan baru dua hari dihantar ke taska. Persoalan saya, bolehkah bayi rakan saya meninggal dunia tanpa sebab?. Terima kasih atas perkongsian doctor”     Wa alaikum mus salam.   Saya tidak dapat memberikan komen dalam peristiwa ini kerana saya tidak memeriksaan keadaan anak rakan puan, lebih-lebih lagi dalam kes ini adalah kes kematian yang melibat pendakwaan (medicolegal) dan mungkin juga melibat polis dan mahkamah.   Secara umumnya, ada kes kematian bayi secara tiba-tiba tanpa diketahui puncanya, dan dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome yang ... Read More »

Wanita juga boleh diserang penyakit jantung

    Setiap seorang daripada tiga orang wanita di dunia dijangka akan mengalami masalah jantung dalam hidup mereka.   Ini bermakna bahawa pembunuh nombor satu wanita di dunia bukan lagi kanser payudara atau kanser pangkal rahim, tetapi penyakit jantung.   Fakta ini mungkin mengejutkan ramai orang kerana selalunya penyakit jantung hanya dialami oleh orang lelaki sahaja.   Namun tiada yang menyangka bahawa tanda-tanda yang dihadapi oleh orang wanita juga sebenarnya menandakan mereka sering mengalami serangan sakit jantung.   Simptom sakit jantung di kalangan wanita mungkin berbeza sedikit dengan lelaki. Antaranya ialah sakit atau rasa tidak selesa pada bahagian dada, dan sakit pada lengan kiri atau belakang.   Ramai wanita yang mengadu sakit di bawah dada atau rasa tidak selesa di hulu hati atau ketat pada bahagian dada, didiagnosa sebagai penyakit ... Read More »

Gamat ubat luka dalaman dan luaran

      Gamat ialah sejenis hidupan laut yang tidak bertulang belakang berada di dasar laut dan memakan rumpai halus.   Keajaiban pada gamat ialah kemampuannya untuk ‘tumbuh semula’ setelah tubuh gamat ini dipotong, menjadikan ia bahan penting di dalam perubatan Melayu untuk merawat luka.   Gamat juga mengandungi kolagen gamat yang tinggi. Malah, dan amino asid, protein, vitamin B1 dan B2, zat besi, iodin, kalsium fosfat, kalsium, dan zink, yang sangat diperlukan untuk proses penyembuhan luka.     Gamat boleh digunakan sebagai suplemen bagi merawat penyakit jantung, mengurangkan keradangan, penahan sakit, mengurangkan sakit sendi, meredakan ulser dan gastrik serta berpotensi merawat jangkitan kulit.   Omega-3 yang ada dalam gamat dapat mengurangkan keradangan dan rasa sakit. Gamat juga mengandungi antioksida semulajadi yang bertindak memberi perlindungan terhadap radikal bebas yang sering ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!