Advertorial
Home » Tag Archives: penat

Tag Archives: penat

Tekanan darah yang tidak stabil

  “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya soalan. Minggu lepas saya baru keluar dari hospital disebabkan tekanan darah naik dan turun. Bacaan 171/110 kadang 97/47 dalam masa seminggu. Doktor telah buat ujian CT scan, pemeriksaan jantung  dan x-ray dan mendapati saya normal. Saya mengalami masalah sakit kepala  di sebelah kanan. Saya tidak tahu apa sakit saya ?apa pendapat doktor denga masalah saya?. Mohon pencerahan”     WA ALAIKUM MUS SALAM   Saya tidak dapat memberikan komen yang terperinci kerana tidak memeriksa puan dan tidak melihat keputusan pemeriksaan yang dijalankan oleh doctor.   Namun saya percaya puan mengalami masalah yang agak serius kerana sakit kepala yang kerap berlaku dan tekanan darah yang tidak stabil (turun dan naik).   Pada kebiasaannya tekanan darah boleh menjadi turun dan naik tetapi tidak terlalu besar perbezaannya. ... Read More »

Bolehkah bayi dan kanak-kanak minum air glukos?

  “As salamu alaikum doctor, Saya ingin bertanya adakah pemberian air glukos pada bayi digalakkan dan pada usia berapakah ia boleh dilakukan? Mohon pencerahan. Terima kasih ”     Wa alaikum mus salam.   Memberikan air glukos pada bayi dan kanak-kanak telah menjadi amalan biasa dalam sesebuah keluarga. Mereka percaya bahawa air glukos memberikan faedah pada bayi dan anak mereka seperti mana orang dewasa mendapat kesegaran apabila minum air glukos setelah penat bekerja atau sedang dalam  pantang.   Glucose adalah bahan yang sangat penting untuk bayi mendapatkan tenaga dan mengaktifkan minda mereka.   Namun begitu memberikan bayi berumur kurang setahun air glukos bukanlah langkah yang baik.   Ini kerana glukos boleh didapati dari pencernaan makanan yang seimbang terutamanya dari makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti nasi, dan gandum.   Air ... Read More »

Pendarahan haid yang banyak di kalangan wanita muda

  “Salam doktor. Saya berumur 31 tahun dan belum berkahwin. Saya mengalami senggugut yang kuat dan selalunya disertai dengan pendarahan haid yang banyak dan panjang semenjak belajar di universiti. Ini menyebabkan kitaran haid saya tidak terartur. Saya menukarkan sekurang-kurangnya 10 tuala wanita sehari dalam hari pertama.    Baru-baru ini saya mengalami rasa mudah letih, cepat penat dan semput apabila menaiki tangga di tempat kerja. Rakan-rakan saya mengatakan mungkin ada gangguan jin kerana kitaran haid saya tidak teratur. Mohon penenrangan”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan masalah yang saudari alami. Malangnya saya tidak dapat memberikan komen mengenai gangguan jin kerana saya bukanlah orang yang mempunyai pengetahuan yang mendalam mengenai jin.   Mengenai kitaran haid puan yang banyak dan panjang, selalunya lebih disebabkan oleh masalah hormone yang tidak seimbang. Jika ... Read More »

Ketahuilah tanda-tanda sakit buah pinggang

  “Assalamu alaikum doktor. Saya berusia 45 tahun dan mempunyai masalah kencing manis. Saya terbaca bahawa pesakit kencing manis boleh mendapat penyakit buah pinggang. Bagaimana cara untuk mengesan tanda awal, penyakit buh pinggang. Saya bimbang melihat ramai rakan-rakan telah mengalami kesrosakan ginjal dan telah menjalani rawatan hemodialisis”   Wa alaikum mus salam. Ramai orang beranggapan mereka cukup sihat, walaupun bertahun-tahun tidak menjalani pemeriksaan kesihatan.   Sikap suka meletakkan diri dalam keadaan selesa menyebabkan ramai melepaskan peluang menjalani pemeriksaan kesihatan.   Namun, itulah sifat penyakit kronik. Kehadirannya tidak dirasai dan pesakit masih boleh menjalankan kegiatan harian tanpa masalah kerana kesan hanya timbul apabila penyakit sampai ke tahap serius.   Fenomena sama turut ditunjukkan dengan masalah kerosakan buah pinggang. Ia mengambil masa bertahun-tahun sebelum menunjukkan kesan kepada kesihatan.   Bagaimanapun, anda perlu ... Read More »

Sidenafil untuk pesakit jantung?

      “As salam mu alaikum doctor, saya adalah salah seorang pesakit “primary pulmonary hypertension” dan sering membuat rawatan susulan dengan pakar jantung di hospital. Saya sekarang hanya diberikan rawatan ubat sildenafil, setahu saya ia adalah ubat untuk masalah ketegangan zakar. Adakah ubat itu bahaya? Bolehkah doctor menyarakan saya menggunakan suplemen lain untuk memberikan saya tenaga kerana saya sering berasa penat dan pening kepala. Terima kasih, doctor”   Wa alaikum mus salam.   Rawatan untuk penyakit primary pulmonary hypertension telah diperbaiki dalam 10 tahun kebelakangan ini dengan penggunaaan ubat yang lebih baik.   Kalau dahulu banyak ubat diberikan, namun sekarang doctor mungkin memberikan beberapa ubat yang difikirkan perlu saja kerana setiap ubat sekarang mempunyai fungsi yang lebih spesifik.   Ubat yang puan terima iaitu ubat Sildenafil, adalah ubat yang ... Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

    Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir ini ini vagina saya kering walaupun ketika “bersama” suami & ini menyebabkan vagina saya sakit & perit. Mungkinkah saya mengalami simptom menopause? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!