Advertorial
Home » Tag Archives: pedas

Tag Archives: pedas

Sembelit ketika berpuasa di bulan Ramadan

  “Salam doktor. Saya mengalami sembelit dan sudah tiga hari saya tidak ke bilik air. Adakah ini disebabkan oleh puasa atau kurang minum air? Mohon pencerahan. Terima kasih”       Sembelit berlaku apabila pergerakan usus besar yang perlahan sehingga najis yang mulanya berbentuk cair menjadi keras apabila berada di hujung dubur (anus).   Ini kerana sepanjang pergerakan yang perlahan itu cecair dari najis akan diserapkan semula ke dalam usus besar.   Oleh itu sembelit mendatang kemudaratan jika ia dibiarkan lama kerana semua toksik dalam najis telah diserap semula.   Orang yang lama mengalami sembelit (chronic constipation) akan menyebabkan tubuh mereka lemah, cepat letih, pucat dan tidak bermaya. Jika tidak dirawat segera ia akan mendatangkan masalah yang lebih besar.   Selain itu sembelit akan menghalang gas dalam usus dikeluarkan sebagai ... Read More »

Mengelakkan kembung perut selepas berbuka di bulan Ramadan

“Salam doktor. Bagaimana hendak mengurangkan kembung perut selepas berbuka puasa di bulan Ramadan ini? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Kembung perut  berpunca dari  pengumpulan gas di dalam perut dan usus besar. Ia berlaku kepada hampir semua individu bergantung bagaimana dia makan dan apa yang dia makan. Cara mengelakkan kembung perut selepas berbuka dengan cara: 1. Jangan makan secara berlebihan sehingga terlalu kenyang. Makan dalam jumlah yang kecil dan boleh diulang semula selepas solat maghrib dan terawih. 2. Kurangkan makanan yang yang banyak lemak (santan) atau pedas. Makanan yang berlemak menyebabkan perut terpaksa bekerja lebih untuk menghadamkannya. Pedas pula akan meningkatkan asid dalam perut. 3. Jangan makan dengan cepat atau terlalu gelojoh. Minum air dahulu dapat menyediakan perut untuk bekerja semula setelah berehat ketika berpuasa. Makan secara ... Read More »

Sakit Dada dan Susah Nafas

  “As salammu alaikum doktor. Saya selalu mengalami  sakit dada, sehingga sampai susah hendak nafas. Rasanya mencucuk-cucuk di tengah dada. Adakah ia petanda sakit jantung? Mohon pencerahan. Semoga ALLAH memberikan rahmat untuk doktor sekeluarga”   Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami.   Sakit dada, tidak bermakna sakit jantung. Walau bagaimana pun,  tidak dinafikan bahawa serangan sakit jantung adalah pembunuh utama di Malaysia . Malah ramai lelaki berumur 30-40 an yang diserang sakit jantung.   Orang yang diserang sakit jantung selalunya mengalami rasa sakit pada bahagian kiri atau tengah dada. Malah ada yang menyangka ia adalah sakit gastrik kerana sakitnya berada di ‘hulu hati’.   Rasa sakit akibat serangan jantung selalu digambarkan seperti rasa sakit dada seperti ditindih dengan benda berat sehingga rasa sukar bernafas, berdebar-debar ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!