Advertorial
Home » Tag Archives: oxytocin

Tag Archives: oxytocin

Amalan menyusukan anak ketika hamil

AMALAN MENYUSUKAN ANAK KETIKA HAMIL     “Salam doktor. Saya sedang hamil 12 minggu dan masih menyusukan anak. Ibu saya melarang saya memberikan susu pada bayi saya yang berumur 8 bulan ini kerana dikhuatiri keguguran. Adakah itu benar, doktor? Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM Banyak nasihat dari orang tua-tua yang hanya berdasarkan pengalaman dan logik akal  saja. Anataranya mereka menyuruh dihentikan penyusuan pada bayi yang sedang menyusu ketika ibu sedang hamil seorang bayi lagi. Namun sebenarnya wanita yang hamil boleh menyusukan anak mereka dan ia adalah selamat dan bagus untuk bayi yang sedang menyusu. Penyusuan tidak akan menyebabkan keguguran. Ia juga tidak menyebabkan kekurangan nutrisi kepada bayi yang berada dalam rahem. Sewaktu menyusu bayi , hanya sedikit kuantiti hormon oxytocin akan dikeluarkan dan tidak menyebabkan rahem mengecut sehingga ... Read More »

Apakah penyusuan ibu boleh dilanjutkan?

“Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?” Wa alaikum mus salam. Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dengan persetujuan suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 233: وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.” Ayat ini hanya berupa panduan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya. Al-Imam al-Qurtubiy ketika ... Read More »

Mengapa isteri suka dipeluk

    Kebanyakan suami tidak memahami mengapa isteri sangat suka apabila dipeluk. Bagi suami, pelukan hanyalah pertautan fizikal, dan ada kalanya merimaskan. Sedangkan bagi isteri, pelukan menyimpan erti lebih mendalam dan memberi manfaat besar bagi kesihatan jiwa. Saya pernah diberitahu oleh seorang pesakit wanita, semangatnya lemah kerana suami tiada di rumah dan jarang memeluknya. Bila suami memeluknya, baru terasa semangat dan tubuh menjadi lebih bertenaga. Walaupun ia mungkin benar dari sudut psychology, tetapi dari segi physiologinya juga mengatakan ‘pelukan mesra suami mampu mengeluarkan hormone oxytocin’ dalam tubuh isteri dan memberikan kesan tersebut. Oleh itu para suami, peluklah isteri, belai lembut rambutnya, sentuh wajahnya, gosok lembut lengannya, kaitkan jari-jemari tangan anda dengan jari-jemarinya, gosok lembut punggungnya, dan sentiasa menjaga pandangan mata anda dengan matanya. Pelukan membuatkan pasangan merasa lebih dekat dan ... Read More »

Suami Isteri Perlu Berpelukan

Ramai pasangan suami isteri muda hari ini tidak menyedari sentuhan fizikal adalah sesuatu yang amat diperlukan. Kesibukan, keletihan balik kerja dan anak kecil yang memerlukan perhatian bukanlah alasan untuk tidak memberikan sokongan emosi kepada pasangan kita dengan melalui sentuhan fizikal, iaitu dengan cara berpeluk. Pelukan adalah suatu sentuhan fizikal yang tidak perlu diajar. Sejak dari bayi hingga remaja, kita selalu mendapat sokongan emosi dengan pelukan, sama ada pelukan ibu semasa bayi dan pelukan rakan-rakan sepermainan. Namun setelah berumah tangga kita kadang-kala terlupa bahawa orang dewasa yang sudah berkahwin dan mempunyai anak juga memerlukan pelukan. Keperluan pelukan antara suami-isteri Tidak kira sama ada suami atau isteri, kedua-duanya mengalami kehidupan era moden yang meletihkan fizikal dan emosi. Suami yang bertindak sebagai ketua keluarga dan mencari nafkah, sering merasakan tekanan di tempat kerja ... Read More »

Sering Haus ketika Menyusukan Anak

Saya sangat kagum terhadap kesabaran yang ditunjukkan oleh wanita yang hamil. Kehamilan adalah suatu proses fisiologi yang normal di mana seorang wanita mengalami perubahan dalam dirinya bagi memberi peluang untuk bayi di dalam rahem membesar sebelum dilahirkan. Namun begitu perubahan yang dialami oleh mereka boleh menyebabkan mereka menderita dan merasa ketidakselesaan. Jadi saya mengharapkan agar banyakkanlah bersabar atas ujian Allah. Setiap kesusahan Insya Allah akan berakhir dengan kesenangan. “Sesungguhnya orang-orang yang sabar akan diberikan pahala mereka tanpa hitungan.” Bagi diri saya sendiri, semakin saya mengkaji perubahan-perubahan ini, saya menjadi manusia yang mengakui kehebatan Allah yang mencipta setiap kejadian makhluknya dengan sempurna. Benarlah firman Allah, “Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya” (surah at-Tin ayat 4) Saya juga mengucapkan ribuan terima kasih pada rakan-rakan FB yang bertanya. Adakalanya soalan-soalan ... Read More »

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

Perlukah Henti Penyusuan Anak Apabila Hamil Semula?

“Hamil lagi..??!!” “Ish abang ni. Macam tak percaya pulak. Yang buat saya mengandung adalah abang. Abang jangan buat-buat tak percaya pulak”. Saya nak tergelak mendengar perdebatan suami-isteri itu. “Doktor, macam mana ni, anak saya baru masuk umur satu tahun. Masih lagi menyusu badan.” keluh si isteri. “Maaf puan, saya tak buat pengguguran bayi. Saya takut dosa. Lagi pun perkara ini sepatutnya boleh dielakkan kalau puan dan suami merancang. Lainlah kalau kehamilan puan mengancam nyawa..” “Habis macam mana doctor?” “Teruskan saja kehamilan ini. Jika puan rasa berat untuk membesarkannya kerana tekanan ekonomi, saya boleh bantu dengan mencari ibu bapa angkat untuk anak puan nanti” “Tapi saya masih menyusukan anak…” dia membantah. “Tidak ada masalah. Sepanjang pengetahuan saya kehamilan puan yang lepas adalah normal. Insya Allah puan boleh meneruskan penyusuan dan kehamilan ... Read More »

Menghasilkan susu ibu untuk anak angkat?

Tradisi lama diamal semula Menyusukan bayi oleh seorang wanita yang bukan ibu kandung telah lama dipraktiskan. Sejarah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w telah membuktikan amalan sebegitu bukan suatu amalan yang asing. Bagi ibu yang menyusukan bayi sendiri, sudah tentu tiada masalah untuk memberikan susunya kepada bayi yang bukan anaknya, sama ada anak yatim yang kematian ibu, atau mungkin ibunya sakit tenat. Namun sekarang ini ramai gadis yang tidak berkahwin (atau andartu) dan ibu yang tidak boleh hamil, mengambil anak angkat dan mengharapkan anak itu menjadi anak susuannya bagi membolehkan mereka menjadi mahram. Kaedah syarie untuk menjadikan anak itu anak susuan boleh dirujuk kepada mana-mana agamawan. Oleh kerana saya juga mengikuti pengajian tidak rasmi (bukan di universiti bidang syariah), dan saya diberitahu bahawa ianya dibolehkan. Sekali lagi harap rujuk pada ulama, saya ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!