Advertorial
Home » Tag Archives: orgasm

Tag Archives: orgasm

Masalah air mani di kalangan lelaki

  Ramai lelaki mempunyai nafsu seks yang normal dan ereksi normal, tetapi mempunyai masalah dengan puncak syahwat dan ejakulasi (orgasm/climax) yang mengganggu keseronokan seksual. Masalah-masalah ini boleh termasuk :   mencapai puncak syahwat dan ejaculating terlalu cepat (pancutan pramatang) kesukaran mencapai orgasma (pancutan terlalu lambat) mencapai orgasma tetapi tidak mempunyai ejakulasi ( pancutan kering ). Setiap satu daripada masalah-masalah ini mungkin mempunyai beberapa sebab-sebab yang berbeza, termasuk keadaan kesihatan, pembedahan dan kesan sampingan ubat.   Untuk masalah (2) dan (3) yang berkaitan dengan air mani, saya mencadangkan menggunakan suplemen Proxeed Plus untuk memperbaiki kualiti sperma dan memperbanyakkan kuantiti air mani.   Info lanjt di https://www.facebook.com/ProxeedPlusMalaysia   Wallahu a’lam Read More »

Hilangan ingatan selepas hubungan intim

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya berumur 48 tahun. Saya mengalami masalah di mana pada suatu malam saya mengalami sakit kepala dan telah menelan ponstan. Keesokkan paginya suami saya mengajak saya melakukan hubungan intim dan saya menikmatinya. Satu tertidur selepas itu. Apabila bangun saya agak keliru. Saya tidak perasaan sama ada hari masih pagi atau sudah petang. (Suaminya saya memberitahu masa itu tengah hari). Saya duduk di atas katil, tetapi saya tidak ingat apa yang berlaku dan sedang berlaku. Apakah saya mengalami maslah serius?”   Wa alaikum mus salam.   Melakukan hubungan intim, boleh menyebabkan beberapa kesan yang agak tidak baik, terutama jika sudah meningkat umur dan melakukan dengan perlakuan yang agak lasak.   Ia sering berlaku pada suami atau isteri, bergantung kepada masalah kesihatan yang dialaminya. Jika mengalami penyakit kronik ... Read More »

Ikat Peranakan boleh sebabkan menopause?

    Assalamu’alaikum doc. Saya berusia 34 tahun dan mempunyai dua orang anak berusia 8 dan 5 tahun. Saya ingin bertanya mengenai kesihatan saya. Saya telah menjalani proses mengikat peranakan (BTL) pada tahun 2010 kerana mempunyai risiko ketika melahirkan anak. Sebelum ini saya mempunyai kitaran haid yg baik & teratur setiap bulan. Soalan saya: 1- apakah risiko apabila sesorang wanita melakukan BTL? Adakah ia akan menyebabkan sesorang cepat menapause? 2-Jadual kitaran haid saya sepatutnya 1hb Okt namun sehingga kini saya belum didatangi haid & tiada simptom didatangi haid biasa saya hadapi seperti senggugut, kembung perut atau sakit di bahagian pinggang. 3-Sejak akhir-akhir ini ini vagina saya kering walaupun ketika “bersama” suami & ini menyebabkan vagina saya sakit & perit. Mungkinkah saya mengalami simptom menopause? Apakah yang perlu saya lakukan? Saya ... Read More »

Panduan untuk hamil selepas usia 35 tahun

    Lelaki dan wanita yang baru mendapat jodoh dan merancang untuk mendapatkan zuriat, mereka harus melakukan lebih banyak usaha. Ini kerana tahap kesuburan mereka semakin menurun dan memerlukan lebih banyak suplemen untuk mengekalkan kesuburan mereka.   Kesuburan yang rendah akan menyebabkan kehamilan semakin sukar dan mengambil lebih banyak masa.   Ramai pasangan yang sudah berumur 35 tahun ke atas yang berputus harap. Padahal kebanyakan mereka masih berpeluang untuk menimang cahaya mata sendiri asalkan terus berusaha dan berdoa kepada ALLAH.   Dalam Al Quran, Allah menyatakan keadaan ini dengan jelas.   “Atau Ia (ALLAH) mengurniakan mereka kedua-duanya,  anak-anak lelaki dan perempuan, dan Ia (ALLAH) juga menjadikan sesiapa yang dikehendakiNya  mandul. Sesungguhnya Ia (ALLAH) Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Surah Asy-Syura: 50)   Selagi belum cukup usaha kita, ALLAH akan menangguhkan kurniaanNYA. Inilah ... Read More »

Berkahwin semasa belajar dan belum sedia untuk hamil

Saya memahami kehendak dan naluri orang muda yang sedang belajar terutama jauh di luar negeri. Suasananya mungkin agak berbeza dengan suasana di Malaysia. Di sini kita ada ibubapa yang dekat dan sering memantau perkembangan pelajaran dan kehidupan kita.   Di luar negeri mungkin tiada siapa yang dapat kita minta nasihat kerana kebanyakan kita hampir sebaya. Ketika saya belajar di India dulu ketika melanjutkan pelajaran di bidang perubatan, umur saya sudah memasuki 21 tahun dan kebanyakan kami (batch pertama dan kedua) berumur sebaya. Saya tidak nampak di antara kami yang sama-sama selalu berjemaah di masjid di kariah kampus, mampu memberikan nasihat yang terbaik bila menyentuh hal perkahwinan semasa belajar.   Oleh itu keputusan sama ada untuk bernikah atau tidak adalah keputusan yang agak harus diteliti mengikut kes-kes yang berbeza. Keperluan untuk ... Read More »

Berkhatan Kanak-kanak Perempuan : Suatu Penghormatan atau Kezaliman?

Baru-baru ini saya ditanya oleh seorang ibu muda setelah membaca iklan promosi khidmat berkhatan bagi kanak-kanak (bayi) perempuan di Pusat Perubatan kami. ”Perlukah anak perempuan saya dikhatankan? Bukankah ianya suatu kezaliman pada kaum wanita?” Saya menjawab, “Berkhatan itu satu keperluan untuk bayi perempuan puan”. ”Doktor, selama ini saya tidak pernah berkhatan. Tidak ada kekurangan pun. Keperluan apa? Doktor bersekongkol dengan mereka yang menzalimi kanak-kanak perempuan dengan menidakkan keperluan seks mereka!” Saya tergamam dengan dakwaan itu. Saya mencari-cari punca. Mengumpulkan segala rasional untuk menjawab dakwaan itu. Satu hadis bermaksud, ” Lima perkara fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai”. ( Riwayat Muslim) Hadis itu tidak mengkhususkan kepada kanak-kanak lelaki atau perempuan. Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi berpendapat bahawa, hadis-hadis yang mewajibkan khitan bagi wanita adalah lemah. ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!