Advertorial
Home » Tag Archives: OLIVIE

Tag Archives: OLIVIE

Jangan Sampai Kena Serangan Stroke Kedua atau Ketiga

JANGAN SAMPAI KENA SERANGAN STROKE KEDUA     Saya brunch dengan seorang rakan. Sebaya 40an.   “Doc, pagi ini ibu saya menelefon. Minta hantarkan ayah kerana tangan dan kakinya tidak boleh digerakkan. Sebelah badan. Ini baru balik bersarapan. Ibu saya sedang menjaga ayah.”   “Walaupun tekanan bapa saya normal, doktor kata bapa saya mungkin diserang stroke… ” jelasnya lagi.   Saya bertanya, “Ayah ada diabetes? Merokok?”   “Ayah saya tak merokok. Tekanan darah 130/84. Tahap kolestrole normal. Tapi dia ada diabetes”   Ramai yang tidak tahu bahawa pesakit diabetes juga boleh mendapat serangan stroke walaupun tidak merokok, tidak mempunyai tahap kolestrole jahat yang tinggi dan tidak mempunyai masalah tekanan darah tinggi.   Tahap gula yang tidak dikawal baik boleh menyebabkan sumbatan pada saluran darah, walaupun tahap kolestrolnya normal. Ia juga ... Read More »

Minum Air Kosong Secukupnya Mencegah Stroke

  Minum air yang mencukupi, bukan hanya dapat mencegah dehidrasi tetapi ia juga dapat mencegah serangan stroke. Dengan meminum sekurang-kurangnya dua liter sehari air kosong, ia dapat mengimbangkan mineral dan cecair dalam tubuh. Dengan ini dapat memberi kesan kepada kelikatan darah dalam tubuh. Darah tidak menjadi terlalu pekat atau terlalu cair.   Bagi mereka yang mempunyai risiko mendapat stroke yang tinggi seperti mereka yang mempunyai tahap kolestrole jahat (LDL) yang tinggi, masalah tekanan darah tinggi dan diabetes yang tidak terkawal, saya menasihatkan agar meminum air secukupnya.   Waktu yang terbaik untuk meminum air kosong ialah sebelum tidur (sebagai persediaan untuk ‘tidak makan dan minum’ selama enam jam sepanjang tidur) dan waktu sebaik saja bangun tidur.   Selain minum air kosong, meminum air buah-buahan tanpa dibuang seratnya juga dapat membantu seseorang ... Read More »

MINYAK ZAITUN MENGANDUNGI SERIBU SATU KHASIAT.

    Minyak zaitun adalah minyak yang sangat berkhasiat dan memiliki seribu satu khasiat untuk kesihatan tubuh. Antara khasiatnya dalam aspek kesihatan kulit ialah:   1.Melembapkan kulit: Minyak ini mengandungi sejumlah besar vitamin E, antioksidan yang melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari atau angin yang kuat. Tekstur minyak zaitun yang ringan menjadikannya pelembap sempurna yang tidak melekit yang tahan lama dan sesuai dengan semua jenis kulit.   2. Memperbaiki kesihatan kulit: Minyak zaitun mengandungi vitamin E, yang dapat meningkatkan kesihatan kulit dengan merawat keradangan, jerawat, dan melindungi kulit dari penyakit yang serius seperti psoriasis dan kanser kulit.   3. Membantu membuang mekap di muka: Minyak zaitun dara adalah alternatif pembuang mekap yang mudah dan murah berbanding daripada jenama lain yang berada di pasaran. Ia bertindak dengan baik ... Read More »

KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN

KEKELIRUAN TERHADAP MINYAK ZAITUN       Baru-baru ini berdesup pertanyaan mengenai perkongsian seorang yang terkenal, katanya minyak zaitun tidak boleh diambil terus ke dalam mulut menggunakan sudu. Info itu pula bukan info yg didapati secara sahih, tetapi didengar dari seorang penceramah.   Kononnya bahaya ambil minyak zaitun terus masuk ke dalam mulut, kerana boleh menyebabkan penyakit kegagalan ginjal. Saya cuma nak tanya, berapa org pesakit ginjal yg dikenalpasti akibat ambil minyak zaitun ke dalam mulut?   Paling kurangkan laporan-laporan testimoni yang menyokong kenyataan ini iaitu pengakuan seorang mengalami penyakit ginjal selepas ambil minyak zaitun masuk ke dalam mulut. Kenapa yg lain ambil minyak zaitun tak ada pun sakit ginjal?   Yang saya tahu punca utama sakit ginjal ini akibat penyakit kronik spt diabetes dan tekanan darah tinggi. Sebab lain adalah ... Read More »

rasa pedih perut semasa berpuasa

RASA PEDIH PERUT SEMASA PUASA     Berpuasa adalah ibadah yang diwajibkan kepada mereka yang mampu melakukannya. Ini bermakna ada individu yang tidak dibenarkan untuk tidak berpuasa, tetapi menggantikannya pada hari yang lain atau membayar fidyah.   Kita juga mengetahui bahawa dengan berpuasa, kita akan menjadi lebih sihat dan kuat. Namun begitu bagi sesetengah individu, berpuasa akan menyebabkan rasa tidak selesa. Yang biasa saya menerima aduan pesakit ialah apabila berpuasa akan menyebabkan rasa pedih perut.   Cuba kita meneliti punca rasa pedih perut atau rasa sakit pada ulu hati.   Rasa sakit ulu hati ini biasanya dikaitkan dengan masalah dalam perut kita. Walaupun dikatakan “pedih ulu hati“, namun ia tidak ada kena mengena dengan ‘organ hati’ kita.   Masalah ini berlaku apabila kita menguba pola pemakanan kita. Biasanya kita makan ... Read More »

ORANG KITA MUDAH LUPA

    Masalah ingatan (memory problems) di kalangan orang dewasa semakin menjadi perkara yang biasa berlaku di Malaysia. Masalah ini menyebabkan kita (sebagai orang dewasa) mengalami kesukaran untuk belajar, bekerja, berhubung dan kadang kala mengganggu rutin kita seharian.   Seorang pekerja pernah mengadu kepada saya yang beliau tidak dapat pergi kerja kerana beliau tidak jumpa kunci kereta yang tersorok di celah sofa. Pada hal petang semalam, beliau yang mencampakkannya di situ. Kunci itu hanya dapat dijumpai setelah pukul 2 petang.     Masalah ingatan ini selalunya mula berlaku apabila kita semakin berumur, selalunya bermula pada usia 65 tahun ke atas. Mereka mungkin berisiko untuk mengalami masalah ingtan yang lebih serius seperti penyakit Alzheimer’s Disease (AD) dan Dementia, yang mana mereka tidak ingat apa-apa langsung berkaitan dengan diri sendiri dan persekitaran. Malah kebanyakan ... Read More »

Minyak Zaitun Sebagai Penahan Sakit

MINYAK ZAITUN SEBAGAI PENAHAN SAKIT Saya mengunjungi imam masjid di salah satu taman perumahan di Johor Bahru. Isteri beliau melefon saya mahu memesan satu botol minyak zaitun OLIVIE POWER UP. Jadi saya terus hantarkan ke rumah sebab saya teringin berbual dengan orang tua itu. Imam Wak Ali.   Beliau berusia 70an, badannya memang kurus dan tinggi. Beliau tersenyum saja bila melihat saya memberi salam.   “Walaikumusalam. Sila masuk doctor”   Saya duduk dan bertanya khabar.   “Wak sihat ke?” Saya memang memanggilnya Wak. Panggilan hormat pada orang yang berumur dan rapat dengan kita.   “Wak sihat. Cuma pagi tadi Wak lambat ke masjid sebab badan Wak ini sakit-sakit. Wak cuba tahan. Dah sebulan. Tapi pagi tadi sakit sangat badan Wak ni”   “Jadi Wak tak jadi imam pagi ini. Wak ... Read More »

mengapa saya pilih minyak zaitun

MENGAPA SAYA PILIH MINYAK ZAITUN ?     Ramai yang bertanya saya mengapa saya sangat taksub dengan minyak zaitun. Adakah minyak zaitun ini minyak yang terbaik?   Mulanya saya sendiri agak sukar menelan fakta-fakta yang berkaitan minyak kerana pada masa itu saya berpendapat bahawa minyak dan lemak adalah suatu yang berbahaya kepada kesihatan. Ia meningkatkan kolestrole dan menyebabkan saluran darah akan tersumbat. Minyak dan lemak juga akan menyebabkan berat badan akan bertambah.     Minyak adalah bersifat cecair. Bila membeku dan bentuk pepejal dalam suhu yang rendah (contohnya dalam fridge), minyak akan menjadi lemak.       Namun setelah banyak menghadiri kelas nutrisi, seminar, bengkel, konferens dan konvensyen, pandangan saya telah berubah.   Fakta yang biasa saya dengar adalah fakta mengelirukan. Dan saya percaya fakta itu yang biasa kita dengar ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!