Advertorial
Home » Tag Archives: obese

Tag Archives: obese

Soalan mengenai Kesuburan dan PCOS

Pemeriksaan ultrasound ovari seorang pesakit PCOS “Assalamu alaikum , doktor saya saya ingin tahu pengiraan waktu subur saya…buat pengetahuan doktor telah mengesahkan saya PCOS, period saya tidak teratur setiap bln, jika saya mkn ubat baru ada period.   Ini senarai tarikh2 period saya : Jun (23.06.2012 – 28.06.2012), Disember (19.12.2012 – 24.12.2012) pada bln Dis ini saya mkn ubat clomid (50mg – 2 bj sehari) pd hari ke 2 period, metformin (850mg – 1 bj sehari), pada bln Januari (mulai 17.01.2013) pada bln ini saya tidak mkn ubat dr klinik, saya cm mkn suplement produk XXX . Berat badan saya 83 kg, tinggi 165 cm, umur 31 thn.. Adakah pengambilan ubat Clomid pada bln Dis tidak memberi ape2 peluang pada saya utk hamil..? boleh kah saya mengambil ubat clomid nie secara brterusan? dan apa saranan doktor utk rawatan bg psakit PCOS ... Read More »

Serangan Sakit Jantung boleh berlaku pada Wanita Muda

    Dua tahun lepas seorang wanita berusia 40an berjumpa saya kerana mengalami sakit dada. Wanita ini mempunyai sejarah keluarga di mana bapanya meninggal dunia akibat sakit jantung.   Abangnya juga mengalami masalah yang sama, dan telah menjalani pembedahan pintasan saluran darah di jantung awal tahun lepas.   Sebelum ini doctor memberitahunya dia mungkin mengalami gastrik. Namun pemeriksaan OGDS telah dilakukan dan tiada luka pada permukaan dalam perutnya.   “Doktor, mungkinkah saya mengalami sakit jantung?”   Saya diam dan kemudian menjawab, “mungkin”. Saya tidak mahu merisaukan beliau tetapi harus berterus terang agar beliau lebih berjaga-jaga.   “Bolehkah usia macam saya ada penyakit itu? Lagi pun ada doktor beritahu bahawa jarang wanita mengalami serangan sakit jantung”   Ternyata jawaban saya telah merisaukan beliau.   “Puan, saya beritahu puan bahawa puan mungkin ... Read More »

Makanan segera tidak sesuai untuk anak-anak.

    Sebut saja makanan segera, semua orang pasti tahu jenis makanan yang dimaksudkan. Ayam goreng, kentang goreng, burger, sosej, piza dan mi segera, antara makanan segera yang popular.   Makanan segera yang diambil dalam jumlah kerap dan banyak berbahaya kepada kesihatan.   Ini kerana makanan segera mempunyai kandungan zat makanan yang tidak seimbang, dan mempunyai berlebihan garam dan bahan kimia dalam serbuk perasa yang tidak sesuai untuk kanak-kanak.   Kadar kolesterol dalam badan juga boleh bertambah dan menyebabkan masalah obesiti serta darah tinggi jika tidak dikawal.   Makanan segera juga menyebabkan masalah penambahan berat badan atau obesiti kerana mempunyai saiz hidangannya yang besar dan tinggi kalori. Makanan segera mengandungi banyak lemak tepu, natrium, dan tinggi kolesterol manakala vitamin pula lebih rendah daripada makanan lain.   Kita seharusnya mengelak memberikan ... Read More »

Perlukah melakukan MGTT ketika hamil?

    “Assalam mu alaikum. Doctor, saya ingin bertanya berkenaan MGTT. Berat saya sebelum hamil 52.5kg, kemudian turun kepada 50 kg setelah memasuki kehamilan bulan ke 3. Saya melakukan pemeriksaan pada 25 minggu kehamilan, dan berat saya naik mendadak sebanyak 2kg. Doctor yang memeriksa menyuruh saya melakukan MGTT. Saya ada baca  blog doctor dan saya rasa kenaikan berat 2 kg/sebulan adalah normal. Ketinggian saya 163 cm, dan BMI saya ideal. Adakah saya perlu melakukan MGTT?”   Wa alaikum mus salam.   Saya mendapati BMI puan adalah ideal dan kenaikan 2 kg ketika berada trimester kedua adalah normal.   Jika puan tiada masalah lain, puan tidak perlu melakukan ujian MGTT.   MGTT hanya dilakukan untuk wanita yang berisiko tinggi, antaranya:   1. wanita yang obese (BMI lebih dari 30)   2. ... Read More »

Kesan menggunakan Pil Pelangsing

  “Assalamualaikum, saya sgt berharap sekiranya doktor dapat memberi gambaran apa yg harus lakukan berikutan masalah saya ini. Saya ibu kepada 3 org anak, berusia 35 tahun. Saya melahirkan anak saya yg ke 3 pada bulan 6 tahun 2012 dan semenjak itu mengalami masalah utk menurunkan berat badan.   Saya mencuba pelbagai jenis diet dan ubat di pasaran tetapi tidak berjaya sehinggalah akhirnya saya membuat keputusan untuk mengambil ubat pelangsing jenama XXXXX ini.   Selepas hari kedua saya mengambilnya saya mula merasakan sakit kepala di bahagian belakang berhampiran dengan telinga (kiri dan kanan) hinggalah ke bahagian tengkuk dan tulang belakang. Sakit itu tidak berkurang walau pun saya mengambil ubat penahan sakit malahan sakitnya tetap di situ (terasa seperti tangan sedang mencengkam kepala dan tidak melepaskanya).   Bila saya urut bahagian ... Read More »

Penyakit Hati Berlemak

  Ia adalah satu lagi penyakit yang disebabkan oleh kegemukan dan diabetes. Malah remaja seawal usia 15 tahun turut berisiko mendapat penyakit berkaitan hati ini akibat kedua-dua masalah tersebut.   Penyakit hati berlemak turut dikenali sebagai “Fatty Liver Disease”. Ia merupakan satu keadaan di mana sejumlah besar lemak tepu berkumpul di dalam sel hati.   Kebanyakan punca penyakit ini akibat pengambilan alkohol terutama di negara barat. Namun, terdapat juga perubahan pada enzim hati secara abnormal yang seterusnya menyebabkan ketidakseimbangan metabolisma menjurus kepada masalah hati berlemak.   Penyakit ini tidak menunjukkan tanda-tanda luaran yang khusus. Tanda-tanda awal ialah kegemukan, rasa mudah penat dan tidak bertenaga. Lazimnya menyerang mereka yang berumur 40 tahun ke atas, selain penghidap obesiti atau diabetes. Ia hanya dapat dikesan hanya dengan melakukan pemeriksaan darah dan ujian ultrasound. ... Read More »

Coenzyme Q10 Mengurangkan Keletihan

Seorang pesakit saya, baru berumur awal 40an mengadu mengalami keletihan yang agak ketara. Beliau kerap rasa letih, mengantuk dan kerap mengalami rasa sakit pada beberapa bahagian tubuhnya.  Padahal dia adalah seorang pengurus bank di bandar Johor Bahru, bukannya seorang buruh yang menggunakan kekuatan ‘tulang empat kerat’ untuk menjalankan kerjanya. Saya menasihatkan agar beliau menjalani pemeriksaan darah dan air kencing. Namun secara  amnya saya mendapati beliau sihat dan tidak mengalami apa-apa penyakit kronik. Jadi apa masalah beliau sehinggakan beliau sering tertidur ketika menonton rancangan berita di TV. Beliau juga mengadu sering rasa letih dan tidak puas tidur. Saya menghabiskan masa yang agak lama untuk mencari punca sebenar masalah beliau. Agak rumit untuk menyelesaikannya kerana beliau agak obese, perokok tegar, tidak pernah bersenam dan mengalami stress yang keterlaluan. Di akhir perbincangan itu, ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!