Advertorial
Home » Tag Archives: nifas

Tag Archives: nifas

nifas dan pendarahan selepas tempoh berpantang

NIFAS DAN PENDARAHAN SELEPAS TEMPOH BERPANTANG     Salam Dr Zubaidi, saya mempunyai kemushkilamn. Saya baru saya melahirkan anak. Selepas 40 hari, sarah nifas saya berhenti. Kemudian selepas dua minggu, pendarahan berlaku semula. Adakah ia darah nifas dan adakah ia berbahaya? Terima kasih.   Pendarahan selepas melahirkan anak adalah normal. Dalam istilah syarie dinamakan darah nifas. Di dalam mazhab al-Syafie, hak maksimum bagi darah nifas adalah 60 hari. Ini berdasarkan istiqra (penyelidikan) Imam al-Syafie sendiri. Adapun dalam mazhab lain, contohnya mazhab Hanbali, kadar maksimum adalah 40 hari.   Pendarahan yang berpanjangan selepas tempuh ini dinamakan darah istihadah.   Jika ia berlaku dalam tempuh pantang dan telah berhenti selama 15 hari kemudian ia datang semula, ia dikatakan sebagai darah haid. Ini kerana terdapat selang selama 15 hari suci.   Begitu juga ... Read More »

Darah nifas bermula selepas proses kelahiran

DARAH NIFAS BERMULA SELEPAS PROSES KELAHIRAN   “Assalamualikum Dr, saya nak bertanya. Kawan saya mengandung dan sedangmenggu hari untuk bersalin, tapi hari ni ada darah berwarna coklat keluat tapiDr kata tak belum masnya untuk bersalin lagi. Persoalan saya, bolehkan kawan saya solat seperti biasa sbb tidaktahu status darah berkenaan sama ada haid atau nifas. Sekian Terima Kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Banyak pendapat ulamak mengenai masalah ini. Saya mengambil satu pendapat iaitu darah nifas bermula apabila darah keluar dari rahem melalui faraj apabila proses kelahiran bermula sehingga sampai 60 hari..   Ada ulamak yang mengatakan darah yang keluar pada permulaan itu adalah darah wiladah, sementara darah yang berterusan sepanjang 60 hari (mengikut mazhab syafie) itu darah nifas.   Ada ulamak yang kata perlu mandi wiladah, dan mandi nifas. ... Read More »

Darah nifas berlarutan melebihi 60 hari

DARAH NIFAS BERLARUTAN MELEBIHI 60 HARI.     “Salam doctor. Saya berumur 25tahun Dan hari ni hari ke 82 selepas saya bersalin anak sulung pada 14 Mac lalu. Pada hari ke 43 saya mendapat suntikan pertama suntikan perancang keluarga dan menurut nurse selepas mendapat suntikan Peredaran haid tidak menentu atau darah yg keluar akan berpanjangan yang mengambil masa mungkin sehingga tiga bulan.       WA ALAIKUM MUS SALAM   Suntikan perancang keluarga yang  diberikan memberikan beberapa kesan sampingan antaranya ialah kitaran haid yang tidak menentu. Antaranya ialah darah haid yang terlalu sedikit atau tidak datang langsung untuk beberapa bulan. Dalam kes puan, inkesion itu telah menyebabkan puan mengalami pendarah haid yang panjang dan kauntitinya hanya sedikit.   Untuk menjawab soalan puan, sama ada puan kita harus memahami fiqh perubatan. ... Read More »

Memotong kuku semasa hadas besar

      “Ustazah, apakah benar seseorang yang datang haid  atau berhadas besar (berjunub) tidak boleh potong kuku atau gunting rambut? Saya mendengar seorang ahli agama berkata, jika berbuat juga anggota itu akan datang di akhirat kelak dlm keadaan kotor  jika tidak dimandikan kemudiannya. Apakah terdapat dalil-dalil yang demikian itu?”   Dijawab oleh  Ustazah Shahidah Sheikh Ahmad,   Soalan ini selalu ditanya pada guru-guru agama dan sudah dijawab dengan jelas sekali. Namun saya cuba menjelaskan sekali lagi dalam ruangan ini. Semoga Allah Taala menguatkan iman kita untuk beramal dengan yakin selepas ini tanpa mempersoalkan hukum-hukum ranting ini kerana banyak lagi perkara asas yang belum kita ketahui.   Dalam surah al-Baqarah ayat 222, Allah SWT berfirman yang bermaksud: Dan mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang haid. Katakanlah ia adalah suatu yang kotor. Kerana itu ... Read More »

Nifas Wanita yang Melahirkan secara Cesarean

  “Assalamu’alikum. Isteri saya melahirkan anak secara pembedahan cesarean.   1. Saya pernah baca dalam sebuah buku bahawa jika seorang perempuan yang melahirkan anak secara pembedahan cesarean, maka darah yang keluar tidak dinamakan darah nifas kerana ia bukan kelahiran secara normal.   2. Jika sebelum proses kelahiran, selaput tuban pecah dan air tuban yang keluar, adakah ia dikira nifas?   Mohon dengan pencerahan doctor.   Wa ‘alaikum mus salam.   Dalam pembedahan caesarean, selalunya tidak banyak darah ayang akan keluar melalui faraj. Kebanyakan darah keluar terus dari rahim dan disedut terus menggunakan pam. Malah ada wanita yang tidak mengalami pendarahan dari faraj langsung.   Untuk memahami keadaan ini, kita bincang semula pendarahan yang dialami oleh wanita.   Pertama  Darah Haid: Darah yang keluar dalam kitaran haid yang normal. Ia berasal ... Read More »

Hubungan intim selepas pembedahan ceserean

    “Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”       Wa alaikum mus salam.   Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu.   Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Begitu juga jika wanita itu mengalami masalah kronik semasa hamil seperti diabtes dan tekanan darah tinggi.     Secara amnya lakukan hubungan intim ... Read More »

Hubungan intim selepas pembedahan Ceserean

  “Assalam mu alaikum, doktor. Saya melahirkan anak enam bulan yang lepas secara pembedahan caesarean. Masalah saya ialah saya cuba mengelak setiap kali suami saya membuat permintaan melakukan hubungan intim. Ini kerana saya belum yakin dengan luka pembedahan yang saya alami. Bilakah luka pembedahan akan sembuh dan bilakah masa yang saya boleh melakukan hubungan intim bersama suami? Mohon pencerahan dari doctor”   Wa alaikum mus salam. Luka pembedahan caesarean biasanya akan sembuh antara sebulan dan dua bulan selepas melahirkan anak. Ini bergantung kepada individu. Wanita yang mempunyai tubuh badan yang besar dan berat badan yang berlebihan mengambil masa lebih lama untuk sembuh. Begitu juga jika wanita itu mengalami masalah kronik semasa hamil seperti diabetes dan tekanan darah tinggi.   Secara amnya lakukan hubungan intim bersama suami boleh dilakukan selepas 6-8 ... Read More »

Darah Haid, Darah Nifas atau Darah Istihadah Selepas Keguguran

  “ Salam Ramadan Dr. 1 ) Saya ada kemusykilan. Saya mengalami keguguran  kali kedua pada tahun ini.  Kedua-dua keguguran saya berusia 5 minggu.  Masa keguguran saya kali ini,  darah saya kering pada 3/08/13 dan kemudian keluar lagi pada 18/08/13 dan berlarutan sehingga sekarang 29/8/13. Adakah  darah kali ini adalah darah haid atau darah nifas?   2) Saya pernah tanyakan kepada 2 org doktor perempuan tentang status darah keguguran saya yang baru berusia 5 minggu, adakah darah itu dianggap nifas atau darah penyakit? Saya masih keliru untuk mengerjakan solat. Saya ada terbaca tentang darah setelah keguguran nie, jika yang keluar itu janin ia diangap nifas tetapi jika darah tu sekadar ketulan darah ia tidak dianggap nifas… Adakah saya perlu solat atau perlu menunggu darah itu habis dan kering?   Bantulah ... Read More »

Darah Nifas

Definisi Telah menjadi kebiasaan bagi wanita yang melahirkan anak akan diikuti dengan keluar darah dalam tempoh tertentu. Inilah yang dikenali dengan post-natal bleeding atau nifas. Nifas dari segi bahasa berasal daripada perkataan “na fi sa” yang bermaksud melahirkan. Darah nifas dari segi etimologi ialah darah yang keluar dari rahim wanita sesudah bersalin. Tempoh Nifas Bila bermulanya darah nifas? Menurut mazhab Syafi’i, darah nifas ialah darah yang keluar setelah melahirkan. Sekiranya bayi masih belum keluar kesemuanya, maka belum lagi dikatakan darah yang keluar ialah darah nifas tetapi dianggap darah penyakit. Oleh sebab itu, sekiranya wanita yang belum melahirkan tetapi amat sukar menunaikan ibadah solat disebabkan sakit melampau dan sebagainya, maka hendaklah dia melaksanakan solat sambil baring atau dengan . Ulama sepakat mengatakan bahawa tiada tempoh minimum bagi nifas, walaupun sekadar satu ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!