Advertorial
Home » Tag Archives: nebulizer

Tag Archives: nebulizer

Kesan kehamilan terhadap penyakit asthma

KESAN KEHAMILAN TERHADAP PENYAKIT  ASTHMA “Salam doktor. Apakah risiko saya mengalami asthma apabila saya hamil? Untuk pengetahuan doktor saya agak kerap diserang asthma tetapi setakat ini hanya menggunakan inhaler dan nebulizer salbutamol saja. Mohon pencerahan. Terima kasih”  WA ALAIKUM MUS SALAM Bagi wanita yang tidak pernah mengalami asthma sebelum hamil, selalunya kehamilan tidak menyebabkan beliau mengalami serangan asthma. Tetapi bagi wanita yang pernah mengalami asthma sebelum hamil, kesan kehamilan terhadapan penyakit asthmanya berbeza-beza. Satu pertiga dari pesakit asthma yang hamil, akan mengalami serangan asthma yang teruk. Satu pertiga lagi akan merasakan penyakit asthmanya bertambah baik. Dan satu pertiga lagi kehamilan tidak memberikan apa-apa kesan terhadap penyakit asthmanya. Dalam beberapa penyelidikan mendapati bahawa jika seseorang pesakit asthma tidak mengalami serangan asthma yang teruk di usia awal kehamilannya (kurang 13 minggu), berkemungkinan ... Read More »

Lendir Melekat di Tekak

    “Assalammualaikum Dr, saya nak tanya,  saya  mengalami lendir di tekak yg tak hilang hilang dah 3 bulan dan mcm melekat lekat, membuat dia rasa sukar untuk bernafas dan kerap meludah.  saya terpaksa menggunakan nebulizer apabila sesak nafas. Tambahan dia mempunyai sakit asma. Adakah lendir tu berpunca dari lendir hidung yg mengalir ke tekak kerana saya  kerap sakit kepala, rasa gatal kat mata. Lendir tu berwarna putih likat. Adakah dia juga ada sakit resdung?   Doktor sudah berikan  makan ubat cetirizine dan prednisolone juga nasal spray tapi lendir tu masih melekat di tekak. Apakah ubat yg sesuai untuk  saya?  Harap doktor dapat menjawab secepat mungkin kerana saya amat risau dgn keadaan saya.”   Wa alaikum mus salam.   Saya percaya  puan mengalami alahan allergic rhinitis, iaitu sejenis alahan yang ... Read More »

Perlukah menggunakan inhaler biru dan coklat

    “Salam doctor, baru-baru ini anak saya diserang asthma. Ini kali keempat anak saya diserang penyakit ini dan telah dimasukkan ke dalam wad kerana ubat-ubat yang anak saya makan tidak lagi berkesan. Ketika keluar wad, anak saya diberikan 2 jenis inhaler berwarna biru dan coklat. Perlukah anak saya menggunakan dua jenis inhaler dalam satu masa?”   Wa alaikum mus salam.   Secara amnya, ada dua jenis ubat inhaler untuk pesakit asthma yang biasa diberikan.   Pertama inhaler yang berwarna biru. Ia memberikan kelegaan kepada pesakit yang sedang diserang asthma. Ia mengandungi ubat ventolin atau nama lain, salbutamol.     Apabila asma menyerang, gunakanlah inhaler ini. Bagi kanak-kanak yang diketahui penyebab serangan asthma inhaler boleh digunakan bagi mengelakkan serangan asthma.   Sebagai contoh jika seorang kanak-kanak diketahui sering diserang asthma ... Read More »

Pesakit Asthma tidak perlu ubat hospital?

      “Salam doctor, saya ingin bertanya. Baru-baru ini rakan saya memberitahu bahawa ubat-ubat hospital untuk pesakit asthma, sangat merbahaya. Ia mempunyai banyak kesan sampingan dan akan menyebabkan pesakit bergantung kepada ubat.   Anak rakan saya semasa kecil selalu menghidap asthma, tetapi bila masuk sekolah, dia tidak lagi menghidap asthma kerana diberikan suplemen.   Soalan saya benarkah pesakit asthma tidak memerlukan ubat hospital?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih atas pertanyaan puan, kerana inilah peluang untuk saya memberikan pencerahan atas kekeliruan ini.   Untuk pengetahuan puan, ubat doctor yang diberikan untuk pesakit asthma adalah selamat untuk digunakan, terutama inhaler dan nebulizer.   Inhaler dan nebulizer bertindak pantas untuk memberikan kelegaan kepada pesakit yang diserang asthma. Jika tidak diberikan, ia boleh meragut nyawa.   Kesan ubat inhaler dan nebulizer ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!