Tag Archives: munyah

Mahu kahwini anak pesakit HIV

MAHU KAHWINI ANAK KEPADA PESAKIT HIV   “Assalamuaikum dr,kawan saya akan berkahwin dengan seorang gadis di mana bapanya telah meninggal dunia kerana jangkitan HIV. Ketika itu anak perempuannya masih berumur 2thn. Setelah anak perempuannya membesar ahli keluarga lain telah membawa anak perempuan tersebut untuk pemeriksaan HIV dan keputusannya adalah negatif di mana dia tidak dijangkiti HIV bapanya. Soalan saya, adakah keputusan itu sememangnya benar dan tepat dan walau keputusan hiv adalah negative, adakah dia masih dikatakan sebagai “pembawa hiv”?Mohon pencerahan. Terima kasih” WaA ALAIKUM MUS SALAM Ya. Ujian HIV yang terbaru digunakan di mana-mana makmal moden yang mendapat pengiktirafan KKM …

Read More »

Ginseng juga ada kesan sampingan

GINSENG JUGA ADA KESAN SAMPINGAN “Assalamualaikum doktor. Saya ingin bertanya, saya ada mengamalkan suplemen yang diperbuat dari ginseng untuk naikkan berat badan. Doktor, apa kesan consume ginseng bila datang haid? Adakah berbahaya? Mohon pencerahan, terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ginseng Korea (Panax ginseng) dikatakan sebagai suplemen sebagai bantuan penurunan berat badan. aya belum dengar atau membaca di mana-mana journal terkemuka atau dipercayai mengenai faedahnya untuk meningkatkan berat badan.   Korean Ginseng mengurangkan berat badan apabila ia membantu meningkatkan metabolisme karbohidrat, dan mengurangkan selera untuk makan, menurut laporan Dr Robert B. Saper dari Harvard Medical School, yang diterbitkan …

Read More »

Masa Sesuai Guna Pil Perancang

MASA SESUAI GUNAKAN PIL PERANCANG   “Salam doctor. Saya telah melahirkan anak kedua seminggu yang lepas. Jururawat di Pusat Kesihatan sibuk mencadangkan saya mengamil pil perancang untuk menjarakkan anak sekurang-kurangnya dua tahun. Pertanyaan saya, bilakah masa yang sesuai untuk saya mengambil pil pernacang ini? Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Masa yang sesuai untuk menggunakan pil perancang kehamilan adalah bergantung sama ada puan menyusukan anak atau tidak. Secara amnya, bagi wanita ibu yang menyusukan anaknya perlu menunggu enam minggu selepas melahirkan anak, untuk memberikan masa agar bekalan susu ibu lebih mapan dan bayi semakin lebih matang. Ini kerana …

Read More »

Kesan pil perancang Noriday pada bayi melalui susu ibu

KESAN PIL PERANCANG NORIDAY PADA BAYI MELALUI SUSU IBU   “Salam doctor. Saya sedang mengamalkan pil Noriday, yang dicadangkan oleh doctor saya kerana saya masih menyusu. Pertanyaan saya, boleh kesan hormone dalam pil ini memberi kesan pada bayi saya melalui susu ibu? Mohon penjelasan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Penggunaan pil perancang keluarga NORIDAY memang digalakkan bagi ibu yang menyusukan anak mereka kerana ia tidak mengganggu penghasilan susu ibu. Pil Perancang Keluarga Noriday  termasuk dalam  kategori Mini Pill atau POP (Progestogen Only Pill)  kerana ia hanya  mengandungi  satu  jenis hormon progestogen sahaja. Ia mengandungi Norethisterone (sejenis progesterone buatan) 350microgram …

Read More »

BILA LAKUKAN PAP SMEAR

“Salam doctor. Saya ingin bertanya, bilakah masa yang sesuai untuk saya melakukan pemeriksaan pap smear. Saya berusia 24 tahun telah berkahwin. Ibu saya penghidap kanser pangkal rahem. Mohon pencerahan, terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Pap smear adalah kaedah ujian saringan bagi mengesan sel-sel kanser di pangkal rahem. Selain itu ia dapat mengesan jenis kuman yang menyebabkan jangkitan kuman pada faraj. American Congress of Obstetricians and Gynecologists (ACOG) mencadangkan pemeriksaan pada usia 21 tahun, sementara di Malaysia pada usia 30 tahun (setelah berkahwin). Di Malaysia pap smear biasanya dilakukan  pada wanita  yang usia 30 tahun ke atas. Sementara di beberapa …

Read More »

Kaedah perancang keluarga yang mengurangkan penghasilan susu

KAEDAH PERANCANG KELUARGA YANG MENGURANGKAN PENGHASILAN SUSU IBU   “Salam doctor. Saya ibu yang menyusukan anak saya berusia 6 bulan. Saya perasan susu saya semakin sedikit. Adakah ini berkait dengan pil perancang kehamilan  Mercelon yang saya gunakan?. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan kaedah pencegahan kehamilan adalah selamat digunakan ketika menyusu anak, tetapi sebarang kaedah yang menggunakan hormone estrogen, (sama ada dalam bentuk pil, IUCD atau suntikan), boleh mengurangkan penghasilan susu.   Oleh kerana itu sangat penting bagi ibu mahu meneruskan menyusui anak, dan dalam masa yang sama mahu menggunakan sebarang kaedah perancang keluarga  untuk …

Read More »

Keputusan pap smear tidak normal

KEPUTUSAN PAP SMEAR TIDAK NORMAL     “Salam. Saya baru melakukan pemeriksaan pap smear kerana mengalami pendarahan selepas bersama suami melakukan hubungan seksual. Dari laporan pap smear, menunjukkan TIDAK NORMAL. Adakah saya sudah mengalami kanser pangkal rahem? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Pemeriksaan pap smear  adalah pemeriksaan saringan untuk menguji kewujudan sel-sel kanser pada pangkal rahim di kalangan wanita.   Dalam ujian ini, sels-sel pada pangkal rahem diambil  dan dihantar ke makmal untuk dilihat di bawah mikroskop.   Bagi wanita yang berisiko tinggi, mengesan kewujudan sel-sel kanser pangkal rahim pada peringkat awal dengan pemeriksaan Pap …

Read More »

PUNCA RASA SAKIT KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKSUAL SEMASA HAMIL

  “Salam doktor, saya sekarang hamil 5 bulan.Hampir 2 bulan kami berpisah kerana suami belajar di luar negara dan sekarang suami sudah kembali ke Malaysia. Masalah saya ialah setiap kali melakukan hubungan seksual,  saya berasa sakit dan senak, sehingga saya tidak dapat menikmati seks itu sendiri. Saya ingin meminta penjelasan doktor apakah punca kesakitan itu dan apa yang perlu saya dan suami buat untuk mengurangkan rasa sakit ini seterusnya dapat sama-sama menikmati hubungan seksual sewaktu hamil.  Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Hubungan seksual bersama suami atau isteri semasa hamil adalah suatu yang normal dan tidak perlu dihalang. …

Read More »

Jangkitan kuman pada faraj

JANGKITAN KUMAN PADA FARAJ   “Salam doctor, saya berusia 28 tahun dan baru berkahwin. Apa yang menjadi masalah saya ialah saya mengalami keputihan yang pekat dan berbau, sehingga menjadi kegatalan dan kemerahan pada kelengkang saya. Adakah ini disebabkan oleh jangkitan kuman?. Mohon pencerahan, terima kasih”.   WA ALAIKUM MUS SALAM   Ya, puan mengalami jangkitan kuman pada faraj.  Saya mencadangkan agar puan menjalani pemeriksaan doctor kerana jangkitan kuman pada faraj disebabkan oleh beberapa organisma (kuman) yang berlainan.   Tanda jangkitan pada faraj ialah seperti keluarnya cairan diikuti rasa gatal, kemerahan, sakit ketika melakukan hubungan seksual bersama suami, sakit pada bahagian …

Read More »

Tip Memilih Bra Ketika Hamil

TIPS MEMILIH BRA KETIKA HAMIL “Salam doctor. Saya hamil 20 minggu. Saya banyak membaca dan ada yang menyatakan bahawa kita harus menukarkan bra yang sesuai. Benarkah? Mohon pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Semasa hamil, akan berlaku perubahan pada saiz dan bentuk payudara seseorang wanita. Pada masa itu payudara  sedang membina  lebih banyak tisu-tisu  untuk memuatkan kelenjar-kelenjar susu. Ia persediaan awal bagi menyediakan payudara untuk menyusukan anak setelah melahirkannya kelak. Pemakaian bra semasa hamil haruslah digalakkan kerana ia memberi sokongan pada payudara untuk mengurangkan penarikan tisu yang boleh menyebabkan buah dada menjadi kendur terutama pada wanita yang mempunyai payudara …

Read More »

Minum air suam apabila sakit tekak

MINUM AIR SUAM APABILA RASA SAKIT TEKAK TONSILITIS “Salam Dr.  Saya keliru tentang cara menyurutkan bengkak tonsil. Bolehkah saya minum ais? Atau perlukah saya minum air suam? Macam mana dengan aiskrim vanilla yang kebiasaannya dilakukan oleh kebanyakan orang? Terima kasih.”   WA ALAIKUM MUS SALAM.   Tonsil adalah kelenjar yang berada  di belakang mulut dan bahagian atas tekak. Mereka membantu untuk menapis kuman bagi untuk mencegah jangkitan dalam badan.  Ini bermakna sebelum kuman masuk dalam badan melalui jangkitan pada mulut dan tekak, tonsil akan membengkak  supaya antibody dapat  membunuh kuman tersebut.   Pada mulanya, bengkakan tonsil mungkin tidak menimbulkan rasa …

Read More »

Ketagihan coklat secara berlebihan ketika haid

KETAGIHAN COKLAT SECARA BERLEBIHAN KETIKA HAID   “Salam doctor. Saya berusia 22 tahun dan berlum berkahwin. Saya mengalami masalah senggugut dan cuba mengelakkan makan Panadol dan ponstan. Masalah saya ialah saya memakan coklat untuk mengelakkan rasa sakit dan kini sangat ketagihan terhadap coklat. Saya memakan sekurang-kurangnya 5 bar coklat sehari dan pada waktu haid saya mengambil 10-12 bar coklat sehari. Untuk mengetahuan doctor berat saya agak berlebihan. Mohon pencerahan doctor untuk mengurangkan ketagihan ini. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM. PMS (Premenstrual Syndrome, PMS) adalah gelaja-gelaja yang menyebabkan seorang wanita meresa tidak selesa atau berkelakuan agak pelik beberapa hari sebelum …

Read More »

HAMIL PADA USIA 40AN

“Salam. Dr, saya berharap sangat dr akan membalas mesej saya ini. Saya berusia 43 thn 24 Nov ini. Saya mempunyai 4 org anak. Saya mengambil pil perancang selepas anak keempat dan sudah genap 5 thn sy ambil pil norriday. Baru2 ini saya mengalami keguguran iaitu pada 16 Oktober (unplanned). Saya termengandung mungkin sebab ada tercicir ambil pil tersebut. Saya teringin untuk menambah cahaya mata lagi (mungkin yg terakhir) sebelum saya mungkin membuat keputusan utk ikat. Persoalannya adakah saya masih boleh menagandung? Anak pertama usia 16 thn, kedua 15, ketiga 10, keempat 5. Saya start mkn pil selepas anak kedua. Saya …

Read More »

Masalah cirit-birit semasa haid

MASALAH CIRIT BIRIT SEMASA HAID “Salam doctor. Saya ingin bertanya mengapa seorang wanita mengalami rasa sakit perut terutama bahagian ari-ari, dan ceret beret semasa kitaran haid? Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Apabila seorang wanita sedang mengalami haid, bukan saja beliau mengalami rasa kekejangan dan sakit terutama di bahagian ari-ari, kembung perut , tetapi juga mengalami cirit-birit. Tidak semua wanita mengalami masalah rasa tidak selesa ketika kedatangan haid, ada yang diberikan nikmat oleh ALLAH untuk mengalami rasa mudah menjalani pendarah haid setiap bulan. Namun ramai juga yang mengalami gejala yang tidak menyenangkan. Ini semua ujian dari ALLAH bagi seorang wanita. …

Read More »

Mahu Hamil Semula Selepas Gugur

MAHU HAMIL SEMULA SETELAH GUGUR “Salam doctor, saya mengalami mengalami keguguran  pada  dua bulan lepas, dan saya telah habis mengalami haid sekarang.  Saya  ingin tahu, adakah saya perlu rehat beberapa bulan utk hamil semula? Sekian, mohon pencerahan” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya ucapkan takziah pada puan atas kehilangan yang puan alami. Berdoalah agar ALLAH menggantikannya dengan sesuatu yang lebih baik. Janganlah bersedih. Rasulullah S.A.W bersabda:  “Siapa saja dari hamba yang tertimpa suatu musibah lalu ia mengucapkan:”Segala sesuatu adalah milik Allah dan akan kembali pada-Nya. Ya Allah, berilah ganjaran terhadap musibah ang menimpaku dan berilah ganti dengan yang lebih baik”, maka …

Read More »

Ubat selsema ketika menyusukan anak

UBAT SELSEMA KETIKA MENYUSUKAN ANAK     Bagi ibu yang menyusukan anak mereka dengan susu ibu, saya menasihatkan agar berhati-hati mengambil ubat antihistamine yang digunakan untuk rawatan selsema,batuk dan alahan. Ini kerana ubat-ubatan itu mungkin boleh diresap ke dalam susu ibu dan memberikan kesan kepada bayi yang disusukan. Antara ubat yang perlu dielakkan ialah: Alimemazine Cetirizine Cinnarizine Cyproheptadine Desloratadine Dimenhydrinate Fexofenadine Hydroxyzine Loratadine Mizolastine Ketotifen Jika tidak selesa dengan selsema, batuk dan masalah alahan ketika menyusukan anak dan mahu menggunakan ubat-ubatan ini, dapatkan nasihat doktor agar pemantauan dapat dilakukan.   IKLAN   Bagi wanita yang mengalami masalah kitaran haid yang …

Read More »

Kuku jari berlekuk

KUKU JARI BERLEKUK “Salam doctor. Saya seorang wanita berusia 35 tahun, dan masalah saya ialah saya perasan kuku jari saya berlekuk-lekuk, dan kuku saya semakin menebal. Saya tidak pernah menggunakan sebarang pewarna kuku sebelum ini. Saya juga perasaan terdapat ‘kerakan’ berwarna putih pada kulit kepala dan siku saya semenjak setahun yang lepas. Mohon pendapat doctor. Terima kasih.” WA ALAIKUM MUS SALAM Saya percaya pun mula mengalami penyakit “psoriasis” iaitu sejenis gangguan kulit dan kuku. Penyakit psoriasis ini tidak berjangkit kepada orang lain. Ia berpunca dari kombinasi factor genetic, hypersensitive dan factor sekeliling. Penyakit ini selalunya diwarisi dalam keluarga. Jika seseorang …

Read More »

Punca Pendarahan Ketika Hamil

PUNCA PENDARAHAN KETIKA HAMIL   “Salam doctor, isteri saya sedang hamil. Beliau mengadu ada sedikit pendarahan berlaku. Adakah ianya berbahaya? Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM Saya sukar menjawab soalan yang sauadara kemukakan kerana saya tidak mendapat keterangan dengan lebih lanjut. Pendarahan ketika hamil, selalunya menandakan ada sesuatu yang tidak baik berlaku ketika hamil. Namun punca pendarahan itu bergantung kepada usia kehamilan dan pemeriksaan yang dijalankan. Jika pendarahan berlaku di awal kehamilan, berkemungkinan disebabkan oleh “Pendarahan Implantasi”, di mana pendarahan berlaku apabila telur wanita ovum yang telah disenyawakan dengan sperma, bergerak menuju ke rahem dan menanamkan dirinya …

Read More »

Punca Sakit Belakang Ketika Hamil

“Salam doctor. Saya hamil sudah 28 minggu. Saya mengalami sakit belakang yang sangat kuat. Namun setelah berbaring seketika sakit saya akan hilang. Apakah kehamilan menjadi punca sakit belakang saya. Mohon pencerahan. Terima kasih”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Sakit belakang di bahagian pinggang semasa hamil adalah normal. Jangan terlalu risau kecuali jika sakit yang puan alami terlalu kuat dan tidak kurang walaupun telah berehat.   Sakit belakang ini sebenarnya disebabkan bayi dan rahem yang semakin membesar. Perubahan ini akan mengubah pusat graviti apabila parut puan semakin menonjol ke luar.   Bagi mengimbangkan pusat gravity itu, selalunya puan akan menukarkan …

Read More »

AIR KETUBAN YANG BANYAK

“Salam doktor. Saya sedang hamil 30 minggu dan selepas pemeriksaan ultrasound , doktor memberitahu bahawa air ketuban saya banyak. Apakah ini akan memberikan buruk kepada bayi? Apa saranan doktor untuk mengurangkan air ketuban yang banyak? Saya pencerahan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Sebenarnya sukar untuk mengetahui jumlah sebanr air ketuban dalam rahim. Lebih-lebih lagi dengan pemeriksaan luar pada perut seperti mana yang dilakukan oleh bidan-bidan kampung. Doktor hanya dapat mengukur jumlah air ketuban dalam rahim menggunakan ultrasound. Tujuan pemeriksaan ini bukanlah untuk mengetahu jumlah air ketuban secara tepat tetapi hanya untuk mendapat gambaran masalah yang mungkin dihadapi oleh bayi …

Read More »

Beli katil urutan Ceragem untuk ibubapa

“Salam doctor. Saya ingin mendapatkan pendapat mengenai katil massage ceragem. Ibubapa saya ingin anak-anak membelinya sebab dikatakan boleh menyembuhkan banyak penyakit eg lumpuh, darah tinggi, kencing manis etc. Betulkah doc? Saya hendak pendapat doktor sebelum membeli katil ni. Harganya mahal iaitu rm15k. Mohon pencerahan”   WA ALAIKUM MUS SALAM   CERAGEM adalah rawatan alternatif yang menggabungkan teknologi barat dengan rawatan alternatif dari Korea.  Gabungan ini  menjadikan  yang diberikan menjadi  sinergi yang kuat untuk membantu penyembuhan. Ia  menggunakan teknologi cahaya inframerah, digabungkan dengan penggunaan batu jed.   Terdapat empat prinsip utama rawatan urutan ceragem, iaitu urutan, ‘tenaga’ dari batu jed, pemanasan dari …

Read More »

Rasa Jantung Berdebar-debar..

  “Salam Tuan Doktor. Saya hendak bertanya berkenaan jantung. Baru-baru ini saya mengalami debaran atau degupan yang tiba-tiba laju dalam kekerapan setiap dua minit. Masalah ini saya sudah hadapi seminggu. Adakah ia salah satu petanda yang mengatakan jantung saya bermasalah. Apakah tindakan susulan yang harus saya lakukan. Terima kasih” WA ALAIKUM MUS SALAM Rasa berdebar-debar dan merasa jantung bergedup laju seperti selepas berlari, ada kalanya suatu fenomena yang normal dan ada kalanya menandakan permulaan suatu penyakit. Biasanya jantung berdegup secara normal antara 60 – 100 kali seminit. Degupan jantung yang cepat melebihi 100 seminit, ini dinamakan ‘tachycardia’. Kadar jantung yang …

Read More »

Sembelit Punca dari Pemakanan

“Saya mempunyai anak berusia empat tahun dan dia sering mengalami sembelit banyak. Sejak dia berumur 18 bulan saya telah memberikan makanan separuh pepejal. Saya pernah bawa anak saya untuk pemeriksaan doctor. Dia memberitahu bahawa anak saya sihat. Soalan saya adalah sembelit ini disebabkan pemakanan atau adakah punca lain? Bolehkah saya memberikan ubat klinik untuk melembutkan najis dia. Mohon pencerahan doktor”.   Sembelit biasanya disebabkan oleh pemakanan yang diambil oleh kanak-kanak itu dan ia akan menjadi lebih teruk apabila dia berasa sakit ketika hendak membuang air besar.   Oleh itu saya menasihatkan agar ibubapa cuba mengubah cara pemakanan anak mereka termasuk …

Read More »

Bayi mati akibat mandi air sejuk

  “Assalamu alaikum, doctor. Merujuk pada posting doctor sebelum ini, saya ingin bertanya. Anak jiran saya berusia 4 bulan telah meninggal dunia bulan lepas. Dktor memberitahu jiran saya berkemungkinan disebabkan pengasuh memandikan anak jiran saya dengan air sejuk. Benarkan memandikan bayi dengan air sejuk boleh menyebabkan kematian?”   Wa alaikum mus salam.   Saya bersimpati dengan jiran puan dan mendoakan agar anaknya di tempatkan di syurga kelak.   Memandikan bayi kelihatannya mudah tetapi ia harus berhati-hati terutama jika bayi berusia enam bulan ke bawah. Ini disebabkan oleh kesan suhu air boleh menyebabkan kemudaratan da ada yang boleh menyebabkan kematian pada bayi. …

Read More »

MENGESAN SERANGAN SAKIT JANTUNG

  “Assalamu alaikum doctor. Saya berusia 35 tahun dan mempunyai dua orang anak. Baru-baru ini saya mengalami sakit dada. Isteri saya telah membawa saya ke klinik. Doktor di klinik telah memeriksa saya dengan meletakkan stethoscopenya di dada. Dia beritahu saya agar bimbang dan memberikan saya ubat gastrik. Saya rasa tidak puas hati. Saya bimbang saya mengalami serangan sakit jantung. Mohon penjelasan”   Wa alaikum mus salam. Saya memahami perasaan marah dan kecewa yang saudara rasakan. Saya berpendapat bahawa doctor yang bertugas seharusnya memeriksa saudara dengan lebih teliti.   Saya tidak dapat memberikan komen lanjut tentang pemeriksaan, diagnosa dan rawatan yang …

Read More »

Penyakit untut harus dirawat segera.

    Saya tidak berniat untuk memalukan sesiapa. Perkongsian pengetahuan dan pengalaman ini sekadar menyedarkan masyarakat tentu perlunya mendapatkan rawatan yang betul sebelum parah.   Untut atau elephantiasis adalah penyakit yang menyebabkan penebalan kulit, terutama kulit kaki dan kerandut zakar (scrotum).   Dianggarkan enam peratus penduduk negara kita dijangkiti, terutama yang tinggal di perkampungan tepi sungai seperti di Pahang, Terengganu, Perak, Bintulu dan Miri di Sarawak serta Sungai Kinabatangan di Sabah.   Kajian pada 2002 mendapati, kira-kira 200 kes jangkitan dikesan dan 10 pesakit disahkan menghidap untut.     Apabila memperkatakan mengenai penyakit untut, sudah tentu kita akan membayangkan pesakitnya …

Read More »

Banyakkan doa dan sedekah jika anak lahir pramatang

  Ramai ibubapa yang berputus harap apabila melahirkan anak secara pramatang, dan bayi pula dilahirkan mempunyai berat yang kurang dari 1.0kg.   Walaupun pada amnya, kebarangakalian untuk bayi sebegini untuk meneruskan kelangsung hidup agak rendah, namun sebenarnya mereka mempunyai peluang untuk terus hidup jika diberikan peluang dan dijaga dengan baik.   Satu contoh yang menarik di mana seorang bayi, yang dipercayai paling kecil dilahirkan seberat hanya 0.25 kilogram dan setinggi ukuran telefon bimbit telah dilahirkan.   Inilah tanda kebesaran ALLAH.   “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran …

Read More »

Pelembap penting untuk kulit eczema

    “Salam doctor, saya mula mengalami penyakit kulit, iaitu kulit saya menjadi kering dan gatal pada lipatan siku dan lutut. Ia mula menjadi teruk apabila saya mengambil makanan laut dan telur. Doktor hanya memberikan kream kurangkan gatal. Adakah kream ini berkesan, doctor?”     Wa alaikum mus salam.   Saya percaya puan mungkin sedang mengalami penyakit eczema.   Eczema adalah penyakit kulit kronik yang menyebabkan kulit menjadi kering, senang mengalami radang dan kegatalan. Tiada ubat yang khas bagi merawat masalah ini. Hanya dengan meberikan penjagaan kulit yang baik akan membantu menyembuhkannya.   Apabila kulit puan menjadi kering, masalah yang …

Read More »

Menghilangkan Batuk berlendir pada Kanak-kanak

“Assalamualaikum. Saya ingin bertanya bagaimana ingin hilangkan kahak pada anak saya yang berumur satu tahun? Saya kasihan melihat dia batuk dan pernafasannya berbunyi disebabkan kahak. Saya ucapkan terima kasih kerana doctor sudi menjawab.” Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan masalah yang puan alami. Ramai yang membawa anak mereka ke klinik disebabkan oleh masalah yang sama. Ada doktor yang memeriksa memberikan ubat yang berlebihan sehingga boleh memudaratkan bayi. Ada pula yang tidak memberikan ubat yang cukup sehingga ibubapa tidak puas hati dengan rawatan yang diterima. Ini menyebabkan ada ibubapa yang lebih suka terus membeli ubat di farmasi daripada berjumpa dengan  …

Read More »

Makanan yang Tidak Baik Diambil ketika Menyusukan Bayi

  Sesetengah ibu yang menyusukan anak merasa hairan kerana anak mereka selalu tidak sihat dan mengalami sakit perut. Jangan terperanjat jika diberitahu jika ia berkaitan dengan pemakanan yang dimakan oleh para ibu. Bayi bergantung sepenuhnya kepada susu ibu bagi memenuhi keperluan pemakanannya, terutama sepanjang tempoh beberapa bulan pertama kehidupannya. Jadi apa saja yang ibu makan dan minum, akan “disalurkan” terus kepada bayi ketika menyusu seterusnya memberikan kesan pada kesihatan bayi. Oleh itu wanita yang menyusukan bayi harus mengamalakan diet pemakanan yang seimbang. Pelbagai makanan boleh diambil ketika anda menyusukan anak, tetapi ada sesetengah makanan yang dimakan, boleh memudaratkan kesihatan dan …

Read More »

Sembelit di kalangan bayi dan kanak-kanak

  “Doktor, anak saya sudah tidak buang air besar semenjak semalam. Saya risaulah..”   Itu  adalah pertanyaan yang sering saya terima sama ada ketika bekerja di klinik, atau menjawab soalan-soalan di facebook.   Saya sering memberitahu ibubapa bahawa sembelit bukanlah penyakit, dan ia tidak didiagnosakan dengan mengira bilangan hari mereka tidak buang air besar.   Malah kalau tiga hari sekali masih dikira normal jika tiada tanda-tanda bayi atau kanak-kanak itu mengalami sembelit.   Antara tanda-tanda itu ialah bayi atau kanak-kanak itu menangis dan menunjuk rasa resah atau tidak selesa ketika membuang besar. Bagi kanak-kanak yang lebih besar akan mengadu rasa …

Read More »

Ubat Zyrtec dan Kehamilan

“Assalamu alaikum doktor. Terima kasih kerana sudi meluangkan masa. Saya sedang hamil 20 minggu dan mengalami selsema yg teruk. Bolehkah saya ambil zyrtex (clarityne) dan berapa dos yang sesuai?”   Wa alaikum mus salam. Terima kasih kerana bertanya dan saya berpendapat eloklah penerangan saya dikongsikan agar dapat dimanfatakan oleh ramai wanita-wanita hamil yang mengalami masalah yang sama.   Zyrtec® (cetirizine hydrochloride) adalah ubat antihistamine yang biasa digunakan dan telah disahkan berkesan untuk merawat masalah alahan termasuk selsema. Ia dijual di farmasi tanpa preskripsi doctor. Saya selalu dikunjungi oleh wanita hamil yang mengalami masalah alahan dan selsema. Wanita yang hamil lebih …

Read More »

Antibiotik bukan ubat wajib bagi demam dan selsema untuk bayi dan kanak-kanak

Demam, batuk dan selsema di kalangan kanak-kanak berumur lima tahun ke bawah adalah hal yang kerap berlaku. Hampir satu pertiga pesakit yang datang ke Pusat Kesihatan di tempat saya bekerja, kebanyakan kanak-kanak dan bayi yang dibawa oleh ibubapa mereka untuk masalah yang sama. “Doktor sebelum ini tidak memberikan antibiotik, jadi anak saya sudah seminggu demam” Itulah antara keluhan yang biasa saya dengar. Telah menjadi amalan saya untuk tidak memberikan ubat yang banyak untuk merawat kanak-kanak kecuali ubat yang saya fikirkan perlu. Namun ada kalanya saya agak terkilan dengan desakan ibubapa yang mahukan antibiotik untuk anak mereka yang demam dan selsema. …

Read More »

‘Hanya nampak kantung’ saja…

“HANYA NAMPAK KANTUNG SAJA…”     “Salam doctor. Mengikut perkiraan saya, last period saya adalah pada 19.09.2012. Pada 04.11.2012 saya melakukan pemeriksaan ultrasound dan didapati saya hamil 8 minggu lebih. Doktor memberitahu bahawa ‘hanya nampak kantung saja’, tetapi janin masih belum nampak. Kemudian saya lakukan semula pemeriksaan sama pada 14.11.2012 dan menunjukkan saya hamil 5 minggu lebih dan doctor masih mengatakan bahawa ‘hanya nampak kantung sahaja’. Pada 20.112012 saya mendaftar kehamilan di klinik kerajaan dan doktor juga membuat scan. Doktor mengatakan usia kehamilan saya 6 minggu lebih  dan jawapan yang doktor berikan adalah sama, iaitu ‘hanya nampak kantung saja’ seperti …

Read More »

Mengapa Haids Tidak Menentu selepas Melahirkan atau Keguguran?

As salam mu alaikum doctor, pada tahun lepas saya lewat kedatangan haids selama sebulan lebih dan apabila saya buat UPT, result negatif. Pada masa yang sama mengalami rasa rasa sakit seperti senggugut dan tidak lama kemudian darah keluar secara sedikit-sedikit, sehingga saya disahkan mengalami keguguran. Selepas itu haids saya kembali teratur tetapi baru-baru ini ia menjadi tidak teratur.  Saya mula haids pada 4/8/2012 hingga 16/09/2012 (selama 44 hari) dan kemudian pada 17/09/2012 sehingga 20/10/2012 saya masih belum haids. Saya telah melakukan ujian UPT tetapi negative.  Adakah saya hamil? Wa alaikum mus salam. Saya bersimpati dengan puan dan berharap puan dapat …

Read More »

Manfaat tidur tengah hari

Tidur di tengah hari, atau qailulah (dalam bahasa Arab) atau napping (dalam bahasa Inggeris) adalah amalan para sahabat yang dibenarkan oleh rasululllah SAW. Dalam satu riwayat, terdapat beberapa orang Quraysh yang duduk depan pintu rumah Abdullah ibn Masoud. Apabila matahari mula menampakkan bayang, beliau berkata “Apa yang tinggal adalah untuk Syaitan” Dalam hal ini Ibnu Abbas menerangkan, mereka diminta untuk pulang ke rumah setelah solat Zohor agar dapat berehat dan mengelakkan diri dari duduk beramai-ramai dan bercakap-cakap kosong. Begitu juga dalam satu sumber dari Pejabat Mufti Perlis, hukum Qailulah (tidur sebentar waktu tengah hari ini) adalah Sunat. Dalam satu hadis …

Read More »
error: Content is protected !!