Advertorial
Home » Tag Archives: mudarat

Tag Archives: mudarat

Bahaya bayam menyebabkan batu dalam ginjal?

  Baru-baru tersebar dalam internet bahawa bayam (pinach) tidak boleh dimakan kerana memudaratkan. Mulanya saya ingatkan ianya hanya gurau, namun penulis blog itu beria-ia mengatakan ia sangat berbahaya kepada kesihatan, terutamanya boleh menyebabkan batu pada ginjal.   Saya pun cuba mencari profile penulis, manalah tahu penulis blog adalah seorang pakar pemakanan dan isu yang dibawa adalah penemuan terbaru yang diambil dari mana-mana journal pemakanan atau kesihatan.   Rupanya penulis hanya menggunakan samaran saja dan tiada rujukan sahih. Saya percaya ianya hanyalah kutipan sampah “copy and paste” saja.   Jika benar bayam sangat berbahaya, sudah tentu ia menjadi punca keracunan yang diketahui kerana bayam adalah antara sayuran yang banyak digunakan oleh masyarakat Melayu dalam hidangan masakan mereka.   Oxalic acid adalah bahan semula jadi yang ada dalam sayur-sayuran hijau, kacang, soya, ... Read More »

Mudharat dan bahaya tidak mengeluarkan IUCD dari rahem

    “Assalamu’alaikum Dr Zubaidi. Saya pernah masukkan IUD pada tahun 2008 tujuannya untuk family planning. Tapi sampai sekarang saya masih pakai IUD tu. Ada effect tak? Sebab Doktor tu kata boleh pakai cuma 3 tahun. Ni dah nak masuk 6 tahun. Mohon pencerahan.”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Selalunya doktor akan memberitahu jangka hayat IUCD yang digunakan.  Selalunya antara 3-5 tahun.   Saya mencadangkan puan mengeluarkannya bergantung kepada tempuh hayat IUCD yang digunakan.   Jika puan menyimpan terlalu lama, ia boleh mendatangkan mudharat.   IUCD yang lama tidak mencegah puan dari hamil. Ini bermakna puan boleh hamil dengan IUCD berada di dalam rahem puan. Puan boleh mengalami keguguran.   IUCD yang lama juga boleh mengundang jangkitan pada rahem.   IUCD yang lama juga mudah patah dan jika bahagian ... Read More »

Apakah penyusuan ibu boleh dilanjutkan?

“Asalamualaikum doktor. Anak saya sudah 2 tahun 4 bulan dan masih menyusu badan. Kalau anak bersama saya dia tak mahu susu botol. Adakah dibenarkn dalam islam doctor? Bukankah digalakkan sehingga berumur dua tahun saja?” Wa alaikum mus salam. Menurut kaedah Islam, tidak ada masalah menyusukan anak lebih dari 2 tahun, jika perkara itu tidak mendatangkan mudharat kepada bayi, dan dengan persetujuan suami dan isteri. Cuma kebiasaannya anak apabila sampai umur 2 tahun dia memerlukan makanan tambahan yang lain. Dalam al-Quran dari surah al-Baqarah ayat 233: وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ Maksudnya: “Dan para ibu itu menyusukan anak-anak mereka selama sempurna 2 tahun, bagi sesiapa yang menyempurnakan susuan.” Ayat ini hanya berupa panduan dan bukan menunjukkan suatu kewajipan yang membawa dosa jika menyalahinya. Al-Imam al-Qurtubiy ketika ... Read More »

Hukum membuang jari lebih

Soalan: Assalammualikum…Anak lelaki saya dilahirkan dengan mempunyai jari lebih di setiap tangan dan kaki. Sekarang dia berumur 14bulan. Doktor menyarankan semua jari lebih itu dibuang, supaya besar nanti dia tak merasa rendah diri atau malu di ejek kawan-kawan. Apa pendapat ustaz tentang masalah saya ini. Jawapan: Melakukan pembedahan untuk memperelokkan tubuh ada dua jenis; 1. Pembedahan yang dilakukan untuk tujuan membaiki kecacatan di badan sama ada kecacatan itu timbul kerana kekurangan suatu anggota atau kerana ada lebihan pada anggota di luar dari kebiasaan. Pembedahan sebegini diharuskan kerana ia bukan bertujuan mengubah ciptaan Allah, akan tetapi mengembalikan ciptaan Allah kepada keadaan normalnya. Namun hendaklah dipastikan pembedahan itu tidak menimbulkan mudarat lebih besar (perlu nasihat doktor). Bagi anggota lebih, jika tidak menimbulkan mudarat atau kesulitan pada diri, eloklah dibiarkan sahaja. Namun jika boleh ... Read More »

Makan sop sarang burung ketika hamil

  “As salamu alaikum, Dr Zubaidi. Saya hamil pada usia kehamilan 23 minggu. Ramai kawan-kawan saya mencadangkan saya makan sop sarang burung supaya anak yang akan lahir tidak mengalami masalah kekuningan dan kulitnya menjadi cantik. Bolehkah saya memakan sop sarang burung. Terima kasih.”   Wa alaikum mus salam.   Sop sarang burung adalah makanan tradisi masyarakat Cina dan telah dimakan semenjak zaman Distinasi Tang. Dalam sop ini banyak gelatin putih air liur burung layang-layang, yang dianggap mempunyai banyak nutrisi terdiri dari bahan antioksidan, kollagen dan amino acid.   Oleh itu, sarang burung dikatakan mempunyai kebolehan sebagai anti penuaan dan dapat meningkatkan system daya tahan.   Ramai yang mendakwa bahawa sop sarang burung dapat mengekalkan keremajaan mereka, menambahkan kelembapan kulit, dan mengurangkan kedutan pada muka.   Malah ada yang mendakwa sop ... Read More »

Tiada sekatan penjualan mesin urut

  Kementerian Kesihatan Malaysia tidak bercadang menyekat penjualan mesin urut kerana alat seumpama itu setakat ini didapati tidak memudaratkan kesihatan. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya berkata, kementeriannya sudah melakukan penilaian terhadap mesin itu dan mendapati ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada penggunanya. “Buat masa ini, kerajaan tidak bercadang mengharamkan penjualan mesin urut di negara ini kerana tiada bukti saintifik yang kukuh untuk menyokong (dakwaan) ia membawa kesan sampingan seperti penyakit saraf dan tulang belakang akibat penggunaan mesin urut tersebut,” katanya. Beliau menjawab soalan Senator Datuk Jamilah Sulaiman yang ingin tahu adakah Kementerian Kesihatan sudah membuat kajian terhadap penggunaan mesin urut berikutan ada yang mendakwa getaran mesin berkenaan boleh mengakibatkan penyakit saraf dan tulang belakang. Dr Hilmi berkata, pendaftaran mesin urut yang dijual di negara ini adalah ... Read More »

Madu untuk Bayi ?

  Salam Dr. Saya nak mintak pendapat doctor dari segi perubatan moden. Bolehkah kita bagi bayi yg baru lahir (bawah 1 tahun) makan madu? Saya cuba mencari jawaban dalam internet, ada yang kata boleh dan ada yang kata memudaratkan. Mintak pendapat doctor. Terima kasih doctor.   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Saya menerima banayk pertanyaan yang sama mengenai sama ada madu boleh diberikan kepada bayi yang berumur satu tahun ke bawah.   Seperti yang mana kita ketahui bahawa terdapat banyak kebaikan dalam madu.   Madu menggalakkan pertumbuhan rambut yang sihat dan mengekalkan kulit yang lembut. Ia juga bertindak sebagai anti oxidant dan mengandungi pelbagai vitamin dan seperti manganese dan zat besi yang sangat penting bagi pertumbuhan fizikal kanak-kanak.   Bagi kanak-kanak yang berumur dua tahun ke ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!