Advertorial
Home » Tag Archives: MSG

Tag Archives: MSG

bahana MSG

BAHANA MSG Beberapa tahun dahulu ada seorang lelaki berbadan besar datang berjumpa saya, kerana sakit kepala. Bacaan tekanan darahnya agak ‘borderline’ dan saya memintanya datang semula selepas seminggu. Saya tidak memberikannya ubat. Saya minta dia minum air 2L sehari setelah membaca al fatihah dan tiupkan ke dalam air botol itu. Sebelum beliau meninggalkan saya, saya menarik tangannya dan berbisik. “Kalau mahu sihat, tak perlu lagi ke restoran segera seperti McD, Bugger King, KFC.. ” Beliau tidak datang. Selepas enam bulan, pada satu malam dalam perjalanan pulang, saya mengisi minyak di Petronas. Ada seorang lelaki gagah menepuk saya dari belakang. Saya fikirkan saya dirompak. “Terima kasih doktor..” kata doktor itu sambil memeluk saya. Beliau telah berubah. Badannya yang gemuk dan berlemak sudah mengeras dengan otor-otor besar. “Saya sudah tak ke tempat ... Read More »

Selamatkah MSG untuk Bayi dan Wanita Hamil?

Selamatkah MSG untuk Bayi dan Wanita Hamil?

Tahun lepas saya dan isteri singgah di sebuah gerai di bandar Kota Baru. Oleh kerana waktu tengah hari sudah tiba, saya memesan sup tulang bersama dengan nasi putih. “Emm..sedapnya sup tulang ni. Boleh minta resepi untuk kita cuba di JB..” Saya menghirup baki sup di mangkuk. Ketika membayar, saya memanggil isteri saya dan memintanya mengenalpasti bahan-bahan masakan di dalam mangkuk-mangkuk yang tersedia sebelum ia ditambahkan dengan sup panas. “Padanlah sedap, dia sudah sediakan sesudu MSG bagi setiap mangkuk..” Cerita MSG tidak berhenti di situ saja. Baru-baru ini saya ditemui seorang wanita hamil di pusat kesihatan. “Saya amat bimbang dengan makanan yang dijual di kantin tempat saya bertugas. Semuanya berminyak. Agaknya penuh dengan MSG. Saya takut nak makan.” Beliau yang bekerja di pejabat kerajaan negeri di Johor Bahru, mengadu kepada saya ... Read More »

Kaitan Migraine dan MSG

(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata  “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kamikembali” (al Baqarah: 156) Bagi pesakit migraine, sakit kepala adalah ujian Allah yang kadang kala mengecewakan. Ini kerana mereka terpaksa bergantung kepada ubat penahan sakit apabila migraine menyerang. Malah apa yang lebih mengecewakan lagi ialah punca sebenar migraine tidak diketahui. Tiada ujian tertentu yang boleh mengesan punca-punca migraine. Seorang professor Internal Medicine yang mengajar saya ketika ditanya mengenai punca migraine, beliau menjawab berkata “ everything under the sun” Ini bermakna punca-punca migraine terlalu banyak.  Migraine bukan suatu simptom sakit kepala yang mudah. Selain mengambil ubat tahan sakit, menukar cara hidup yang sihat juga membantu. Dapatkan tidur yang secukupnya, bersenam selama 30 minit setiap hari dan cuba uruskan stress. Kurangkan minuman ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!