Advertorial
Home » Tag Archives: MRSA

Tag Archives: MRSA

Kurangkan penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak

Saya sering mendapat bantahan ibubapa yang membawa anak yang demam dan selsema apabila  saya tidak memberikan ubat antibiotik. Mereka bersungguh-sungguh mahukan antibiotik kerana percaya kata-kata rakan-rakan bahawa “demam dan selsema tidak akan sembuh tanpa antibiotik”.   Padahal penggunaan antibiotik haruslah dikurangkan kerana kebanyakan batuk dan selsema disebabkan oleh virus, bukannya bakteria.   Saya sangat mengharapkan agar penggunaan antibiotik di kalangan bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan seperti berlaku di negara-negara maju seperti Amerika Syarikat.   Di Amerika Syarikat, bilangan preskripsi untuk menggunakan antibiotik yang dikeluarkan untuk merawat bayi dan kanak-kanak semakin berkurangan, sebanyak 14% pada tahun 2010berbanding dengan tahun 2002 .   Walau bagaimana pun preskripsi untuk antibiotic yang dikeluarkan untuk bayi dan kanak-kanak masih lagi tinggi. Hampir 25% preskripsi yang dikeluarkan untuk mereka adalah antibiotic dan ubat antibiotic amoxicillin adalah ... Read More »

Bahaya ’Badi’ Melawat Pesakit di Hospital bagi Anak Kecil

Saya agak keliru apabila segerombolan ahli keluarga pesakit memenuhi wad. Tidak kurang 8-10 orang mengerumuni katil kecil pesakit di hujung wad. Ada yang tua, muda dan tidak kurang anak-anak kecil. Semuanya seperti ”meraikan” pesakit. Saya perhatikan yang tua menangis teresak-esak di tepi katil, meratapi pesakit yang terbaring separuh sedar. Yang muda pula ambil kesempatan bertanya khabar berbual-bual sesama sendiri. Kadang-kala dengar juga gelak ketawa mereka mungkin cuba menceriakan suasana. Anak-anak kecil pula lari berkejar-kejaran, sudah tidak diperduli oleh ibubapa. Antara mereka ada yang terjatuh di lantai dan menangis pula. Masing-masing dengan dunia mereka sendiri.   Adab melawat pesakit yang dilupakan Apa yang saya ceritakan ini adalah suatu gambaran biasa yang kita lihat di hospital pada waktu lawatan pesakit. Saya percaya banyak perkara yang perlu diperbetulkan. Saya faham pelawat mungkin datang ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!