Advertorial
Home » Tag Archives: MRI

Tag Archives: MRI

Kanak-kanak ketawa mengilai dirasuk syaitan rupanya mengalami ketumbuhan otak

  Ada pepatah mengatakan “ketawa adalah ubat yang terbaik”. Tetapi bagaimana jika saya katakana ketawa yang melampau adalah satu penyakit?   Seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun yang tinggal di Bolivia mengalami mengalami masalah ketawa yang melampau dan tidak terkawal, yang sebenarnya berpunca dari masalah ketumbuhan otak yang serius.   Doktor pada mulanya menyangka kanak-kanak perempuan ini hanya mempunyai masalah tabiat yang buruk.  Para bomoh pula mendakwa dia dirasuk syaitan.     Namun apabila seorang doctor melakukan pemeriksaan MRI scan otak mendapati kanak-kanak ini mengalami masalah otak.   Dr José Burgos Liders Zuleta, dari Advanced Medical Image Centre, di Bolivia, berkata punca sebenar adalah kanak-kanak ini mengalami masalah “sawan ketawa” atau dalam bahasa  perubatan dinamakan “sawan gelastic”, yang berpunca dari ketumbuhan (tumor) otak.   Doktor mengesan ketumbuhan kecil itu sebagai ... Read More »

Hamil perpanjangan melebihi 40 minggu

  “Assalamu alaikum, doctor. Saya ingin bertanya. Baru-baru ini isteri saya dinasihatkan masukkan ke dalam wad bersalin kerana doctor memberitahu bahawa isteri saya telah melebih jangka usia kehamilan yang sepatutnya. Selalunya kehamilan hanya berlangsung sehingga 40 minggu saja, tetapi isteri saya telah melebihi 40 minggu. Langsung tiada rasa sakit. Adakah ini suatu hal yang normal? Mohon pencerahan, doctor”   WA ALAIKUM MUS SALAM   Kebanyakan wanita yang hamil akan melahirkan bayi mereka antara 38-40 minggu. Jarang sangat mereka melahirkan bayi selepas 40 minggu. Dianggarkan hanya kira-kira 10 peratus saja  wanita yang hamil, tidak merasa sakit untuk bayi mereka setelah mencapai tarikh yang sepatutnya beliau melahirkan, atau dinamakan Expected Date for Delivery (EDD).   Semakin lama seorang wanita itu hamil (melebihi 40 minggu) semakin tinggi risiko pada wanita yang hamil dan ... Read More »

Adakah pesakit koma boleh hidup semula?

  “Salam doctor. Baru-baru ini bapa saya telah koma dan ditempatkan di ICU selama seminggu. Bolehkah beliau boleh sembuh semula? Saya sangat sedih melihat keadaan beliau. Saya sayangkan bapa saya. Mohon pencerahan.”   Wa alaikum mus salam.   Pesakit tidak sedarkan diri akibat koma yang lama (vegetative), boleh sembuh semula dan bangun dari keadaan koma, dengan syarat pesakit masih mempunyai aktiviti otak.   Dalam keadaan ini, pesakit belum lagi keadaan mati yang hakiki, yang selalunya disebut brain death. Maka alat bantuan pernafasan tidak boleh ditanggalkan.   Bagi membezakan keadaan ini, pemeriksaan menggunakan FDG-PET atau MRI yang mengesan fungsi aktif otak.   Jika didapati bahawa bapa saudara mempunyai bukti klinikal dan bukti imbasan MRI FDG-PET bahawa otaknya masih berfungsi, maka beliau masih ada lagi harapan untuk sembuh.   Wa allahu a’lam ... Read More »

Kecederaan kepala anak: keretakan tulang dan darah beku

    “Assalam mu alaikum doktor. Saya hendak bertanya mengenai anak saya yang berusia 9 tahun, telah jatuh dari motorsikal pada pada 3/3/14. Doktor telah melakukan pemeriksaan CT scan kepala dan mendapati terdapat sedikit darah beku.  Doktor pakar neusosurgeri di HKL mengatakan anak saya tidak memerlukan pembedahan kerana hanya mengalami keretakan pada tengkorak di sebelah belakang telinga kanan.   Anak saya sekarang normal seperti dulu. Dia boleh pergi sekolah dan belajar, bergurau dan bermain. Doktor pesan jika ada cecair keluar dari hidung atau telinga, ia berpunca dari kebocoran tengkorak.   Adakah ia boleh pulih seperti biasa ? Doktor mendapati tiada sebarang cecair yang keluar semasa pemeriksaan doctor di HKL pada pada 10/4/14. Pemeriksaan lanjut pada pada 7/8/14.   Soalan saya: Berapa lama tengkorak tersebut akan sembuh? Macamana hendak mengelakkan cecair ... Read More »

Rawatan Kanser Payudara Peringkat Satu

    “Saya ingin tanya doktor, kanser payu dara tahap pertama apa ubatnya, perlu ke membuat pemebedahan buang kanser payu dara”   Assalamua alikum.   Kanser payudara terjadi apabila sel normal payudara bertukar struktur menjadi sel yang bahaya dan mudah merebak. Ia boleh menjangkiti tisu dan bahagian lain yang berdekatan seperti kelenjar atau lobul, pembuluh darah, salur limfa dan nodus limfa. Dan menyebabkan kematian.   Kesemua jenis tisu di dalam payudara boleh membentuk kanser tetapi biasanya ia bermula di dalam kelenjar susu atau saluran kelenjar susu.   Sementara ketumbuhan yang tidak berbahaya dinamakan tumor,  terbentuk kerana pengumpulan sel abnormal yang tidak bahaya dan tidak merebak.   Seorang wanita itu sendiri dapat mengesan kanser payudara apabila mula menyedari bahawa terdapat bengkakan dalm payudaranya bersama tanda-tanda radang seperti sakit, panas, kemerahan. Ini ... Read More »

Rasa Kebas pada Kaki dan Masalah Kencing

“As salamu alaikum doktor. Saya ingin bertanya satu soalan. Kebelakangan ini saya merasa kebas, bermula dari bahagian tapak kaki dan semakin lama naik sehingga ke bahagian bawah pinggang. saya tidak merasa sakit. Tetapi apabila saya pakai seluar, saya boleh merasa kebas apabila seluar yang saya pakai bergesel dengan bulu kaki saya khususnya. Saya juga kebelakangan ini merasa agak sukar untuk membuang air kecil. untuk pengetahuan dr, saya masih belum ke klinik untuk membuat sebarang pemeriksaan. saya mengesyaki antara sebabnya adalah motorsikal saya yang tempat duduknya sangat keras. adakah perkara ini biasa ataupun apa nasihat dr untuk saya. terima kasih”   Dr Zubaidi Hj Ahmad.   Wa alaikum mus salam. Semoga saudara diberikan ketabahan dan dipermudahkan untuk menghadapi ujian ALLAH Ini.   Kebas atau rasa mencucuk di bahagian aras pinggang hingga ... Read More »

Sakit tulang belakang boleh membawa kelumpuhan

  “As salam mua alaikum, Dr Zubaidi, saya nk tanya. Umur saya 26th berat 58kg tinggi 168cm masih bujang masalah Saya sekarang kerap sakit pada tengah pinggang. Saya akui yang saya kurang bersenam. Boleh Dr terangkan masalah yg saya alami ini?”     Wa alaikum mus salam.   Dari penerangan ringkas yang saudara berikan, kemungkinan saudara mengalami masalah yang serius pada tulang belakang.   Biasanya disebabkan oleh masalah slipped interveterbral disc atau juga dikenali sebagai prolapsed interveterbral disc.   Dalam hal ini, tulang rawan lembut yang menjadi pelapik di antara tulang belakang terkeluar dan menekan saraf yang keluar di sisi tulang belakang.   Ini menyebabkan seseorang itu akan mengalami sakit pada bahagian pinggang, terutamanya pada bahagian tengah tulang belakang. Ia bertambah teruk apabila beliau bergerak, duduk atau berdiri lama atau ... Read More »

Sakit lutut dan suntikan Orthovisc ketika hamil

  “Salam doc, sy berumur 33 thn dah mengalami arthritis. pd 14 june 2013 lalu sy ada telah disuntik dgn orthovisc injection ke atas lutut kiri saya. Sy sekarang merancang utk mengandung anak ketiga. sekiranya sy merancang utk mengandung atau sy disahkan mengandung, adakah othovisc injection itu selamat? utk pengetahuan doctor, next appointment sy utk orthovisc injection adalah 25 june 2013 dan saya telah lewat period selama 3 hari”   Dr Zubaidi Hj Ahmad: Wa alaikum mus salam.   Sebagai pengetahuan umum, Orthovisc adalah sejenis cairan sintetik yang sama seperti cairan sendi (synovial fluid). Ia dibuat daripada bahan hyaluronic acid.   Cairan sendi adalah cairan yang penting dalam sendi terutamanya sendi lutu kerana ia berperanan sebagai pelincir, memudahkan pergerakan tulang peha (femur) dan tulang kaki (tibia dan fibula). Ia juga ... Read More »

Rahem kecil tidak boleh hamil ?

  Saya tertarik dengan satu pertanyaan “ Assalamualaikum doktor,saya nak tanya,kalau rahim kecil ada peluang nak hamil tak?”   Saya segera bertanya semula, “Puan telah membuat pemeriksaan doktor?”   “Hari itu saya ada berurut dengan seorang bidan. Bidan yang beritahu saya bahawa saya mempunyai rahem yang kecil dan akan mengalami kesukaran untuk hamil”   Saya menggelengkan kepala. Tidakkah wanita ini terfikir bagaimana seorang bidan tanpa menggunakan bantuan pengesan dapat mengetahui bahawa wanita itu mempunyai masalah sedemikian. Rahem berada di dalam pelvis, maka sukar untuk menganggak saiz rahem seseorang wanita dengan menggunakan sentuhan tangan ketika berurut kerana posisi rahem berada sangat dalam.   Akhirnya kata-kata yang “sembarangan” dari seorang bidan telah menyebabkan kerisauan yang mungkin menjejaskan peluang kehamilan. (Saya ada menulis “Adakah stress akan mengganggu kesuburan wanita?” di http://drzubaidi.com/blog/?p=1445)   Saya ... Read More »

Scroll To Top
error: Content is protected !!